1st The Pantheon Esport Club Kini Dibuka

1st The Pantheon Esport Club Kini Dibuka

Ruby
0

Permainan dalam talian sudah semakin mendapat sambutan dan ia adalah sesuatu yang positif kerana diterima oleh setiap lapisan masyarakat. Kewujudan lokasi ekslusif untuk para pemain menghabiskan masa adalah lebih selesa, ini kerana di The Pantheon tersedia segala keperluaan bagi seseorang pemain dalam talian. Pelbagai bilik dan ruang disediakan. Sama ada untuk anda set stratergi berkumpulan, bermain secara LIVE Streaming atau menggunakan peranti PS4. Semuanya tersedia di The Pantheon. Kali ini, anda pasti seronok kerana 1st The Pantheon Esport Club kini dibuka di MesaMall Nilai. Pemain permaianan dalam talian di sekitar Cyberjaya, Putrajaya, Kajang, Bangi, Negeri Sembilan, Melaka atau mereka yang naik penerbangan dari KLIA mudah untuk ke The Pantheon MesaMall.

1st The Pantheon Esport Club Kini Dibuka

Pertama kali Ruby ke The Pantheon adalah di One City, Subang. Ia adalah sesuatu yang baru bagi Ruby sebab kewujudan kafe internet di The Pantheon sangat canggih. Pelbagai pakej keahlian disediakan dan kebanyakan yang hadir bersama ibu bapa, adik beradik dan kawan-kawan. Di The Pantheon, kelajuan internet sangat hebat dan faktor keselamatan tidak perlu risau kerana ia adalah kafe internet yang bertauliah. Sekarang, The Pantheon telah mempunyai dua cawangan untuk penggemar permainan dalam talian terus mengasah skill perlawanan.

Dengan pembukaan rasmi 1st The Pantheon Esport Club baru di pusat membeli-belah MesaMall, The Pantheon dengan bangga memperkenalkan produk baru untuk semua pengunjung menikmati dan mencipta kenangan dengan The Pantheon. Produk baru yang diperkenalkan seperti Couple Zone, Streamer dan Zon VR. Semasa pelancaran, pelanggan boleh bermain secara percuma di The Pantheon. Ini membolehkan para pelanggan mengalami sendiri permainan dalam talian dengan tahap yang berbeza.

Fasiliti The Pantheon MesaMall

Pelbagai fasiliti di The Pantheon MesaMall telah disediakan. Diantaranya adalah peranti komputer dari Acer Predator, minimum spek i5 7 Gen, 1060 3GB & 16GB RAM. Manakala maximum spek adalah i7 7 Gen. Menggunakan NVIDIA GeForce RTX 2080. Anda akan dapat lihat jenama Thermaltake di The Pantheon, Thermaltake adalah pengilang Taiwan untuk reka bentuk PC, bekalan kuasa, peranti penyejukan dan perkakasan lain. Selain permaianan PC dalam talian, The Pantheon juga menyediakan tempat permainan PS4, VR dan lumba kereta.

Mengenai The Pantheon

Pantheon dibina dengan matlamat yang jelas, menjadi nombor 1 penyedia tempat e-sukan atau permainan Malaysia. Walaupun itu mungkin matlamat, Pantheon wujud untuk menjadi lebih daripada sekadar penyedia tempat. Pantheon adalah platform untuk para atlet e-sukan yang bercita-cita untuk mengasah kemahiran mereka dan menjadi yang terbaik. Sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang, Pantheon telah menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk memupuk dan mengembangkan bakat e-sukan hingga ke peringkat dunia.

Ini seterusnya menawarkan Kumpulan Pantheon dua faedah utama, satu untuk menubuhkan kelas kejohanan dunia e-sukan, dan kedua untuk menarik dan mengenal pasti bakat untuk The Pantheon kekal stabil dan relevan sampai bila-bila. Untuk itu, selain hanya menjadi arena e-sukan, Pantheon menawarkan kemudahan profesional atlet e-sukan seperti penginapan kepada pemain seluruh dunia ini yang berdedikasi untuk memberi tumpuan kepada matlamat mereka.

https://www.thepantheon.co
https://www.instagram.com/thepantheonmy/
https://www.facebook.com/ThePantheonMY

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !