Fun Time at Waka Waka Kuala Lumpur

Fun Time at Waka Waka Kuala Lumpur

Ruby
0

Fun Time at Waka Waka KL. Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby meluangkan masa membawa anak-anak Ruby ke taman tema di dalam Hotel Furama Bukit Bintang. Lokasi agak tidak diketahui kerana berada di kawasan sibuk. Ini adalah kali pertama Ruby ke sana. Melalui waze ia amat mudah untuk diikuti. Ruang parkir di Hotel berdekatan lobi, kami terus ke tingkat Lower Ground dan terus daftar ke Waka Waka. Pada hujung minggu dan musim cuti sekolah, tiket Adam dan Alif bernilai RM 28 untuk seorang. Mereka bermain dari 1PM sampai 7PM. Bayangkan! Hehehe. Diantara persediaan untuk anak-anak adalah stokin dan pakai pakaian selesa. Seluar panjang dan baju lengan panjang. Sebab anak-anak Ruby pernah cedera main gelongsor di tempat lain. Boys kann.

Fun Time at Waka Waka Kuala Lumpur

Untuk ambil hati anak dan beri mereka berpeluh adalah membawa mereka ke taman permainan atau melakukan aktiviti di luar bandar. Hehehe. Adam dan Alif pertama kali ke sini sudah suka dengan keluasan Waka Waka KL. Perkara pertama mereka akan mencari gelongsor. Apa sahaja yang boleh “slide”, mereka akan suka. Kemudian masuk ruang kecil yang kena merangkak-rangkak tu. Mencuba memanjat menggunakan tali, bermain bola macam flying fox tu, kemudian ulang-ulang. Seronok bermain apabila ramai kawan-kawan baru. Walaupun tidak kenal sesiapa, anak Ruby akan bertolak ansur asalkan semuanya ikut peraturan. Terutamanya bab beratur. Hehehe. Seronok tengok mereka happy. Hehehe.

Tahu tak di Waka Waka terdapat tiga bahagian?

Kingdom Play Area sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke atas. Manakala untuk 4 tahun kebawah anda boleh bawa ke Toddler Area. Terdapat ruang permainan untuk saiz mereka yang masih kecil. Kemudian untuk memenuhi selera seisi keluarga, anda boleh makan di Royal Dining Hall. Jadi, anda tidak perlu risau untuk keluar masuk dari Waka Waka KL. Semuanya tersedia untuk anda manfaatkan masa bersama anak-anak. Tandas juga terdapat di dalam Waka Waka KL. Sila jaga kebersihan.

Harga Tiket Waka Waka Kuala Lumpur

Tiket Hujung Minggu (Sabtu & Ahad, Cuti Sekolah, Cuti Musim Perayaan) 10:00AM hingga 8:00PM

Party Pakej di Waka Waka Kuala Lumpur

  • Waka Waka Weekday Birthday Party RM 288 untuk 10 kanak-kanak.
    • Jika anda inginkan ekslusif party untuk anak anda, Ruby rekemen lakukan pada hari yang tidak sibuk seperti Isnin – Jumaat . Ini kerana anak anda dan rakan-rakan dapat enjoy bermain sepuasnya. Seperti biasa jika musim cuti sekolah tempat permainan ini agak sibuk. Hehehe.
  • Waka Kingdom Party RM 480 untuk 10 kanak-kanak.
    • Pakej ini menyediakan semua kelengkapan, dari dekorasi, makanan dan tema. Semuanya lengkap untuk meraikan hari istimewa.
  • Complimentary Staycation x Waka Birthday Extended RM 675 untuk 10 kanak-kanak.
    • Uniknya pakej ini adalah, anda dapat berehat di Hotel Furama Bukit Bintang sekeluarga setelah meraikan hari lahir anak anda di Waka Waka Kuala Lumpur. Nikmati sarapan pagi dan kolam renang sebelum pulang ke rumah. Seperti biasa, daftar keluar hotel pada jam 12 tengahari. Seronok kan? Pakej ini sudah lengkap untuk 10 kanak-kanak di Waka Waka Kuala Lumpur dan penginapan anda sekeluarga di hotel. Bayaran ini bukan untuk penginapan 10 keluarga kanak-kanak tau yang dijemput sebagai tetamu tau. Hahaha. Tetapi jika anda berminat menginap di hotel, boleh hubungi pihak hotel untuk tempahan.

Waktu Operasi Waka Waka Kuala Lumpur

WEEKDAYS
10:00AM hingga 7:00PM

WEEKEND/ PUBLIC HOLIDAYS
10:00AM hingga 8:00PM

SCHOOL HOLIDAYS
10:00AM hingga 8:00PM

Waka Waka Indoor Playground
Furama Bukit Bintang
LG Floor, 136 Jalan Changkat Thambi Dollah
55100 Kuala Lumpur

www.playatwakawaka.com

www.facebook.com/playatwakawakakl

www.instagram.com/wakawakakl

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !