Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0

Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0

Ruby
0

Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 | Assalammualaikum semua! Hai hai hai! Yaaa Ruby join Miss SHOPhia Shopping Hunt lagi! Kali ini siri ke tiga! Tapi baru kali ke dua join. Kalau diikutkan pengalaman Shopping Hunt yang lalu, memang Ruby dah serik nak join lagi. 

Tetapi, bila difikirkan balik. Rasa macam nak buat sungguh-sungguh kali ini. Lagi sekali di beri tanggungjawab sebagai Kapten dan Ruby mengekalkan nama kumpulan Shopaholic. Hehe. Mungkin pada perlumbaan akan datang akan tukar nama ke Malaysia Lifestyle Blogger. 

Sebab itu adalah komuniti blogger yang Ruby tubuhkan untuk terus menyokong industri pelancongan di Malaysia disamping membantu pelbagai produk dan jenama terus mendapat liputan. InsyaAllah. Eh jom baca pengalaman Ruby, mesti ramai nak tahu bagaimana kumpulan kami boleh menang. Kan kan kan? 

Walaupun tempat ketiga, Ruby sebagai Kapten, rasa bersyukur dan puas hati. Alhamdulillah!

Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0

Bersempena Malaysia Year End Sale 2019 bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2019 ini, acara Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 adalah acara yang bertepatan yang dijangka membawa lebih banyak tawaran menarik dan diskaun! Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 berlangsung pada 15 September 2019 dan dianjurkan oleh Tourism Malaysia. 

Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0


Ia adalah salah satu objektif utama untuk meningkatkan kesedaran dalam mempromosikan Malaysia Year End Sale dan menyerlahkan Shopping Icon, Miss SHOPhia. Program ini juga bertujuan mempromosikan penggunaan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan perkhidmatan e-hailing ke pusat membeli-belah yang menyertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0.

Selain mempromosikan Malaysia Year End Sale 2019, Shopping Hunt ini bertujuan mewujudkan kesedaran yang lebih besar dalam mempromosikan Kempen Visit Malaysia 2020 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamed pada Julai 2019. Kempen ini akan menjana lebih ramai pelancong untuk ke Malaysia dari seluruh dunia. Mereka bakal mengalami keunikan dan keindahan tarikan ekopelancongan Malaysia termasuk hutan hujan, gunung, pulau dan pantai, serta tarikan bandar & destinasi membeli-belah.

Melalui pejabat Tourism Malaysia di Indonesia dan Brunei Darussalam, pakej-pakej pelancongan 3D2N dan 4D3N untuk Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 telah dicipta di pasaran masing-masing. Pakej bernilai di antara RM1,000.00 – RM1,500.00 termasuk tiket penerbangan dan penginapan.

Pengalaman Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0

Tahun ini, jumlah pasukan yang mengambil bahagian adalah 100 kumpulan terdiri daripada 400 peserta, terdiri daripada orang awam, Pembeli Pakej Antarabangsa dari Brunei Darussalam dan Indonesia, dan gabungan media antarabangsa dan tempatan. Perlepasan peserta Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 bermula dari Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay, dan berakhir di 1Utama Shopping Mall, di mana upacara penyampaian hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof.


Flag off – Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 oleh Tuan Zulkifly Bin Md Said; Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Tuan Syed Yahya Syed Othman; Pengarah Pembangunan Pakej Tourism Malaysia dan penaja-penaja.

Acara sampingan turut diadakan di Finale Venue, 1Utama Shopping Mall. Acara dimeriahkan dengan ersembahan buskers, spa dan demonstrasi kraf, Miss SHOPhia Wheel of Fortune, persembahan artis tempatan, dan cabutan bertuah. Antara penaja ialah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, 1Utama Shopping Mall, Malaysia Airlines Berhad, e-Wallet: BOOST, Persatuan Spa Malaysia, U-Mobile, Cotra Enterprise Sdn Bhd serta pusat beli-belah utama di Kuala Lumpur seperti Sungei Wang Plaza , Lot 10, Sogo KL, Quill City Mall, Suria KLCC, Pavilion KL, Plaza Low Yat, Sunway Putra Mall, dan Central Market.

Kapten SHOPAHOLIC, Nombor Kumpulan 41

Sebelum ini Ruby pernah sertai beberapa pencarian harta karun. Tapi tidak pernah lagi sampai ke top 3! Subhanallah tak sangka stratergi kali ini menjadi.

  1. GSC 100Plus Treasure Hunt 2010
  2. #AABC 2nd Anniversary Photo Hunt di Bangkok 2015
  3. Fly And Drive Malaysia Tourism Hunt 2013
  4. 1Utama Wonder Food Adventure 2013
  5. Allianz Amazing Hunt 2014
  6. Putrajaya Treasure Hunt 2013
  7. Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0

Memikul tanggungjawab sebagai Kapten ni bukan sebab gila kuasa. Tetapi lebih kepada menyatupadukan ahli kumpulan. Dalam kumpulan Ruby terdiri daripada blogger yang aktif. Mereka adalah Marou dari www.budakbandunglaici.blogspot.com, Zharif dari www.jejakakaula.com dan Dboy dari www.dboystudiomy.com

Kesemua ahli dalam kumpulan SHOPAHOLIC mempunyai perangai masing-masing. Nak buat mereka fokus dan tidak habis tenaga di satu-satu lokasi adalah penting. Kalau satu Pavilion naik turun dan penat kehulu hilir, jenuh laaa. Kapten pun boleh pengsan. 

So, Kapten kena bersiap sedia mental dan fizikal. Kena selalu saling mengingati berapa minit lagi di lokasi ini, buat keputusan untuk lokasi seterusnya dan pastikan ahli kumpulan mempunyai masa untuk melaksanakan tugasan. Kita tidak boleh nak paksa-paksa muat naik cepat gambar dan proses LIKE gambar di facebook pula kita tertinggal. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Berdebat untuk dapatkan jawapan dan lokasi yang benar itu perkara biasa. Kata-kata Terima kasih kepada ahli kumpulan tidak putus-putus dari Ruby dan minta maaf salah silap sepanjang menjadi Kapten. Sebab Ruby dah menghantui kehidupan ahli kumpulan selama sebulan. 

Seminggu sebelum acara juga ada reminder. Ibarat cakap sorang-sorang dalam group whatsapp. Hahaha. Siap suruh mereka solat jangan lupa doa. Kita mesti menang! Kompetitif tak? Semangat seorang Kapten tidak boleh luntur walau hanya blue tick aje mereka balas. Hahaha.

Sebanyak 10 pusat membeli-belah kami perlu tawan. Kali ini kami lebih bersedia dan semua ahli kumpulan telah diberi tugasan. Kebanyakan masa kami menggunakan GRAB dan MRT.

Kompleks Kraf – Suria KLCC – Pavilion Kuala Lumpur- Lot 10 – Sungei Wang Plaza – Plaza Low Yat BB Park – Central Market – Quill City Mall – SOGO Kuala Lumpur – Sunway Putra Mall – 1Utama Shopping Centre. Kami berjaya selesaikan 7 pusat membeli-belah sahaja. Tahun ini juga kami tidak berjaya ke Quill City Mall dan Sunway Putra Mall. 

Astaghfirullahalazim. Kena jaga stamina agar boleh berlari sesama. Sambil tu tengok ahli kumpulan juga. Kejang otot nanti. Hahaha. Kapten kejang otot masa 2017. Tahun ni alhamdulillah kejang otot tu cepat baik. Selawat panjang bila kaki mula locked.

SURIA KLCC

PAVILION KUALA LUMPUR 

LOT 10

SUNGEI WANG PLAZA

PLAZA LOW YAT BB PARK

CENTRAL MARKET

Menang Tempat Ketiga Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0

Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan kami menang! Terima kasih semua ahli kumpulan! Jika tidak serik Ruby jadi kapten, kita ketemu lagi 2021.

Dah lama tak naik pentas, sebagai kapten dan wanita pula tu. Ruby terus ke kiri pentas, sedangkan Ruby kena ambil “mock cheque” tu. Terasa janggal pula bila tiada siapa terima mock cheque dari Tuan Syed. Hahahaha. Sebab Ruby dah cukup gembira bila ahli kumpulan pun gembira. Berbaloi-baloi. Terima kasih Marou, Zharif dan Dboy!

Pelancaran Malaysia Year End Sale 2019

Malaysia Year End Sale 2019 dirasmikan oleh YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof; Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Tuan Zulkifly Bin Md Said; Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia dan Tuan Syed Yahya Syed Othman; Pengarah Pembangunan Pakej Tourism Malaysia. MYES2019 akan bermula dari 1 Oktober 2019 hingga 31 Disember 2019. 

Pelbagai acara turut disediakan oleh pusat membeli-belah dan diantaranya adalah Gastronomy Festival di 1Utama Shopping Mall, Cosmetic Rebate Coupon di Sogo, Festival di Central Market dan banyak lagi!

Latar Belakang Pelancongan Di Malaysia

Malaysia mengalu-alukan kedatangan pelancong sebanyak 25.83 juta pada tahun 2018 manakala hasil pelancongan meningkat sebanyak 2.4% menyumbang RM84.1 bilion berbanding 2017. Hasil peningkatan pelancong adalah kerana mereka melancong lebih lama di Malaysia – peningkatan penginapan 0.8 malam hingga 6.5 malam pada 2018 – dan berbelanja lebih banyak. Secara khususnya, perbelanjaan pelancong mencecah RM28.1 bilion pada tahun 2018 iaitu peningkatan sebanyak 4.6% berbanding tahun 2017.

Sementara itu hingga suku kedua tahun 2019, Malaysia mencatatkan 13.35 juta ketibaan pelancong. Pertambahan sebanyak 4.9% dan telah menerima hasil pelancongan sebanyak RM41.69 bilion, menandakan kenaikan sebanyak 6.8% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Trend ini merupakan gambaran yang jelas mengenai profil semasa Malaysia sebagai destinasi membeli-belah yang diiktiraf oleh beberapa agensi penarafan yang bereputasi.

Malaysia telah menerima pengiktirafan antarabangsa termasuk Fifth Best Shopping Destination oleh Expedia UK pada 2016, dan Second Best Shopping Destination 2015 untuk umat Islam di Malaysia OIC (Organisation of Islamic Cooperation).

Destinasi berdasarkan Crescent Rating and MasterCard Muslim Travel Shopping Index. Kuala Lumpur juga dinobatkan sebagai Fourth Best Shopping City di dunia oleh rangkaian berita global CNN untuk dua tahun berturut-turut (pada tahun 2012 dan 2013), manakala Geneva-based Globe Shopper Index menyatakan bandar Kuala Lumpur sebagai destinasi membeli-belah kedua terbaik di Asia-Pasifik pada tahun 2012.

www.instagram.com/malaysia.truly.asia
www.twitter.com/tourismmalaysia
www.facebook.com/malaysia.travel.my
www.youtube.com/tourismmalysia

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !