Guardian Most Voted Brands Tampilkan 313 Produk Untuk Anda Undi!

Guardian Most Voted Brands Tampilkan 313 Produk Untuk Anda Undi!

Ruby
0
Guardian Most Voted Brands Tampilkan 313 Produk Untuk Anda Undi!


Guardian Most Voted Brands Tampilkan 313 Produk Untuk Anda Undi! Assalammualaikum semua! Acara yang kita semua tunggu sedang berlangsung! Iaitu mengundi produk dan jenama pilihan yang dijual di Guardian. Jadi, kita semua boleh membantu pelanggan untuk mengetahui produk yang menjadi trend terkini dan memberi maklum balas kepada jenama untuk terus mengeluarkan produk-produk yang terbaik. Hehehe. Anda boleh mula mengundi sekarang! Jom baca cara-cara untuk mengundi dan senarai hadiah untuk anda menangi! Teruja tak? Hehehe.

Guardian Most Voted Brands Tampilkan 313 Produk Untuk Anda Undi!

Jutaan pelanggan GUARDIAN MALAYSIA akan berpeluang untuk mengundi jenama kesihatan dan kecantikan mereka, sekali lagi, dan memenangi pelbagai hadiah menarik berjumlah RM40,000. Kempen anugerah apresiasi jenama yang kini memasuki tahun ke-20, telah bermula 5 September dan bakal berakhir pada 29 September 2019.

Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Malaysia, berucap di majlis perlancaran kempen itu berkata: “Kami sangat berbangga dan teruja untuk memaklumkan kepada anda bahawa Most Voted Brands tahun ini akan menampilkan 313 produk daripada rangkaian pelbagai jenama yang ditawarkan di stor kami!”

“Sebenarnya, 313 produk dan 139 jenama bakal bertanding untuk 73 kategori anugerah tahun ini, menjadikan pesaingan kali ini begitu sengit. Dan oleh kerana undian adalah daripada para pelanggan kami, iaitu pembeli dan pengguna sebenar produk-produk ini, ia memberikan penilaian yang adil kepada pemilik-pemilik jenama terhadap kedudukan jenama mereka dikalangan pengguna. Undian secara keseluruhannya, akan menunjukkan gambaran yang tidak berat sebelah ke atas jenama-jenama yang telah berjaya menambat hati dan memberi kesan kepada para pelanggan kami,” tambah beliau.

Anugerah Guardian Malaysia Bermula Sejak Tahun 2000

Menjelaskan lebih lanjut tentang Anugerah tersebut, Ms Wong menambah: “Ketika Guardian Malaysia mengkonsepsikan anugerah ini pada tahun 2000, objektif kami adalah untuk menghubungkan jutaan pelanggan kami dengan semua rakan-rakan perniagaan serta pemilik jenama, dengan memberi peluang kepada mereka untuk memilih jenama kegemaran mereka. Hari ini, anugerah ini lebih relevan kerana kami didorong untuk berhubung dan memahami keperluan gaya hidup pelanggan kami, pilihan dan trend yang sentiasa berubah.”

“Saya yakin Guardian Malaysia Most Voted Brands Awards merupakan salah satu acara anugerah yang paling definitif dan berprestij di negara ini, dengan mengambil kira kesan dan populariti produk, jenama dan kategori yang terlibat,” tambah beliau.

Jom Undi Produk & Jenama Kegemaran Anda

Mencerminkan gaya hidup digital kebanyakan pengguna sekarang, proses undian secara keseluruhannya akan terus dijalankan dalam bentuk digital. Ini bermakna, semua undian akan dibuat secara dalam talian. Walau bagaimanapun, terdapat satu tambahan menarik tahun ini dimana pelanggan Guardian juga boleh menyertai MVB Hunt di semua stor Guardian melalui telefon pintar mereka. Guardian MVB Hunt adalah satu permainan pencarian harta karun yang dikendalikan di semua stor Guardian dimana pelanggan boleh memenangi baucar produk untuk lebih penjimatan.

Pelanggan boleh memulakan pencarian harta karun dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan di stor Guardian atau dengan melayari mvb19.guardian.com.my. Setelah mengundi, mereka akan memperolehi baucar produk untuk kategori yang mereka pilih. Untuk mara ke tahap seterusnya dan mendapatkan baucar produk, pelanggan perlu memuat naik resit pembelian mereka. Pelanggan yang telah mengundi sebanyak 3 kali, layak untuk menyertai peringkat undian dalam talian yang seterusnya, yang menawarkan peluang yang lebih besar untuk
memenangi Hadiah Utama.

Jadi para pelanggan Guardian digalakkan untuk menyertai MVB Hunt terlebih dahulu sebelum melakukan undian dalam talian untuk lebih peluang untuk mendapatkan baucar produk.

Hadiah Mega Guardian Most Voted Brands

Untuk layak ke undian dalam talian, pelanggan perlu berbelanja minimum RM10 dalam satu resit di stor Guardian atau dalam talian. Kemudian layari https://mvb19.guardian.com.my /#/onlinevoting. Undian boleh dibuat pada bila-bila masa di antara 5 September dan 29 September 2019.

Semua pelanggan yang menghantar undian mereka dengan resit yang sah akan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 68 Hadiah Mega, berjumlah RM40,000 yang berupa baucar Guardian.

Hadiah Mega adalah seperti berikut:
Satu (1) hadiah utama iaitu baucar Guardian bernilai RM12,000
Dua (2) hadiah pertama iaitu baucar Guardian bernilai RM5,500
Lima (5) Hadiah kedua iaitu baucar Guardian bernilai RM1,000
Enam puluh (60) hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM200.

Peraduan ini adalah terbuka untuk semua pelanggan yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sebagai bukti pembelian, pelanggan perlu menyimpan resit Guardian yang asli. Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat MVB dan cara-cara mengundi, sila layari https://mvb19.guardian.com.my/#/term

Jadi mulakan undian anda dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat
September ini!

www.instagram.com/guardianmalaysia
www.facebook.com/Guardianmy
www.guardian.com.my

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !