FLAVORISTA Lancar Pes Serbuk Pra-Campuran

FLAVORISTA Lancar Pes Serbuk Pra-Campuran. Assalammualaikum semua! Wah bulan Ramadan hampir tiba dan tibalah masa anda semua siapkan 30 resepi sahur dan iftar! Ya! Kena sediakan. Nanti bila tiba bulan Ramadan, boleh berjimat dari membeli-belah di Bazaar Ramadan. Masak sendiri lebih menjimatkan! Hehe. Nak lagi senang sediakan makanan? Jom ruby kongsikan produk serbuk pra-campuran FLAVORISTA! Pernah dengar nama FLAVORISTA? Ia adalah pes masakan dalam bentuk serbuk! Pertama di dunia untuk sediakan pes masakan dalam bentuk serbuk dan semuanya nama hidangan masakan Malaysian! Asam Pedas? Ayam Masak Merah? Semua ada!

FLAVORISTA Lancar Pes Serbuk Pra-Campuran


FLAVORISTA Lancar Pes Serbuk Pra-Campuran


FLAVORISTA, Just a Snap!  Sebuah syarikat Bumiputra yang membuat inovasi ke atas produk pes makanan sedia ada ke bentuk pes serbuk pra campuran pelbagai menu popular yang akan memudahkan anda memasak serta menjimatkan wang.

Idea berinovasi ini bermula melihat sebuah pengusaha makanan di Johor Bahru mengeluarkan serbuk kopi dan pelbagai produk lain dalam bentuk serbuk pra-campuran. Dengan itu lahir idea untuk mencipta serbuk pra-campuran Mee Udang. Produk FLAVORISTA berkonsepkan ready to serve dimana penyediaan makanan lebih mudah dan merasakan ianya akan mendapat sambutan para pengguna di pasaran.

Terdahulu semasa FLAVORISTA bersama-sama pelancaran Nasi Muafakat dimana telah diadakan cabaran set kombo makanan termurah dan ia terbukti bahawa serbuk pra-campuran FLAVORISTA merupakan makanan yang selamat dengan kos yang efektif seterusnya menjadi serbuk pra-campuran FLAVORISTA mudah untuk memasak (Easy-To-Cook).

FLAVORISTA Berkualiti & Menerima Banyak Anugerah

Dengan strategi pemasaran dan pendedahan yang konsisten, FLAVORISTA bukan sahaja mengeluarkan produk untuk dipasarkan di peringkat domestik malahan telah ke peringkat antarabangsa. Ini terbukti dengan penglibatan FLAVORISTA dalam pelbagai acara antarabangsa seperti Halal Chefpreneur Challenge Asian Hallfest 2017 dan telah diumumkan pemenang di dalam acara tersebut. FLAVORISTA telah tersenaraikan di dalam the Malaysia Book Of Records atas kejayaan seorang chef mampu memasak paling banyak resipi dalam masa 30 minit.

Pada tahun 2018, syarikat terus mengembangkan perniagaan dengan mempunyai kilang baharu untuk memenuhi pemintaan pelanggannya. Bagi memastikan keselamatan makanan produk FLAVORISTA terjamin, FLAVORISTA telah mempunyai pensijilan HALAL oleh JAKIM  dan perakuan HACCP Certificatedan GMP daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

FLAVORISTA juga berhasrat ingin melebarkan jualan secara menyeluruh di Supermarketdan Hypermarketdalam masa terdekat.

Pelancaran 6 Serbuk Pra-Campuran FLAVORISTA

Lebih 100 pek serbuk pra-campuran FLAVORISTA yang telah dikeluarkan tetapi dengan adanya permintaan pelanggan secara berterusan, FLAVORISTA telah memperkenalkan 6 pek menu serbuk pra-campuran terbaru iaitu Sambal Tumis, Masak merah, Asam Pedas, Masak Kung Pao, Masak Kicap dan Perapan BBQ. FLAVORISTA percaya resipi terbaru ini akan mendapat permintaan yang menggalakkan.

Sekiranya anda ingin memasak Asam Pedas menggunakan serbuk pra-campuran FLAVORISTA, anda hanya tambah air dan minyak kemudian masukkan ikan pilihan anda. Tenggiri? Kembong? Pari? Senang dan mudah.

Idea Tercetus Apabila Pelajar Universiti Tidak Mampu Untuk Membeli Makan

“FLAVORISTA ingin menyasarkan kepada golongan pelajar IPT bagi membantu mereka mendapatkan menu makanan yang bermutu serta berkhasiat dengan harga yang lebih murah serendah RM4-5 per pek. Ia juga bagi membantu mereka bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini” Kata Encik Norisham Baharin, Pengarah Urusan Flavorista (M) Sdn Bhd.

Harga Serbuk Pra-Campuran FLAVORISTA

Serbuk bantuan masakan FLAVORISTA tersedia dalam 4 jualan, anda boleh membeli satu paket, secara combo tiga paket pada harga RM 11, “half dozen” RM 23 dan “dozen” RM 42

  1. Perapan BBQ : RM 5.00
  2. Sambal Tumis : RM 4.00
  3. Masak Merah : RM 4.00
  4. Masak Kicap : RM 4.00
  5. Asam Pedas : RM 4.00
  6. Masak Kung Pao : RM 4.00
  • COMBO A (Masak Kung Pao, Masak Kicap & Masak Merah) : RM 11.00
  • COMBO B (Masak Kung Pao, Masak Merah & Asam Pedas) : RM 11.00
  • COMBO C (Masak Kung Pao, Asam Pedas & Sambal Tumis) : RM 11.00

Berkenaan FLAVORISTA

Flavorista (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2012 oleh sekumpulan pakar Makanan & Minuman dengan idea inovatif untuk mempermudah dan menawarkan kaedah yang mudah untuk menyediakan makanan. Sama ada di dapur rumah atau di dapur perindustrian, tanpa menjejaskan kualiti & ketulenan rasa.

Syarikat diterajui oleh En. Norisham Baharin selaku Pengarah Urusan. Beliau merupakan Pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan, UPM. Sehingga kini syarikat mempunyai kekuatan tenaga kerja seramai 10 orang yang pakar dalam bidang tertentu terutamanya dalam bidang industry Food & Beverage.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi FLAVORISTA seperti berikut:

Flavorista (M) Sdn Bhd
No.7 Jalan IMP 1, Taman Industri Meranti Perdana
47120 Puchong Selangor

Tel : 03-8052 6958

www.flavorista.com.my
www.instagram.com/jomflavorista
www.facebook.com/JomFlavorista

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال