ALEEYA ZAILAN LANCAR PRODUK KETIGA IAITU VITALICIA SUPERMODEL GLOW UNTUK ANDA YANG INGIN KEKAL CANTIK LUARAN DAN DALAMAN

ALEEYA ZAILAN LANCAR PRODUK KETIGA IAITU VITALICIA SUPERMODEL GLOW UNTUK ANDA YANG INGIN KEKAL CANTIK LUARAN DAN DALAMAN

Ruby
0
ALEEYA ZAILAN LANCAR PRODUK KETIGA IAITU VITALICIA SUPERMODEL GLOW UNTUK ANDA YANG INGIN KEKAL CANTIK LUARAN DAN DALAMAN | Assalammualaikum semua! Pada 25 April 2019 telah berlangsung pelancaran produk ketiga Avenys di Floral Terrace, Kuala Lumpur. Ini adalah kali pertama Ruby dapat menemubual secara dekat bersama Pengasas & Pengarah Urusan Vitalicia Sdn Bhd iaitu Puan Aleeya Zailan, 34 tahun.

Puan Aleeya Zailan memiliki personaliti yang jelas dan transparent. Seronok mendengar perjalanan perniagaan dan pencapaian beliau pada hari ini. Ia bukan hanya kejayaan jualan, malah dapat dilihat dari penampilan beliau yang langsing dan glow. Wajahnya yang flawless dengan tatarias mekap natural membuatkan beliau tampil mempersonakan. 

ALEEYA ZAILAN LANCAR PRODUK KETIGA IAITU VITALICIA SUPERMODEL GLOW UNTUK ANDA YANG INGIN KEKAL CANTIK LUARAN DAN DALAMAN


Jika Puan Aleeya Zailan tidak mengendong bayinya, pasti ramai ingat beliau baru berkahwin dan melahirkan anak. Hakikatnya, beliau adalah ibu kepada 3 orang anak. Anak pertama beliau berusia 9 tahun iaitu Eva Natasha, Aaron Aziz berusia 7 tahun dan Alicia Aleena berusia 10 bulan. 


“Do you wanna 
LOOK like a supermodel?
BE like a supermodel?
FEEL like a supermodel? 
Let’s unleash the supermodel within.. with VITALICIA SUPERMODEL GLOW!”

Kenapa supermodel yang menjadi penanda aras kepada produk ini? Atau makan produk ini sebab nak berangan jadi supermodel? Pelbagai persoalan mula bermain di fikiran.

Namun Aleeya ada alasan konkrit dan tersendiri kenapa suplemen VITALICIA Supermodel Glow ini memilih terma ‘supermodel’ sebagai sasaran kepada keberkesanan produk itu.

Menurut Pengasas & Pengarah Urusan Vitalicia Sdn Bhd, Aleeya Zailan, “Supermodel ni ada macam-macam saiz mereka, tidak semua supermodel kurus dan tidak semua supermodel putih melepak. Jadi saya nak “mendidik” rakyat Malaysia untuk lebih yakin dengan diri mereka.

Hanya dengan VITALICIA, kita boleh bantu semua wanita dan lelaki untuk “mempertingkatkan” lagi kulit mereka untuk lebih cerah berseri di samping meningkatkan kadar imunisasi dan menurunkan berat badan.

Saya percaya dalam diri kita sebagai manusia tidam kira sama ada lelaki atau perempuan pasti ada idola yang kita mahu ikuti. Bukan sahaja dalam soal kerjaya, demikian juga dalam soal kecantikan serta penampilan diri.   

Ada yang suka tengok selebriti atau tokoh terkenal dalam pelbagai bidang sebagai rujukan terbaik untuk mengejar cita-cita.

Saya sendiri tidak terkecuali. Kalau bab supermodel, saya paling suka mengikuti Tyra Banks. Saya memang peminatnya dan sering menonton program America’s Next Top Model pada setiap musim.

Saya lihat bagaimana dia gilap ramai wanita yang tiada keyakinan diri dan lemah semangat untuk mengeluarkan sisi ‘unik’ dalam diri mereka demi menjadi seorang supermodel. 

“Setiap kali menonton program itu, saya akan berangan nak jadi macam supermodel. Malah, saya sendiri kalau menghadiri pertunjukan fesyen pun makan hati melihat bentuk badan model yang memperaga pakaian.

Dalam hati terbit rasa nak dapat badan macam mereka yang langsing dan cantik. Lalu terhasil produk suplemen yang diilhamkan dari rancangan tersebut iaitu VITALICIA Supermodel Glow yang selamat untuk diamalkan tanpa was was,”.

VITALICIA SUPERMODEL GLOW


Sebagai wanita bergelar isteri dan ibu juga sering membuat Aleeya berdepan kenaikan berat badan mendadak terutama selepas melahirkan anak.

“Saya percaya semua wanita yang mengandung dan melahirkan anak akan berdepan masalah sama iaitu berat badan naik mendadak. Memang tidak boleh dielakkan. Setiap kali lalui fasa itu, berat badan saya akan naik. Itulah realitinya.

“Pernah berat saya cecah 80 kilogram. Memang kalau mengandung, saya kena terima hakikat akan naik dua tiga kilogram. Memang tertekan. Bab berat badan ini ada kalanya jadi isu yang tiada henti terutama untuk golongan wanita. Saya pula jenis yang suka memasak dan makan, jadi terpaksa akur dengan hal ini.


“Tapi kini berat saya mencecah 50 kilogram dan VITALICIA Supermodel Glow menjadi penyelamat. Saya sudah jatuh hati dengan VITALICIA Supermodel Glow. Saya yakin mereka di luar sana juga akan jatuh hati kelak,” katanya.

VITALICIA Supermodel Glow sebenarnya diilhamkan daripada nama anak ketiga saya, Alicia Aleena yang kini berusia 10 bulan.



“VITALICIA Supermodel Glow menjadi produk ketiga yang saya keluarkan. Ia diinspirasi menerusi nama Alicia sendiri. Macam sebelum ini produk penjagaan kulit saya, AVENYS juga diambil ilham daripada nama anak sulung, Eva Natasha berusia sembilan tahun.

“Anak kedua saya yang diberi nama Aaron Aziz (7) pun sudah mula tanya bila pula nak keluarkan produk yang diinspirasikan dari namanya. Tapi dia patut rasa istimewa kalau tak ada produk namanya sekalipun, namanya sama seperti pelakon Aaron Aziz,” seloroh Aleeya.

Berkongsi rahsia kecantikannya, Aleeya berkata dia mengamalkan VITALICIA Supermodel Glow beserta losyen atau serum dan menyapu di mukanya, sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
 
“VITALICIA Supermodel Glow telah dibangunkan sejak hampir tiga tahun. Maklum balas awal cukup positif dan sangat menggalakkan dengan 95% pengguna mengesahkan peningkatan yang ketara dalam seri kulit setelah mengamalkan VITALICIA Supermodel Glow secara teratur dan konsisten selama tiga minggu. 

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan kulit anda bersih dan bersinar tanpa sebarang solekan. Harga dijual pada harga mampu milik dan dijual pada RM89 untuk sekotak dengan memiliki 14 sachet yang bertahan selama dua minggu.

Ia kini boleh didapati secara dalam talian di www.avenys.com dan melalui pengedar sah AVENYS di seluruh negara. Ia adalah solusi tepat bagi mereka yang ingin menambaik kesihatan secara keseluruhannya.
 
 “Kami mengharapkan VITALICIA dapat diterima baik oleh masyarakat Malaysia. Menerusi tempahan awal, kami yakin bahawa produk ini akan menjadi hit di pasaran. Kami berhasrat untuk memasarkan 120,000 kotak menjelang akhir tahun 2019. 

FAKTA PRODUK VITALICIA SUPERMODEL GLOW


  • VITALICIA Supermodel Glow, suplemen makanan revolusi baru untuk wanita, hanya menggunakan ramuan sumber yang terbaik yang telah melalui pelbagai proses dan pengujian keberkesanan. Formula semulajadi gabungan bahan yang berkhasiat secara klinikal direka khusus cantik dalaman dan luaran bak supermodel.
  • VITALICIA Supermodel Glow hadir dalam bentuk serbuk kerana ramuan utama, iaitu buah camu-camu, terlalu masam untuk dimakan begitu saja.
  • Satu paket memberi anda 71mg khasiat Vitamin C berbanding 75mg, pengambilan Vitamin C harian yang disyorkan untuk wanita. Ambil satu paket pada waktu pagi ketika bersarapan dan sekali lagi pada waktu makan malam. Selepas ini anda tidak perlu lagi gusar tentang tidak mendapat cukup Vitamin lagi.
  • Sebagai alternatif, anda boleh mencairkan satu paket VITALICIA Supermodel Glow dalam 30ml air atau taburkannya ke dalam jus smoothie, jus, minuman gandum atau protein, mahupun salad.
  • Mempunyai makanan tambahan dengan formulasi semula jadi serta efektif untuk pengambilan pemakanan yang diperlukan dalam badan.
  • VITALICIA Supermodel Glow menggunakan bahan yang dirumus secara semulajadi untuk membantu menegang, melembut, merata dan memanjakan kulit anda untuk seri semulajadi.

BAHAN-BAHAN DI DALAM VITALICIA SUPERMODEL GLOW


CAMU CAMU


Camu Camu adalah jenis beri dari hutan hujan Amazon yang mengandungi 30 kali jumlah Vitamin C secara purata dalam buah oren, selain penuh dengan keperluan vitamin dan mineral lain termasuk besi, niasin, potassium, beta-carotene, kalsium dan banyak lagi. 

Memakan camu-camu dalam diet harian anda membantu melindungi kulit anda dari sinaran UV, jerawat, memberi seri muda seperti remaja, membantu melambatkan proses penuaan, mencerahkan dan mengurangkan pigmentasi, menyerlah tona kulit.

ASTAXANTHIN


Astaxanthin – Pernahkah anda melihat burung flamingo? Mereka tidak selalu dalam keadaan sentiasa berwarna merah jambu. Tetapi astaxanthin yang terdapat dalam diet mereka mampu memberikan mereka warna merah jambu yang indah. 

Astaxanthin berasal dari alga dan antioksidan super yang membantu meningkatkan kelembapan dan tona kulit. Ia mengurangkan kesan penuaan dengan melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. 

Kajian juga menunjukkan bahawa ia membantu mengurangkan keradangan dan sakit sendi.
 

PRE-PROBIOTIK MIKROBIOLOGI


Pre-Probiotik Mikrobiologi – Prebiogenik Mikrobiologi & Probiotik meningkatkan kesihatan usus untuk imuniti yang lebih baik. Ia juga akan membantu mengurangkan selera makan anda. Apabila digabungkan dengan senaman biasa dan diet kalori terkawal, Vitalicia Supermodel Glow juga berupaya mengurangkan penurunan berat badan. 

Prebiotik adalah makanan yang memberi makan bakteria baik dalam usus anda. Probiotik adalah mikroorganisma hidup (bakteria) yang meningkatkan kesihatan dalam sistem pencernaan anda apabila digunakan. Begitu juga dengan makanan seperti yogurt, tempe, dan kimchi.

MAKLUMBALAS / TESTIMONI PENGGUNAAN

 
  • 95% daripada pengguna mengesahkan peningkatan yang ketara dalam seri kulit selepas memakannya secara teratur selama tiga minggu
  • 81% pengguna bersetuju bahawa Vitialicia membantu dengan penurunan dan pengurusan berat badan apabila digabungkan dengan senam kardiovaskular dan hidrasi.
  • 92% daripada pengguna berasakan lebih banyak tenaga sepanjang hari.
  • 78% pengguna dalam jangka panjang menyedari pengurangan jerawat dan kulit yang bersih dalam 14 hari apabila menggunakan 2 sachet sehari.
  • Diuji pada kumpulan 273 sukarela kajian penilaian diri selama tempoh 24 bulan.

LANGKAH KESELAMATAN PENGAMBILAN VITALICIA SUPERMODEL GLOW


– Walaupun keselamatan semua bahan dalam rumusan cukup bagus, kami masih menasihatkan mereka yang hamil, menyusu badan dan keliru, untuk berunding dengan doktor sebelum memulakan mengambil suplemen ini.


KENALI ALEEYA ZAILAN


Dilahirkan bukan dalam keluarga senang termasuk menyaksikan perpisahan ibu bapa tersayang pada usia 12 tahun, banyak mematangkan diri serta mengajar wanita kental ini dalam soal kehidupan. 

Malah pada suatu ketika, wanita kelahiran Umbai, Melaka ini turut bergelut dengan ibu tersayang yang sakit kanser paru paru tahap empat pada tahun 2017.

Enam bulan sempat menjaga dan mendapatkan rawatan terbaik untuk ibunya, usahawan kepada tiga anak comel ini akur dengan suratan hidup apabila ibunya menghembuskan nafas terakhir tahun lalu.

Malah sebagai hamba-Nya, Aleeya yang mengusahakan pelbagai perniagaan termasuk yang terbaru suplemen VITALICIA Supermodel Glow ini akur yang atas paksi manusia dia pasti akan terus diuji.


“Saya selalu ingatkan dalam diri ujian yang datang itu bukan tiket untuk terus melemahkan diri. Saya tidak boleh terbawa-bawa dengan apa saja rasa sedih yang bertandang. Saya harus bangkit. 

Tambah pula saya anak sulung daripada empat beradik. Saya harus beri contoh dan teladan yang baik untuk adik dan kini anak saya.

Saya pun bukan datang dalam keluarga yang senang. Tapi dalam hati saya selalu terap semangat diri untuk capai apa saja yang diingini dengan usaha, doa serta tawakal. Saya percaya tiada pintas untuk kita berjaya.

Semuanya perlu datang daripada kepayahan dan pengalaman hidup. Saya pula jenis yang tak betah duduk diam. Saya nak buat itu dan ini. 

Macam-macam kerja saya buat. Saya pernah kerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam untuk kumpul duit ke New Zealand kerana mahu menjejaki arwah ibu yang ke negara Kiwi itu selepas berpisah dengan bapa.

Ketika di sana pun, saya cari pendapatan sampingan dengan buat kerja solekan. Di sana pun saya ambil peluang menuntut dalam bidang politik dan bisnes. Saya akhirnya tamat pengajian di University of Auckland, New Zealand pada tahun 2008,” katanya.


Minat memasak turut memberi idea untuk isteri kepada Mohd Azri Aziz ini menceburi perniagaan sulungnya dalam dunia makanan menerusi jenama Aleeya’s Kitchen kira kira pada tahun 2013.


“Secara suka-suka menghasilkan sambal hitam serta muat naik di laman Facebook dan Instagram dengan tagline ‘Sambal Hitam Pedas Giler Masuk Hospital’. Bermula dengan beroperasi di rumah saja dan memenuhi permintaan rakan serta kawan sepejabat suami. Penat bekerja sampai saya dapat slipped disc. Kini operasi perniagaan ini tidak lagi dijalankan di rumah tetapi di Pahang,” katanya.
 

MENGENAI VITALICIA SDN BHD

 
VITALICIA adalah jenama makanan tambahan yang diasaskan oleh Aleeya Zailan. Jenama ini bertujuan untuk menghasilkan produk inovatif dan berprestasi tinggi untuk wanita yang berdaya saing dan mementingkan kecantikan dalaman serta luaran.
 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !