ETIQA World Health Day 2019

ETIQA World Health Day 2019

ETIQA World Health Day 2019.| Assalammualaikum semua! Pada setiap 7 April adalah Hari Kesihatan Sedunia. Pelbagai kempen kesedaran tentang kesihatan dan statistik juga akan dikongsikan. Sama ada dari penyakit kanser, penyakit kerap berlaku dan langkah yang anda boleh lakukan sebagai persediaan. Sebenarnya dalam kehidupan kita, semua orang takut mati. Tetapi tidak pula menjaga diri untuk kekal sihat, atau jika sakit mesti sudah ada simpanan untuk pembiayaan rawatan. Hurmmm. Isu yang penting sebenarnya kan apabila melibatkan kesihatan.

ETIQA World Health Day 2019

ETIQA telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2007. Menawarkan pelbagai jenis plan Takaful & Insurans. Kita semua berhak mendapatkan kesihatan yang baik. Tema ETIQA World Health Day tahun ini adalah “Universal Health Coverage”. Dimana, ia memberi kempen kesedaran baharu bahawa kesihatan dan kos perubatan adalah perkara yang sangat penting. Jika dulu anda semua tidak mempunyai Takaful atau Insurans, sekarang dapatkanlah satu. Sebab kos perubatan bukannya murah dan kita juga tidak mahu keadaan sakit itu menjadi beban kepada orang lain.

Tahukah anda bahawa stress memikirkan pembiayaan kos perubatan juga akan menyebabkan kita bertambah sakit? Jadi, sediakan wang sebelum sakit. Sebab penyakit ni subjektif, kita tidak tau bila, kita sakit waktu usia 30-an ke? 20-an ke? 50-an ke? Ruby selalu menganggap pelaburan ini adalah untuk diri Ruby. Di ETIQA terdapat pelbagai jenis plan, anda boleh pilih mengikut kemampuan anda.

Jom Ruby kongsikan kenapa anda perlu memilik Takaful / Insurans. Semoga perkongsian ini membuka minda anda. Terima kasih kepada semua panel.

National Cancer Society Malaysia

Di Malaysia, lebih 100,000 rakyat Malaysia hidup dengan kanser pada masa yang tertentu. Nisbah menunjukkan 1 daripada 10 lelaki, dan 1 daripada 9 wanita berisiko mendapat penyakit dalam seumur hidup mereka. Kanser merupakan punca kematian terbesar ke-4 di negara ini. Ia adalah punca pertama kematian dalam hospital swasta, dan punca keempat di hospital awam.

ETIQA World Health Day 2019ETIQA World Health Day 2019ETIQA World Health Day 2019

Kanser sering dikesan atau didiagnosis lewat. Lebih separuh daripada semua rakyat Malaysia Pesakit kanser didiagnosis pada peringkat akhir (III atau IV). Lagi lambat pesakit didiagnosis, peluang mereka untuk bertahan hidup juga kurang. Sebagai contoh, kadar survival 5 tahun kanser kolorektal adalah 76% jika didiagnosis pada tahap I, dan 17% jika didiagnosis pada peringkat IV. Pada masa ini, 1 daripada 3 pesakit kanser kolorektal di Malaysia adalah didiagnosis pada peringkat terakhir.

Tindakan awal tidak hanya menyelamatkan nyawa, tetapi sangat efektif. Satu kajian berasaskan di A.S. memperkirakan diagnosis awal kanser boleh menyelamatkan negara sehingga USD26 bilion setahun. Malaysia menaja Kanser Resolusi 2017, yang telah disesuaikan oleh WHO dan menekankan pengesanan awal dan diagnosis.

ETIQA World Health Day 2019

3 tindakan boleh dilakukan iaitu pengesanan, pemeriksaan, dan diagnosis boleh menyelamatkan hidup. 

  1. Pengesanan awal: pendidikan dan promosi diagnosis dan pemeriksaan awal.
  2. Pemeriksaan (Kanser): proses yang digunakan ujian mudah, murah untuk mengenal pasti individu yang mempunyai kanser atau pra-keadaan kanser, tetapi belum menunjukkan apa-apa gejala.
  3. Diagnosis awal: diagnosis kanser pada peringkat awal (I atau II).

Jadi, jagalah diri anda dan keluarga. Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala, aktif bersukan, diet pemakanan yang betul dan sediakan insurans kesihatan. Jika anda ingin mengetahui statistik dan informasi terkini tentang kanser. Anda boleh klik pautan yang Ruby sediakan dibawah.

www.cancer.org.my
www.instagram.com/nationalcancersocietymy
www.facebook.com/nationalcancersocietymalaysia

4 Plan Kesihatan Baharu ETIQA

Ada empat plan kesihatan untuk anda iaitu e-Medical Pass Takaful, e-Medical Pass, e-Cancer Care Takaful dan e-CancerCare.

e-Cancer Care Takaful

Pelan patuh Syariah yang menyediakan perlindungan untuk peringkat awal dan rawatan kanser utama.

  • Pembayaran tunai untuk kanser peringkat awal, termasuk Carcinoma In Situ (CIS)
  • Pembayaran tunai sebanyak 150% apabila diagnosis kanser
  • Perlindungan dari 21 sen sehari
  • Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan
ETIQA World Health Day 2019

Dapatkan Plan e-CancerCare Takaful sekarang!

e-CancerCare Insurans

Pelan yang menyediakan perlindungan untuk peringkat awal dan rawatan kanser utama.

  • Pembayaran tunai untuk kanser peringkat awal, termasuk Carcinoma In Situ (CIS)
  • Pembayaran tunai sebanyak 150% apabila diagnosis kanser
  • Perlindungan dari 21 sen sehari
  • Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan
ETIQA World Health Day 2019

Dapatkan Plan e-CancerCare Insurans sekarang!

e-Medical Pass Takaful

Pelan perubatan patuh Syariah yang menyediakan faedah hospital dan pembedahan, dan kemasukan tanpa tunai.

  • Pelan bermula dari RM1.77 sehari
  • Surat Jaminan yang disediakan supaya anda boleh dimasukkan ke hospital tanpa bayaran
  • Dengan had tahunan
  • Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan. Hanya jawab 3 soalan kesihatan untuk perlindungan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
ETIQA World Health Day 2019

Dapatkan Plan e-Medical Pass Takaful sekarang!

e-Medical Pass Insurans

Pelan perubatan yang menyediakan faedah hospital dan pembedahan, dan kemasukan wad tanpa tunai.

  • Pelan bermula dari RM1.74 sehari
  • Surat Jaminan yang disediakan supaya anda boleh dimasukkan ke hospital tanpa bayaran
  • Dengan had tahunan
  • Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan. Hanya jawab 3 soalan kesihatan untuk perlindungan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
ETIQA World Health Day 2019

Dapatkan Plan e-Medical Pass Insurans sekarang!

Pentingnya Takaful & Insurans

Setelah mengetahui pelbagai informasi berguna tentang kesihatan dan penyakit yang menjadi trend pada masa kini. Ruby mula menyedari betapa pentingnya perlindungan melalui ETIQA. Kos perubatan dan jenis penyakit kita tidak akan tahu berapa nilainya sehinggalah kita alaminya. Sudah tiba masanya Ruby berkongsi tentang informasi berguna dan mudahnya mendaftar untuk perlindungan Takaful / Insurans. Ikut kemampuan kita. Semoga sakit kita pada masa akan datang tidak menyusahkan sesiapa. Semua orang mampu! InsyaAllah!

www.etiqa.com.my
www.instagram.com/myetiqa
www.facebook.com/Etiqa

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال