Epson T - Series Khas Pengguna Teknikal

Epson T - Series Khas Pengguna Teknikal

Ruby
0

Epson T – Series Khas Pengguna Teknikal. Assalamualaiku semua, Epson telah mengumumkan pelacaran pencetak format besar T-series yang berkelajuan tinggi, ianya boleh didapati di dalam bentuk di atas meja (desktop) atau di atas lantai (floor standing). Ini menunjukkan Epson telah memasuki ke dalam segmen pasaran rendah hingga ke pertengahan untuk pemplot CAD.

Epson T – Series Khas Pengguna Teknikal

Epson T  – Series ini menggunakan saiz ruangan yang terkecil jika dibandingkan dengan mesin lain dalam segmen seumpamanya, mesin pemplot tanpa wayar (wireless) ini menampilkan reka bentuk yang serba minimalis, ergonomik dan kompak yang sesuai untuk digunakan dalam ruangan pejabat. Dari cetakan biru (blueprint), pelakaran garisan sehingga ke penghasilan helaian penanda atau poster bilik darjah, SureColour T-series menawarkan prestasi pencetakan profesional yang boleh dipercayai merentasi pelbagai jenis sektor, termasuk bidang seni bina, kejuruteraan, CAD, GIS, pendidikan, korporat, atau untuk penggunaan di rumah dan pejabat yang kecil sesuai untuk pengguna teknikal.

SureColor T-series dipacu oleh teknologi kepala cetak PrecisionCore MicroTFP serta Teknologi Verifikasi Nozel (Nozzle Verification Technology) oleh Epson yang boleh mengesan dan melaras kondisi nozel secara automatik, lantas menzahirkan butiran dan keupayaan yang bertaraf gred komersial.

Rangkaian produk berprestasi tinggi yang merangkumi mesin pencetak SC-T5430 bersaiz 36 inci dan SC-T3430 bersaiz 24 inci dapat menghasilkan cetakan A1 pada tahap kelajuan tinggi yang masing-masingnya berdurasi 22 saat dan 25 saat. Model permulaan yang terdiri daripada siri pencetak SC-T5130, SC-T3130 serta SC-T3130N, dan masing-masing boleh mencetak pada permukaan yang bersaiz A1 dalam masa 31 dan 34 saat, malah boleh dimuatkan dalam ruang pejabat yang kecil.

Khususnya, siri SC-Tx130 dilengkapi dengan fungsi penukaran auto yang unik, ia membolehkan mesin pencetak tersebut menukar tetapan format bagi kertas bersaiz A4/A3 tanpa memerlukan pengguna menyentuh mesin pencetak ini. Produk ini ideal bagi syarikat-syarikat kecil yang memerlukan mesin pencetak dengan pelbagai kegunaan di dalam ruang pejabat yang terhad. Helaian yang dicetak akan disimpan di dalam kompartmen yang disediakan sehingga cetakan yang seterusnya dilakukan untuk memudahkan proses penggunaan.

Epson T-series menawarkan pelbagai fungsi yang dihasilkan untuk membantu golongan profesional meningkatkan tahap produktiviti, ia meliputi:

  • Cetakan yang pantas – SC-T5130 dan SC-T3130 masing-masingnya dapat menghasilkan cetakan A1 yang jitu dalam tempoh 31 dan 34 saat. SC-T5430 dan SC-T3430 pula masing-masingnya dapat menghasilkan cetakan A1 pada kelajuan yang tinggi dalam tempoh 22 dan 25 saat.
  • Mudah untuk dioperasi – Skrin sentuh berwarna LCD 4.3 inci yang besar dan intuitif memudahkan tugasan pencetakan.
  • Kompak, reka bentuk yang kemas – Bersaiz kecil dan kemas, reka bentuk yang serba minimal dapat mengoptimumkan penggunaan ruangan kerja.
  • Kadar penggantian dakwat dapat dikurangkan – Kartrij berkapasiti tinggi; kartrij warna yang berkapasiti setinggi 50ml dan kartrij hitam dengan kapasiti setinggi 80ml bagi siri SC-Tx130, serta kapasiti setinggi 350ml bagi siri SC-Tx430.
  • Cetak dari manamana sahaja di dalam ruang pejabat – Fungsi keterhubungan tanpa wayar dan ‘Wi-Fi Direct’ yang bersepadu memudahkan tugasan pencetakan menerusi tablet, telefon pintar dan banyak lagi.
  • Berprestasi tinggi – Kepala cetak PrecisionCore MicroTFP menawarkan fungsi ‘Precision Droplet Control’ untuk hasil cetakan yang jelas, serta keupayaan bertaraf gred komersial dengan ‘Nozzle Verification Technology’,
  • Tahan lebih lama, hasil cetakan yang lebih baik – Teknologi dakwat pigmen UltraChrome XD2 generasi baharu dapat menghasilkan kualiti warna dan garisan yang terbaik.
  • Pengendalian media yang versatil – Boleh menampung gulungan helaian kertas bersaiz setinggi 24 dan 36 inci serta sebanyak 50 helaian kertas A4 dan A3 dan lembaran kertas yang bersaiz setinggi A1 (24”) atau A0 (36”) dengan fungsi ‘Auto Sheet Feeder’.
  • Butiran yang tepat dan jitu – Menghasilkan cetakan biru, lakaran garisan, poster dan banyak lagi dengan ketepatan setinggi 2,400 dpi.
  • Mudah untuk ditetapkan – Boleh dipasang dan dihidupkan dalam masa yang singkat.

www.facebook.com.my/EpsonMalaysia.

https://www.epson.com.my

 

 

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !