Bateri Kereta Kong, Nasib Baik Ada BATERIKU.COM

Bateri Kereta Kong, Nasib Baik Ada BATERIKU.COM

Ruby
0

Nasib Baik Ada BATERIKU.COM. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi penagalaman ruby dan kereta. Ya Allah masa kejadian ni berlaku, memang salah ruby. Sebab ruby leka. Huhuhu. Ruby terlupa tutup lampu hadapan kereta! Dari jam 1 petang hingga 7 malam! Astagfirullahalazim. Masa ni ruby pergi ke Karnival Upin & Ipin di MAEPS Serdang tahun 2017 bersama Adam dan Aten. Ruby masih ingat lagi tarikh itu. 24 November 2017. Hari Jumaat. Konon nak datang karnival waktu tak ramai orang la kan. Hahaha.

Bateri Kereta Kong, Nasib Baik Ada BATERIKU.COM

Masa dalam gelap menuju ke tapak parkir kereta, dari jauh nampak satu kereta bercahaya. Alamak! Terus Aten tanya, akak, akak, akak lupa tutup lampu kereta ke? Ruby terus ke kereta dan berdoa moga-moga boleh start enjin. Memang sah! Tak boleh start. Ok rilek dulu. Cari kereta lain yang boleh jumper. Sebab ruby ada alat jumper tu. Tapi kita kan perempuan, segan ya rabbi nak buka mulut bertanya dekat pemandu kereta yang lain. Macam biasa la, kita taknak terima penolakan disaat panik macam ni.

Ada seorang uncle tengok ruby buka bonet depan kereta dalam gelap. Dia tanya,
“adik cari apa dalam tu?”.
“Ermmm pakcik, saya tak cari apa-apa. Kereta tak boleh start, boleh bantu jump start kan?”
“Boleh, kejap ya”

Masa terima perkataan boleh tu, lega bukan kepalang. Masa tu juga si Aten call suami dia si Feeq. Kena bahan la ruby ni kan. Kahkahkahkah. Lepas tu Feeq cakap “cuba cari bateriku.com”. Masa tu masuk lama web mereka. Panik sungguh, klik sana sini. Cari lokasi. Pastu “ahhhhhh baik aku call”. Call BATERIKU.COM, tenang je mereka ni melayan ruby. Dengan tak tau kat mana lokasi tapak parkir kereta. Nak jumpa pasukan BATERIKU.COM pun tak tau nak cakap kat mana?

Pengalaman Menagajar Kita

Tiba-tiba kereta boleh start enjin, Terima kasih bebanyak pakcik! jasa pakcik Allah swt je boleh balas. Saya doakan pakcik murah rezeki. Maaf saya tiada apa-apa boleh bagi sebab dah shopping kat Karnival sampai lupa diri. Sebak plak rasa. Pakcik tu pun tak kisah. Siap cakap “pakcik bantu kita sesama manusia. Moga selamat sampai ke rumah ya, nanti terus tukar bateri” pakcik yang bantu tadi tu pun balik.

Sambung balik perbualan bersama pasukan BATERIKU.COM, mereka siap tunggu kat telefon lagi??!! Hahaha. Nampak tak bila kita panik semuanya seakan pantas. Masa dah boleh start enjin, ruby hantar Aten pulang dan kemudian pasukan BATERIKU.COM ingatkan ruby supaya jangan matikan enjin dan kami set untuk jumpa di kawasan rumah ruby sahaja. Mereka suruh log in aplikasi dan set maps agar mudah untuk pasukan BATERIKU.COM mencari lokasi. Alhamdulillah sempat sampai.

Semak & Tukar Bateri PERCUMA

Masa pasukan BATERIKU.COM tiba, ruby ingatkan mat rempit ke yang sampai. Sekali seorang pomen bersama 4 wheel drive, Toyota Hilux kot? Masa tu juga hujan, kami berpayung cek bateri dan tukar bateri. Masa dia nak tukar bateri tu, ruby risau la salah bagi maklumat tentang bateri yang sesuai. Dia bergi buka ruang belakang kenderaan dan ruby tengok “pergggghhh banyaknya bateri, Bagusnya!!!”.

Proses penukaran dari BATERIKU.COM juga profesional. Sebab mereka akan gunakan alat untuk check voltan bateri lama sebelum menukar kepada bateri yang bersesuaian. Bateri juga anda boleh pilih mengikut bajet. Sama ada ingin waranti lama atau jenama bateri yang anda idamkan. Jika anda tidak pasti? Pasukan BATERI.COM sedia membantu untuk pilih. Di BATERIKU.COM jenama bateri yang ada adalah Amaron GO MF, Amaron GO DIN atau Century Marathoner MF. Semuanya tersedia.

Aplikasi BATERIKU.COM

BATERIKU.COM mempunyai aplikasi tersendiri yang tersedia di Google Play dan Apple Play Store. Anda boleh klik di URL bawah ini untuk daftar aplikasi.

Google Play : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bateriku.customer&hl=en
Apple Store : https://itunes.apple.com/my/app/bateriku/id1149657692?mt=8

Apa Yang Menarik Di Aplikasi BATERIKU.COM?

Penggunaan aplikasi lebih cepat dan mudah berbanding masuk ke laman web. Anda boleh terus set maps dan pasukan BATERIKU.COM terus mencari anda. Dibawah ini ruby kongsikan apa yang terdapat di dalam aplikasi tersebut.

Mudahkan? Anda hanya perlu daftar no telefon sahaja. Selebihnya BATERIKU.COM akan uruskan. Proses yang sangat mudah di saat kecemasan. Sekarang kalau nak tukar bateri selepas habis waranti pun boleh. Tidak perlu ke bengkel kereta. Jimat masa.

Cara Hubungi BATERIKU.COM

Mungkin anda panik…… Hehehe. Selain menggunakan aplikasi, anda boleh hubungi BATERIKU.COM dan mereka akan datang kepada anda di lokasi yang anda tetapkan. Anda tidak pasti sama ada perlu menukar bateri baru atau kekalkan bateri yang lama? BATERIKU.COM akan menyemak terlebih dahulu dan semua caj adalah PERCUMA. Hanya bayar bateri sahaja!

Pasukan BATERIKU.COM sentiasa berada berhampiran anda untuk menjawab panggilan anda. Hubungi kami sekarang!

Tol Bebas 1300-22-2324
Whatsapp 012-938 8621
PERCUMA | HANTAR. SEMAK. PASANG
Waktu Beroperasi : Dari 7 Pagi – 1 Pagi selama 365 HARI.

Web : www.bateriku.com
Facebook : www.facebook.com/bateriku
Instagram : www.instagram.com/baterikudotcom

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !