ViewSonic M1 LED Projektor Mudah Alih Melindungi Mata

ViewSonic M1 LED Projektor Mudah Alih Melindungi Mata

Ruby
0

ViewSonic M1 LED Projektor Mudah Alih Melindungi Mata. Assalammualaikum semua! Ya hari ini ruby ingin berkongsi tentang peranti baru. Ia amat diperlukan oleh kita semua! Jika dahulu, projektor hanya berada di bilik mesyuarat dan tersimpan rapi di dalam stor. Kini, anda boleh ViewSonic M1 LED Projektor Mudah Alih kemana-mana sahaja! Satu set lengkap mengandungi Projektor M1, kabel kuasa, kabel jenis USB, alat kawalan jauh, beg projektor dan buku panduan permulaan ringkas. Ruby telah mencuba projektor ini. Sangat sesuai untuk kita semua, jika anda seorang bekerjaya. Boleh gunakan ketika mesyuarat di luar. Jika anda suka main permainan video dan tonton bola, anda boleh sambungkan HDMI dan USB Jenis C. Tonton bersama-sama keluarga atau kawan-kawan. Mudah kan?

ViewSonic M1 LED Projektor Mudah Alih Melindungi Mata

Sebagai ibu, ruby cuba sedaya upaya memberi keselesaan sepenuhnya di rumah. Supaya anak-anak dan suami seronok berada di dalam rumah. Dengan keadaan sosial dan hiburan di luar, ruby inginkan anak-anak dan suami sentiasa berada di rumah. Pulang ke rumah untuk bermain permainan video, menonton bola sepak FIFA World Cup, menonton filem dari telefon pintar dan tonton video keluarga yang ruby sunting agar kami sentiasa lebih rapat.

Untuk menjaga keluarga, hiburan dan ikatan siratulrahim perlulah seiring. Disamping menjaga akademik pelajaran, cara kita memberi hiburan juga penting. Sebab di awal usia anak-anak, mereka lebih tertumpu untuk mendengar nyanyian dan menonton kartun comel. Pembesar suara ViewSonic M1 LED Projektor mempunyai pembesar suara dual Harman Kardon. Tidak perlu sambung dengan pembesar suara lain. Malah boleh dibawa kemana-mana.

Kebiasaanya kanak-kanak dia teruja dengan cara projektor berfungsi, pelbagai soalan ruby terima dari Adam dan Alif.

“Ibu macam mana dari telefon ibu boleh keluar gambar dekat dinding?”

“Ibu macam mana boleh ada suara keluar dari projektor? Adam tengok dekat school tiada suara pun teacher punya projektor color white?”

“Ibu kenapa lampu keluar depan projektor warna white tetapi di dinding ada movie”

“Ibu why projektor ni so small?”

Hahaha, maka banyak soalan seterusnya dari anak-anak ruby. Siap dia pegang pusing sana sini dan setiap kali itulah cahaya dari M1 LED Projektor akan “auto blank” dan menjaga mata dengan fungsi Eye Protection. Bagus kan?

Pelancaran ViewSonic M1 LED Projector

Untuk memenuhi kehendak pelanggan yang kian bertukar, ViewSonic Corp., peneraju global dalam bidang produk visual terkemuka, kini mempamerkan inovasi terkini mereka, projektor ultra-mudah alih LED M1 dengan speaker harman/kardon® terbina-dalam. Dengan mobiliti dan kemudahan menjadi salah satu ciri utama pemenang iF Product Design Award ini, projektor ViewSonic M1 ultra-mudah alih ini membolehkan pengguna mengakses hiburan di mana jua lokasi pilihan mereka.

ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra 

ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra 

Sumber Lampu LED Lanjutan

Projektor ini menggunakan teknologi LED keadaan pepejal terkini yang bebas merkuri dan tanpa lampu, menawarkan penyelesaian projektor bebas penapis yang lebih hijau dan hijau. Sumber cahaya LED menyediakan lebih daripada 30,000 jam penggunaan * sambil memakan kurang daripada separuh kuasa TV LCD biasa, dengan itu menurunkan jumlah pemilikan penuh anda.

* Lifetime Lightsource mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan sebenar dan faktor-faktor lain.

Bateri Terbina dan Penyimpanan Dalaman 16GB

Untuk hiburan di mana sahaja, ViewSonic M1 adalah pilihan terbaik dengan bateri terbina- dalam yang menjanjikan kuasa sehingga enam jam*, 16GB memori terbina dalam, dan teknologi LED yang tahan sehingga 30,000* jam penggunaan berterusan. Sifat mudah-alih projektor ViewSonic M1 mewujudkan pengalaman menonton yang fleksibel bagi individu dan keluarga. Lihatlah ruby bermain permainan video menggunakan M1 LED Projector. Nampak jelas dan puas.

ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra  ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra 

Projektor 360 darjah dengan Smart Stand

Smart Stand yang bersepadu menyediakan persediaan 360 putaran darjah mudah, membolehkan projektor diletakkan di kedudukan yang berbeza pada hampir mana-mana sudut. Smart Stand juga berfungsi sebagai penutup lensa yang secara automatik mematikan projektor apabila ditutup, dan secara automatik kuasa pada projektor apabila dibuka.

Projektor M1 ini mempunyai kecerahan sehingga 250 lumens dan juga ratio kontras 120,000:1. Ia juga mempunyai lensa short-throw yang membolehkan imej yang besar dihasilkan di dalam lokasi yang kecil. Smart Stand yang diintergrasikan membolehkan paparan 360-darjah, dimana pengguna boleh menayangkan multimedia mereka di dinding kosong ataupun pada siling.

ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra  ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra 

M1 secara automatik akan buka dengan tahap kecerahan maksimum dengan serta-merta apabila lensa dibuka. Sistem keselamatan terbina-dalam akan menutup lensa buat sementara apabila objek dikesan berada terlalu hampir dengan projektor. Pengguna juga boleh menikmati imej sempurna di setiap sudut dengan sistem keystone automatik yang membetulkan imej yang diunjurkan oleh M1.

Pembesar Suara Dual Harman Kardon

Nikmati pengalaman audio yang menyeluruh dengan dwi-speaker harman/kardon® yang menyampaikan bunyi yang dalam, kuat, dan memenuhi bilik secara 360-darjah. Ia sesuai untuk musik dan wayang di rumah mahupun di jalanan. Dengan satu butang, M1 bertukar dengan serta merta menjadi speaker harman/kardon®, bersiap-sedia untuk memain-balik fail audio berkualiti tinggi.

ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra 

Sambungan USB Type-C, HDMI dan MicroSD

M1 juga memberikan pilihan sambungan yang versatil untuk perkongsian video dan kandungan multimedia lain yang mudah dengan menggunakan pacuan microSD yang terbina-dalam, sambungan USB 2.0 dan USB Jenis-C, Audio keluar dan HDMI. Sambungan USB Jenis-C M1 membolehkan pengguna untuk strim video, FaceTime dan paparkan kandungan terus dari telefon ataupun tablet di mana jua mereka berada. Sesi permainan video juga lebih seronok kerana ianya boleh diunjurkan ke saiz yang lebih besar. Pengguna boleh menyimpan terus fail media ke dalam storan 16GB terbina dalam untuk dimain-balik semula dengan mudah.

ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra  ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra 

Harga Dan Spesifikasi ViewSonic M1

M1 kini berada di pasaran pada harga RM1,349 di Lazada dan 11Street serta dari pengedar-pengedar yang sah. Untuk berita lanjut dan informasi mengenai ViewSonic, lawati ViewSonic.com/my dan ikuti kami di Facebook

ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra  ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra 

Official Lazada Shop: http://bit.ly/ViewSonicM1Lazada
Official ViewSonic M1 product page: http://bit.ly/ViewSonicM1

www.facebook.com/ViewSonicMalaysia

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !