OneRepublic Live In Malaysia 2018

OneRepublic Live In Malaysia 2018

Ruby
0

OneRepublic Live In Malaysia 2018. Assalammualaikum semua! Kali ini ruby ingin berkongsi tentang hiburan konsert. Masih ingat lagi kumpulan OneRepublic yang terkenal dengan lagu Secrets pada tahun 2010 dari filem The Sorcerer’s Apprentice? Kemudian lagu Apologize dan Good Life hits pada tahun 2011. Best kan? Manakala, pada tahun 2013 lagu seperti Counting Stars, If I Lose Myself dan lain-lain menjadi kegemaran kita semua. Ketika konsert pada tahun 2013 pun dah seronok dengan lagu sebegitu. Sekarang dah tahun 2018 lagi lah banyak lagu yang akan OneRepublic sampaikan. Paling best, ia secara langsung!

OneRepublic Live In Malaysia 2018


OneRepublic Live In Malaysia 2018


Pada tahun 2014 lagu I Lived dan Love Runs Out hangat disiarkan di stesen radio dan pada tahun ini ruby bersalin Adam tidak cukup bulan. Memang lemah semangat, putus asa. Tapi, lirik lagu ni buat ruby bangkit. Bangkit demi Adam, suami dan diri sendiri. Lagu-lagu dan muzik OneRepublic sangat serasi dengan ruby. Sebab ia lebih jelas dan lirik menusuk kalbu. Lagu Let’s Hurt Tonight pada tahun 2016 memberi impak kepada ruby sebab tahun ni ruby banyak sangat dugaan. Jika pada tahun 2013 konsert OneRepublic telah berjaya memberi kenangan hebat kepada ruby. Kini, mereka kembali lagi! Yahoo!

Kumpulan pop rock ternama Amerika Syarikat OneRepublic akan kembali beraksi di Malaysia pada 25 April (Rabu, 8 malam) ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Kumpulan ini bukan sahaja akan mendendangkan lagu-lagu terkini, malah mereka akan memukau penonton dengan rangkaian lagu hit yang dipetik daripada album terdahulu yang sentiasa malar segar itu.

Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment merupakan sebahagian daripada rangka konsert bergerak mereka di Asia pada tahun ini. Selain itu, konsert ini juga bertujuan untuk mempromosi album keempat mereka yang berjudul Oh My My. Konsert ini mendapat sokongan daripada Malaysia Major Events (MME), bahagian Konvensyen dan Biro Pameran Malaysia (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Konsert yang bakal berlangsung ini akan menjadi persembahan pertama OneRepublic di Malaysia selepas hampir setengah dekad tidak beraksi di hadapan penonton negara ini sejak 2013. Keterujaan peminat untuk menonton persembahan kumpulan ternama itu menyebabkan jualan tiket kategori CAT 4 (tempat duduk bebas) telah habis dijual, sementara tiket untuk tempat duduk VIP pula jualannya semakin laris.

Peminat masih lagi boleh membeli tiket VIP yang semakin laris jualannya dan categori lain seperti berikut:

  • RM668 (VIP, Tempat Duduk Bernombor, Semakin Laris)
  • RM578 (Rock Zone)
  • RM498 (CAT1, Tempat Duduk Bernombor)
  • RM398 (CAT2, Tempat Duduk Bernombor)
  • RM298 (CAT3, Tempat Duduk Bebas)
  • RM178 (CAT4, Tempat Duduk Bebas, Habis Dijual)
    *Semua harga termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Peminat-peminat boleh membeli tiket menerusi www.ticketcharge.com.my atau menerusi talian 03-9222 8811. Tiket-tiket juga boleh dibeli secara langsung daripada wakil-wakil jualan tiket rasmi yang terdapat di Eden Ultimate Sdn. Bhd, 1Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School by Jaya One, Blonde & Brunette Sdn. Bhd, Quill City Mall KL, Eastern Records Sdn. Bhd (Rock Corner HQ), Rock Corner The Gardens dan rangkaian kedai Speedy yang terpilih.

Siapa OneRepublic?

Kumpulan OneRepublic terdiri daripada 5 orang ahli iaitu Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cello/vokalis). Album terkini mereka Oh My My menduduki tangga ketiga dalam carta muzik di Amerika Syarikat selepas dipasarkan pada Oktober 2016. Sementara itu, single baharu, No Vacancy dan Rich Love telah berjaya melonjak nama kumpulan tersebut dalam kalangan pendengar platform digital daripada 13 juta hingga 21 juta.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2002, mula mendapat perhatian ramai menerusi sosial media MySpace sebelum bergelar artis dan menghasilkan lagu-lagu hit seperti Apologize, Stop and Stare, Counting Stars, Secrets dan If I Lose Myself sehingga menjadi salah satu kumpulan yang paling berjaya dan popular dalam dekad ini. Sepanjang perjalanan kerjaya muzik mereka, OneRepublic telah memenangi beberapa anugerah muzik dan pernah tercalon dalam pelbagai anugerah termasuk Grammy Awards, American Music Awards dan Billboard Music Awards.

Untuk keterangan lanjut jangan lupa ikuti Facebook @wgwentertainment yang akan memaklumkan perkembangan terkini konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 atau layari www.onerepublic.com untuk maklumat mengenai konsert ini.

www.facebook.com/OneRepublic
www.instagram.com/onerepublic/

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !