Mudah Mengamalkan Halia Dengan CAROMA Bentong Ginger

Mudah Mengamalkan Halia Dengan CAROMA Bentong Ginger

Ruby
0

Mudah Mengamalkan Halia Dengan CAROMA Bentong Ginger. Assalammualaikum semua. Hari ini ruby ingin berkongsi pengalaman mengamalkan herba halia. Halia ni memang kegemaran ruby dari kecil lagi. Paling suka bila mak masak ayam masak halia. Adik-beradik lain mesti asingkan halia, tapi ruby makan halia macam snek. Hehe. Rasa panas badan tu melegakan dan sihat.

Mudah Mengamalkan Halia Dengan CAROMA Bentong Ginger

Halia atau nama botaninya Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang sering digunakan sebagai perasa di dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian penggunaannya meluas ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand.

 

Halia juga berasal dari flora tanah hutan dataran rendah tropika di wilayah-wilayah dari benua India ke Asia selatan, di mana penanamannya kekal di kalangan pengeluar terbesar dunia, termasuk India, China, dan negara-negara lain di Asia selatan. Selain itu, ia banyak terdapat di rantau tropika atau subtropika, seperti Hawaii, Jepun, Australia, dan Malaysia.

Tanaman saka seperti Halia juga dikenali sebagai ginger, jahe, aliah, jae, sipadeh, lia, dan kinkh atau khing-daen. Kegunaannya sebagai ulam adalah dengan menghiris atau dilecek bersama sambal belacan dan dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas.

CAROMA Bentong Ginger

CAROMA Bentong Ginger

  • CAROMA Bentong Ginger diperbuat daripada serbuk halia organik yang dihasilkan dari ladang organik.
  • NO Herbicide (Tiada Racun Herba). Ladang halia CAROMA ditutup dengan beg plastik untuk mengelakkan rumpai tumbuh. Jadi tidak perlu menggunakan herbisida.
  • Tanaman halia disiram oleh paip individu, halia ini disuburkan dengan nutrien yang berbeza pada peringkat pertumbuhan yang berlainan.
  • Halia Bentong tumbuh dalam persekitaran 100% yang kurang tanah, ini kerana ia menggunakan penanaman teknologi maju dan substansi yang tumbuh dari Netherlands yang diperbuat dari gambut Coco yang bebas dari pencemaran logam berat dan air.
  • Tiada Racun Kimia, ini kerana CAROMA menggunakan 20 jenis herba untuk penapaian semula jadi.

Manfaat Halia

  • Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia.
  • Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
  • Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada.
  • Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.
  • Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.
  • Anti-inflamatori. Halia adalah baik untuk mencegah infus. Halia mempunyai gingerol yang memainkan peranan penting dalam mengurangkan keradangan.
  • Meningkatkan penyerapan usus nutrien dan membantu proses pencernaan.
  • Penggunaan halia meningkatkan prestasi perut dengan meningkatkan penghadaman dan meningkatkan penyerapan nutrien dan makanan.
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Teh halia terdiri daripada vitamin, mineral dan asid amino yang boleh membantu mengembalikan dan memperbaiki peredaran darah dan ini akan membantu mengurangkan kemungkinan masalah kardiovaskular.
  • Melegakan ketegangan dengan kombinasi aroma yang kuat dan sifat-sifatnya yang kuat dapat membantu melegakan tekanan dan ketegangan.
  • Perangi masalah pernafasan dengan mengamalkan teh halia. Ini boleh membantu mengurangkan kesesakan yang berkaitan dengan selesema biasa.
  • Merawat kesakitan yang berkaitan dengan keradangan (kesakitan sendi), sakit perut, sakit tekak, dan sakit gigi, halia juga boleh membantu dengan kesakitan otot.
  • Melegakan ketidakselesaan haid. Halia telah didapati berkesan dalam mengurangkan gejala dysmenorrhea (sakit teruk semasa kitaran haid). Menurut kajian, 83% wanita yang mengambil kapsul halia melaporkan peningkatan dalam gejala kesakitan berbanding 47% daripada mereka pada plasebo.
  • Menghilangkan perut kembung. Halia biasanya digunakan untuk menyingkirkan kembung kerana halia mempunyai sifat-sifat santai otot yang dapat membantu gas terperangkap dalam sistem pencernaan yang terhad. Itulah sebabnya berguna untuk menghilangkan perangkap gas dalam perut.

Produk CAROMA Bentong Ginger

CAROMA Bentong GingerAda 4 produk anda boleh pilih iaitu :
1. CAROMA Bentong Ginger with Tea
2. CAROMA Bentong Ginger with Honey
3. CAROMA Bentong Ginger with Honey Lemon
4. Premium Bentong Ginger Powder

Cara Menikmati CAROMA Bentong Ginger

CAROMA Bentong GingerMasukkan 1 paket CAROMA Bentong Ginger ke dalam air panas (90’c) sebanyak 150ml

Cuba CAROMA Bentong Ginger Di Village Grocer

Jom cuba CAROMA Bentong Ginger di Village Grocer booth bersempena The Health & Wellness yang sedang berlangsung dari 1 Mac hingga 11 Mac 2018. Sekarang ada promosi, beli 2 kotak CAROMA Bentong Ginger akan dapat 1 shopping bag dan 1 kotak Caroma Bentong Ginger secara percuma yang mengandungi 5 sachet.

CAROMA Bentong GingerDapatkan CAROMA Bentong Ginger di cawangan Village Grocer berikut atau di 11streetmy. Pembelian di Village Grocer sahaja akan dapat PERCUMA shopping bag dan 1 kotak CAROMA Bentong Ginger .

1. Bangsar Village, Bangsar
2. 1 Mont Kiara, Mount Kiara
3. Sunway Giza, Kota D’sara,
4. Desa Park City, Desa Park
5. My Town, Peel Road, Cheras

Beli CAROMA Bentong Ginger with Tea di 11Street :

http://www.11street.my/productdetail/caroma-bentong-ginger-tea-1x-10-sachets-x-20g-box-44119421
http://www.11street.my/productdetail/caroma-bentong-ginger-tea-2-box-10-sachets-x-20g-22317742

www.caroma.com.my/caroma-bentong-ginger
/www.facebook.com/drinkcaroma
www.instagram.com/drinkcaroma

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !