Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur 2018

Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur 2018

Ruby
0

Terubat Rindu Zaman Remaja Di Konsert Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur 2018. Assalammualaikum semua! Ruby dah lama tidak kemaskini blog berkenaan konsert. Bila dah jadi ibu-ibu, manakan bisa ke konsert. Hahaha. Tetapi kali ini ruby tidak dapat menolak untuk ke konsert Sheila On 7. Rasa rindu memori masa zaman sekolah dan ruby ingin rasa sekali lagi kenangan ketika itu. Ketika Sheila On 7 memasuki pasaran Malaysia, lagu-lagu dari album mereka memang sangat unik dan lain dari irama musik sedia ada di Malaysia.

Terubat Rindu Zaman Remaja Di Konsert SHEILA ON 7 LIVE IN KUALA LUMPUR 2018

Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur 2018

Sebuah Kisah Klasik adalah lagu paling ruby suka. Menangis bila dengar lagu ni. Sebab tidak sangka jadi kisah klasik juga untuk ruby. Sebab album Sebuah Kisah Klasik mula dipasarkan pada tahun 2000. Ketika itu ruby masih dibangku sekolah. Tingkatan 1 dan berusia 13 tahun. Sinonimnya tahun ini konsert Sheila On 7 ruby hadir ketika usia 31 tahun! Tua dahhhh

Grup legenda popular Indonesia, Sheila On 7 muncul kembali dalam sebuah konsert yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu, 10 Februari 2018 di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam baru-baru ini. Selepas muncul dengan konsert hebat dan laris pada Mac 2016, Duta, Eros, Adam, dan Brian kembali dengang konsert “SHEILA ON 7 – LIVE IN KUALA LUMPUR 2018”. Konsert ini berdurasi dua dan setengah jam dan mempersembahkan repertoire dari album mereka seperti Sephia, Pria Kesepian, Melompat Lebih Tinggi, Seberapa Pantas dan banyak lagi lagu kegemaran ramai.

Konsert ini diadakan bertujuan untuk meraikan sokongan besar dari ribuan peminat setia S07 di Malaysia dan sekitar rantau ini. Penantian ini berakhir dengan konsert bertarikh 10 Februari 2018. Tiket-tiket dijual pada harga RM315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver).

Peminat setia Sheila On 7 berpeluang untuk bertemu dengan mereka dengan pembelian tiket Meet & Greet dan akan mendapat barangan percuma. Konsert ini juga disokong oleh HOT FM & KOOL FM stesen radio rasmi dan Rentak Sejuta sebagai rakan media.

Senarai Lagu Konsert SHEILA ON 7 LIVE IN KUALA LUMPUR 2018

1. Hari Bersamanya (Album : Berlayar)
2. J.A.P (Album : Sheila On 7)
3. Bila Kau Tak Disampingku
4. Seberapa Pantas
5. Tunjuk Satu Bintang
6. Dan
7. Itu Aku
8. Film Favorit
9. Pejantan Tangguh
10. Radio
11. Kita
12. Sephia
13. Betapa Hancurnya
14. Pemuja Rahasia
15. Lapang Dada
16. Melompat Lebih Tinggi
17. Sebuah Kisah Klasik
18. Berhenti Berharap
19. Anugerah Terindah Yang Pernah Kumiliki

Video SHEILA ON 7 LIVE IN KUALA LUMPUR 2018

Mengenai Sheila On 7

Pada sekitar tahun 1996, sekumpulan anak muda berkumpul di perkampungan mereka di Yogjakarta atas nama muzik. Terdiri dari Akhiyat Duta Modjo (Duta), Eross Candra (Eross), Anton Widiastanto (Anton), Adam Subarkah (Adam) dan Saktia Ari Seno (Sakti) (ketika itu) mereka bergerak menjadikan muzik atas landasan hobi kepada pekerjaan. Mereka berdiri atas nama Sheila On 7.

20 tahun lalu peristiwa itu berlaku dan momen demi momen tercipta. Kini manis dan pahitnya berkumpul atas nama Sheila On 7 tadi diteruskan oleh Duta, Eross, Adam dan Brian. Mereka pernah melalui masa puncak. Berjalan atas nama populariti yang cukup gah dan juga atas nama penjualan album yang berjaya mencapai penjualan berjuta unit.

Anak-anak band ini juga pernah melalui masa penjualan album terlaris di Indonesia lewat lagu-lagu yang kini dianggap klasik seperti Dan, Sephia, Seberapa Pantas dan Melompat Lebih Tinggi. Mereka juga tidak terlepas melalui masa suram dengan ditandai dengan penurunan jualan album, masalah dalaman grup, keluar masuk anggota band dan pengurus serta berkurangnya kekerapan persembahan pentas.

Namun itu semua tidak memudarkan semangat lelaki-lelaki yang darah mereka mengalir dengan nota muzik dan nafas mereka naik turun dengan semangat anak band. Mereka muncul dengan album Musim Yang Baik pada tahun 2014 dan single Berlapang Dada menaikkan semula nama grup ini di pendengaran dan ingatan khalayak.

Anugerah-Anugerah Yang Diterima Oleh Sheila On 7

Dalam sejarah muzik Indonesia, grup ini dinamakan sebagai satu-satunya band Indonesia yang mampu menjual album fizikal sebanyak lebih dari satu juta unit, tiga album berturut-turut. Sejurus sahaja menawan hati khalayak dengan album perdana mereka yang bertajuk Sheila On 7 (1999), grup yang awalnya menamakan diri mereka sebagai W.H.Y Gank ini meledak dengan album Kisah Klasik Untuk Masa Depan (2000), Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki (2000) dan 07 Des (2002). Bukan hanya di tanah air sendiri, malah turut dikenali di Malaysia, Singapura serta Brunei.

Antara anugerah yang mereka perolehi sebagai tanda kejayaan mereka ialah Double Platinum Award (album pertama), Lagu Terbaik di Anugerah Musik Indonesia (AMI) melalui lagu Dan, Produser Terbaik AMI 99, Album Paling Berkilau, Album Terbaik Sheila On 7, Song of The Year MTV Ampuh, 7 Platinum and Special Achievement Award 2000, Most Favorite Band 2001, Ten Times Platinum 2001 dan Most Favorite Band MTV Indonesia.

Terbaru mereka memenangi anugerah 150 Lagu Indonesia Terbaik Sepanjang Zaman 2009, Best band of The Year NET 2.0 Indonesian Choice Award, Best Album of The Year dan Best Song of The Year di Indonesian Choice Award.

Sudah menjadi sebuah kisah klasik akan kerinduan peminat terhadap grup handalan ini terutamanya peminat setia mereka yang dinamakan SheilaGank. Kerinduan ini seharusnya dipersembahkan dengan kemunculan grup ini ke Malaysia.

03 8605 0195/0122560082
www.shirazprojects.com
www.sheilaon7.com

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !