Konvensyen Perdana WADIRA FELCRA 2018 di PWTC

Konvensyen Perdana WADIRA FELCRA 2018 di PWTC

Ruby
0

Konvensyen Perdana WADIRA FELCRA 2018 di PWTC | Assalammualaikum semua! Pada 22 Feb 2018, ruby telah hadir ke Perasmian Konvensyen Perdana WADIRA FELCRA 2018. Acara Konvensyen ini telah berlangsung selama 2 hari 21 Feb – 22 Feb 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Selain dari sesi taklimat, acara tersebut turut di meriahkan dengan aneka jenis gerai gerai jualan Usahawan Wanita FELCRA seluruh negara.

Konvensyen Perdana WADIRA FELCRA 2018 di PWTC

FELCRA Berhad sebelum ini adalah merupakan sebuah Badan Berkanun Kerajaan dikenali sebagai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Pesekutuan atau Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA). FELCRA ditubuhkan di bawah Akta Memperbadankan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah pada 1 April 1966. Bermula 1 September 1997, FELCRA telah dikorporatkan keseluruhannya dan telah berubah statusnya daripada sebuah Badan Berkanun kepada sebuah entiti Syarikat milik penuh Kerajaan.

Konvensyen Perdana WADIRA FELCRA 2018

WADIRA Mesti Proaktif – Pengerusi FELCRA Berhad, YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin mengajak semua pemimpin dan ahli Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) bangkit bersama dalam arus perdana pembangunan negara.

“Dengan keahlian kira-kira 17,562 orang dan bergerak di 83 kawasan FELCRA di seluruh negara, tentunya mereka boleh menjadi institusi penting yang boleh menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi peserta menerusi bidang keusahawanan. WADIRA juga pastinya mampu menjadi jentera utama membantu kemenangan Barisan Nasional pada PRU akan datang,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Konvensyen Perdana WADIRA FELCRA 2018.


Konvensyen Perdana WADIRA FELCRA 2018 di PWTC
Dari kiri YB Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob ; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wllayah, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ; Ikon Inspirasi Wadira 2018YBhg, YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin; Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope; Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad ketika melancarkan Konvensyen Perdana WADIRA FELCRA 2018


FELCRA Berhad hari ini melancarkan Pelan Transformasi Perkumpulan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) bagi memantapkan pengurusan Institusi tersebut menjelang tahun 2022. Pelan Transformasi WADIRA FELCRA 2018-2022 mengganskan 10 Pelan Transformasi Utama yang mengandungi 20 teras pelaksanaan yang meliputi aspek-aspek seperti

  • Pengurusan
  • Kesihatan
  • Pendidikan Kanak-Kanak
  • Keusahawanan, Keahlian
  • Jaringan Kerjasama dengan Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan
  • Pembangunan Modal lnsan.

Dana Insentif WADIRA FELCRA


Bagi mencapai matlamat tersebut, sebanyak RM830,000.00 dl peruntukkan oleh FELCRA Berhad di mana setiap WADIRA yang terlibat akan menerima peruntukan sebanyak RM10,000 bagi pelaksanaan program di peringkat akar umbi. Peruntukan ini akan di gunakan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan sosio ekonomi yang di jangka dapat di manfaatkan oleh 17,562 ahli WADIRA dari 83 unit Perkumpulan Wadira di seluruh negara.

Berucap ketika merasmikan Konvensyen Perdana WADIRA 2018, Isteri YAB Perdana Menteri Malaysia, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor meminta agar setiap WADIRA mengambil peluang yang ada bagi memperkasakan kemahiran peribadi bagi menjadi seorang pemimpin yang baik. Selain itu juga, beliau menegaskan bahawa pengurusan emosi dan psikologi juga penting bagi seorang wanita untuk terus berjaya sebagai seorang pemimpin yang hebat bagi sesebuah institusi.

Ikon Inspirasi WADIRA 2018

YABhg Datin Seri Rosmah Mansor telah di pilih sebagai lkon lnspirasi Wadira FELCRA atas sumbangannya dalam pembangunan sosio ekonomi wanita dan kanak-kanak terutamanya menerusi kejayaan Program Permata Negara yang di cetuskanya. Anugerah di sampaikan oleh YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin, Pengerusi FELCRA Berhad. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wllayah, YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob.

Kerjasama PERMATA dan WADIRA FELCRA

Permata Negara (PERMATA) bersedia bekerjasama dengan FELCRA Berhad menubuhkan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau Taska di kawasan FELCRA seluruh negara. Penaungnya, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor berkata, penubuhan PERMATA di setiap kawasan FELCRA membolehkan kakitangan wanita termasuk WADIRA menghatar anak mereka ke pusat itu.

“Saya menyeru FELCRA dan WADIRA memberi penekanan tersebut dengan menubuhkan Taska di pejabatnya di seluruh negara kerana dengan adanya kemudahan itu di tempat kerja maka kakitangan akan memberi sumbangan lebih optimum serta produktif berikutan dari kestabilan emosi mereka yang mengetahui anaknya dalam jagaan baik,” ujarnya yang juga isteri Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Konvensyen Perdana WADIRA FELCRA 2018

WADIRA yang mempunyai 17, 563 ahli merupakan organisai wanita yang proaktif dalam merencanakan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi keluarga peserta FELCRA. Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Timbalannya, YB Datuk Ahmad Jazlan Yaakob; Pengerusi FELCRA Berhad, YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin; Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Datuk Zulkarnain Md Eusope serta 1,500 peserta yang mewakili 83 institusi WADIRA dari seluruh negara.

Apa itu WADIRA FELCRA?


Dari kiri YB Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob ; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wllayah, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ; Ikon Inspirasi Wadira 2018YBhg, YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin; Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope; Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Datuk Zulkarnain Md Eusope, menyifatkan WADIRA (Wanita Dinamis FELCRA) sebagai tiang seri kepada institusi peserta.

“Kami komited untuk memperkasa WADIRA sebagai salah satu institusi penting di sebalik kejayaan FELCRA selama ini kerana ia adalah tiang seri yang terus setia di belakang peserta,” ujarnya berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad.

Katanya, FELCRA Berhad sentiasa memberikan sokongan, dorongan, bantuan dalam berbagai bentuk bagi memastikan WADIRA mampu menjadi institusi berjaya dan proaktif ke arah meningkatkan sosio-ekonomi keluarga peserta.

“Kita akan fokus kepada projek-projek peningkatan ekonomi WADIRA terutama dalam bidang makanan, jahitan, pengurusan dan penghasilan madu kelulut, salon & spa, pengurusan inap desa & homestay serta kanopi dan katering. Matlamat kita adalah melahirkan usahawan wanita berjaya,” ujarnya.

Majlis yang julung kali diadakan itu adalah sempena Konvensyen Perdana FELCRA 2018 yang menghimpunkan 1,500 pemimpin dari 83 WADIRA seluruh negara. Pada majlis berkenaan, isteri Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad iaitu Datin Nik Rosmihaida Nik Mohd Amin diumumkan sebagai Penaung WADIRA.

www.felcra.com.my
www.facebook.com/felcraberhad.official
www.instagram.com/felcraberhad_official
www.twitter.com/felcraberhad

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !