3 Tahun Pertama Anak-Anak

3 Tahun Pertama Anak-Anak

Ruby
0

3 Tahun Pertama Anak-Anak. Assalammualaikum semua, hari ini ruby nak bersembang tentang anak-anak. Ruby ada 2 orang anak setakat ini. Trauma bersalin ceasarean memang ambil masa yang lama, tapi bila lihat orang sekeliling hamil dan melahirkan, rasa teringin anak lagi. Nak anak kembar terutamanya. Hahaha.

3 Tahun Pertama Anak-Anak

Masa sebelum hamil, ruby fikir anak ni adalah salah satu perjalanan suami isteri. Mesti ada anak lepas kahwin dan ia menjadi stress apabila tidak hamil lepas majlis persandingan atau beberapa bulan kemudian. Hahaha. Pemikiran ruby dan orang sekeliling seakan sama. Jika ruby dan suami tidak kisah hamil lewat, pasti kami lama skit berbulan madu. Seronok kehidupan berdua.

3 tahun pertama anak-anak 3 tahun pertama anak-anak 3 tahun pertama anak-anak

Bulan April 2013 ruby disahkan hamil. Alamak, dah kena siap sedia kewangan. Tidak boleh boros. Sebab beli keperluan anak pun dah menelan belanja yang besar. Kemudian melahirkan anak, ruby tidak terfikir pun banyak perkara perlu diambil kira. Kos rawatan alhamdulillah bersalin di hospital kerajaan. Jimat banyak dan pengalaman bersalin normal memang best. Sakit masa tu je. Lepas keluar air ketuban, perghh lega.

Apa perubahan ketara kehidupan kita semasa 3 tahun pertama anak-anak?

  1. Kehidupan rasa lengkap, setiap masa sentiasa penuh. Sibuk tak terkata. Rasa perlukan tangan banyak. Tapi bila tengok anak tidur dan mereka happy. Hilang semua penat.
  2. Bentuk badan kita dah lain. Itu tidak boleh dinafikan. Redha dan bersukanlah.
  3. Diet pemakan kita berubah. Kadang kita tak makan pun. Sibuk sediakan makanan mereka. Tambahan masa mereka dah mula solid food. Hahaha.
  4. Menu makanan mereka lebih kepada makanan barat. Nugget, spaghetti, makaroni, cheese dan sosej.
  5. Kebanyakan masa kita akan fikir tentang anak, walaupun usia baru 1 tahun, kita dah sibuk nak cari playshool, taska, preschool dan sekolah rendah.
  6. Mula beli buku dan aplikasi ipad yang dapat bantu mereka tahu berkenaan huruf, abjad, masa dan hari.
  7. Badan kita lesu dan penat. Kalau anak demam selsema, kita ibu bapa akan ikut juga. Jadi, untuk kekal sihat mesti makan vitamin suplimen dan solat jangan tinggal. Tapi kadang tak dapat elak juga. Hehehe. Setahun mesti 2 kali demam selsema. Masa bujang dulu ruby setahun 6 kali demam selsema. Ini bermakna sekarang lebih menjaga kesihatan. Berlari dan bersukan tu banyak membantu badan ruby.

Jadi, apa perubahan yang anda semua alami bila 3 tahun pertama anak-anak? Kongsikan di ruang komen!

 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !