Sunset Dinner North Borneo Cruises

Sunset Dinner North Borneo Cruises

Ruby
0

Sunset Dinner North Borneo Cruises | Assalammualaikum semua! Pasti ramai yang tidak sabar menanti perkongsian percutian ruby ke Kota Kinabalu, Sabah kan. Apa ruby buat? Kami menginap di mana? Bagaimana pengalaman bercuti bersama bayi dan anak kecil? Hehehe. Sabar ya, insyaAllah dalam minggu ini ruby kongsikan pengalaman menarik ini. Dua minggu ruby berehat, penat dan selsema demam bergilir-gilir anak beranak. Bila suami dan anak-anak sakit, Ruby juga yang menjaga mereka. Hehehe. Akhirnya ruby pula yang sakit. Well, itulah pusingan kehidupan sebagai ibu. Sentiasa berdoa suami dan anak-anak sihat.

Berbalik kepada percutian pertama ruby sekeluarga menaiki kapal terbang dan mereka menjejakkan kaki ke Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Terujanya mereka bukan kepalang. Malah selama 3 Hari 2 Malam ruby plan segala acara. Agar percutian ini diingati sampai bila-bila.

Sunset Dinner North Borneo Cruises

Ruby sungguh bertuah semasa plan percutian ke Sabah, ruby mempunyai kakak yang sentiasa membantu menjawab pertanyaan ruby. Nak ke sana bagaimana? Aktiviti apa best? Makan apa best? Senang ke? Ada GRAB ke? Hahaha. Semua ruby tanya kak Zar. Ringan sikit bebanan. Wakakaka. Selain dari makan makanan laut, snorkeling dan aktiviti riadah lain. Kota Kinabalu terkenal dengan Gunung Kinabalu dan lokasi Matahari Terbenam.

Tapi bergantung kepada keadaan cuaca untuk nampak permandangan tersebut. Ketika ruby menaiki North Borneo Cruises. Ruby tidak beruntung, kerana cuaca hujan dan mendung. Apa yang ruby boleh buat? Ruby makan lah. Hahaha. Sepanjang pelayaran, ruby nikmati permandangan dari dalam kapal dan sambil bertanya dengan Kak Zar, pulau apa tu kak? kita kat mana ni? berapa jam dalam kapal ni? Hahaha. Dah naik kapal pun masih bertanya. Sebab rasa 2 jam tu lama pula.

Peta pelayaran North Borneo Cruises

Sunset Dinner North Borneo Cruises


Pakej Sunset Dinner North Borneo Cruises

Jika anda ingin menyertai Sunset Dinner Cruise seperti ruby, plan perjalanan anda terlebih dahulu. Dari Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa (STAR) kami bertolak jam 4PM ke Sutera Marina Jetty. Jam 4.30PM kami sampai dan berjalan ke kaunter pendaftaran di tepi jeti. Kemudian kami boleh naik ke atas kapal North Borneo Cruises.

Kami melalui kawasan Laut China Selatan dari 5PM – 5.30PM.  Anda bebas bersiar-siar di sekitar kapal. Pemandangan panoramik laut, kehangatan matahari terbenam dan angin laut yang lembut. Sepanjang pelayaran sehingga 7PM anda akan melihat keindahan lautan dan pulau. Malah anda akan nampak kawasan Waterfront, Kota Kinabalu. Makan malam disajikan dengan gaya bufet. Makanlah dan cubalah masakan Sabah. Hehehe. Tapi itu kan International Buffet, tiada ambuyat ya.

International Buffet Dinner North Borneo Cruises

Sepanjang 2 jam anda boleh menikmati makan malam International Buffet, Free Flow Coffee, Tea & Drinking Water. Enjoy!

Permandangan dari North Borneo Cruises

Sunset Dinner North Borneo Cruises


Live Band dan Staff Peramah

Sepanjang pelayaran, selain dari makan dan minum. Kami dimeriahkan dengan persembahan Live Band. Pelbagai jenis lagu mereka nyanyi dan staff juga membuat persembahan dengan menari pelbagai lagu. Ada lagu Korea, ada lagu Thailand dan ia sangat menghiburkan. Hehehe

Jika anda ingin menikmati permandangan indah, makanan enak, muzik meriah dan 2 jam berlayar di kawasan Taman Laut Tunku Abdul Rahman atau dikenali dengan nama Tunku Abdul Rahman National Park. Silalah tempah pelayaran anda! Kalau boleh, sila lihat ramalan kaji cuaca. Agar anda tidak terlepas melihat matahari terbenam. Hehehe.

www.northborneocruises.com
www.sabahtourism.com

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !