Nasihat Perjalanan AirAsia Untuk Pengalaman Percutian Yang Lebih Lancar

Nasihat Perjalanan AirAsia Untuk Pengalaman Percutian Yang Lebih Lancar

Ruby
0

Nasihat perjalanan AirAsia untuk pengalaman percutian yang lebih lancar | Assalammualaikum semua! Hehehe. Macam iklan pula kan. Sebenarnya ruby ni panik teruk masa plan percutian dengan suami dan anak-anak ke Sabah pada 9 December 2017 yang lalu. Semuanya berjalan lancar, alhamdulillah. Cuma, ruby nak berkongsi dengan anda tentang beberapa perkara yang dapat memudahkan anda plan semasa daftar masuk.

Kebiasaannya ketika nak daftar masuk penerbangan, kita macam kelam kabut mencari kaunter kan? Tambahan di KLIA2. Tidak nampak logo penerbangan seperti di KLIA1. Jadi, minda ni kena cepat bertukar bahawa anda berada di KLIA2. Dimana-mana sahaja boleh daftar masuk. Cuma membezakan ia adalah penerbangan dalam negeri atau luar negara. Sebab tu kena datang awal! Ia awal! Kalau nak 4 jam awal pun boleh. Bagi ruby 2 jam awal tu dah menakutkan. Oh No!

Nasihat Perjalanan AirAsia Untuk Pengalaman Percutian Yang Lebih Lancar

Para tetamu disarankan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal berikutan kerja-kerja
menaik taraf kaunter sedia ada di klia2 bermula 20 November 2017.  AirAsia dan AirAsia X ingin menggalakkan para tetamu yang akan terbang semasa musim cuti sekolah untuk mengikuti nasihat perjalanan agar pengalaman percutian anda lebih lancar. Tetamu disarankan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu perlepasan bagi penerbangan AirAsia dan 4 jam sebelum bagi penerbangan AirAsia X bagi melepasi kesemua formaliti penerbangan dan mengelakkan kesesakan yang dijangka akan berlaku semasa musim percutian ini.

Pelbagai Cara Untuk Daftar Masuk

AirAsia juga ingin mengingatkan para tetamu supaya daftar masuk sendiri sama ada melalui laman web, aplikasi mudah alih atau kiosk daftar masuk bagi memudahkan perjalanan mereka berikutan kerja-kerja menaik taraf kaunter sedia ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bermula 20 November 2017. Daftar masuk sendiri boleh dilakukan 14 hari sebelum tarikh penerbangan dan 1 jam sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia, dan sehingga 4 jam sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia X.

  1. Web Check-In
  2. Mobile Check-In
  3. Kiosk Check-In
  4. Counter Check-In (Jika anda hamil atau terbang bersama anak kecil)

Kiosk daftar masuk sendiri dan tag bagasi sendiri tersedia di klia2, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim, Lapangan Terbang Bintulu, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Lapangan Terbang Labuan, Lapangan Terbang Miri, Lapangan Terbang Sandakan, Lapangan Terbang Sibu dan Lapangan Terbang Tawau.

Kepada para tetamu yang terbang ke atau dari Singapura pula, AirAsia kini beroperasi di Terminal 4 yang baharu serta lebih canggih dan automatik di Lapangan Terbang Changi Singapura, yang boleh diakses dengan teksi, kereta sewa, bas atau pengangkutan peribadi. Para tetamu yang berlepas dari Terminal 4 dinasihatkan untuk tiba 3 jam sebelum waktu berlepas untuk memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk ke terminal baharu itu.

Baggage Drop

Bagi tetamu yang mempunyai bagasi untuk didaftar masuk, kaunter bagasi ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Oleh kerana kesesakan dijangka akan berlaku di kaunter mengimbas bagasi dan di kaunter imigresen, anda dinasihatkan untuk melengkapkan proses daftar masuk bagasi dan terus ke pintu perlepasan seawal yang mungkin.

Jika anda di lapangan terbang klia2, astikan anda mempunyai Boarding Pass yang sudah siap print untuk memudahkan anda masuk. Staff bertugas akan semak butiran penerbangan anda dan membantu anda untuk beratur.

Daftar Masuk Di Kaunter

Tetamu yang membuat tempahan secara berkumpulan, kekurangan kebolehan bergerak atau memerlukan bantuan istimewa hanya boleh mendaftar masuk menerusi kaunter sahaja dan perlu tiba lebih awal bagi menyelesaikan kesemua formaliti perjalanan. Kakitangan AirAsia yang berada di lapangan terbang bersedia untuk membantu dan memastikan perjalanan yang lancar untuk semua disepanjang musim percutian ini.

Oleh kerana ini adalah pertama kali travel dengan anak kecil. Risau ya amat! Terus ke kaunter pertanyaan AirAsia dan staff bertugas bantu. Terima kasih banyak-banyak. Untuk travel with Infant, anda boleh daftar masuk di kiosk juga. Lepas dah dapat boarding pass, terus ke kaunter baggage drop. Mak dah panik, serahkan semua kat staff bertugas. Nasib baik!

Penerbangan Bersama Bayi

Setiap seorang tetamu (kecuali bayi) hanya dibenarkan membawa SATU beg cabin (tidak melebihi dimensi 56 x 36 x 23cm) DAN satu beg komputer riba atau beg tangan ke atas pesawat. Jumlah berat kedua-dua beg yang dibenarkan tidak harus melebihi 7kg. Para tetamu juga disarankan untuk pra-tempah peruntukan berat bagasi untuk lebih penjimatan. Pilih ‘Urus Tempahan Saya’ untuk menambah berat bagasi di laman airasia.com sehingga empat jam sebelum waktu berlepas, atau menerusi aplikasi mudah alih untuk peranti iPhone dan Android.

Pra-Tempahan AirAsia Santan Combo Meal

Para tetamu juga dinasihatkan untuk membuat pra-tempahan dalam talian bagi hidangan kombo Santan yang hanya RM10 dalam penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan RM15 dalam penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7), untuk memastikan hidangan pilihan akan disediakan kepada mereka. Para tetamu yang terbang bersama anak-anak mereka juga boleh membuat pra-tempahan bagi hidangan kanak-kanak istimewa, Lil’ Star Combo yang menyajikan piza mini, minuman dan snek istimewa. Pra-tempahan boleh dibuat hingga 24 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan menerusi pautan ‘Urus Tempahan Saya’. Boleh tengok menu di https://www.airasia.com/my/en/promotion/introducing-our-new-santan-combo-meal.page

AirAsia ROKKI Wifi

Selain itu, ceriakan pengalaman perjalanan anda dengan hiburan dalam penerbangan PERCUMA termasuklah filem, muzik dan panduan perjalanan yang popular apabila anda menyambung ke ROKKI Wi-Fi pada peranti mudah alih anda. Bagi mereka yang ingin melayari Internet, mereka boleh mendapatkan pelan ROKKI dari serendah RM9. Bukan itu sahaja, AirAsia juga menyediakan pengalaman membeli-belah dalam talian dengan tawaran eksklusif daripada ROKKI Shop. https://ruby.my/2017/12/penerbangan-domestik-lebih-ceria-dengan-airasia-rokki-wifi/

Ada 3 tawaran dari ROKKI:
1. Wifi PERCUMA. Anda hanya boleh menikmati hiburan yang disediakan sahaja. Contohnya menonton rancangan dari TONTON. Adam tonton Ejen Ali. Habis semua episod. Haha
2. ROKKI Internet Plan RM 18, 10MB Data. Anda boleh upload gambar, video di social media. Cek email, balas whatsapp dan update blog
3. ROKKI Chats Plan RM 9. Ni untuk anda yang nak guna Whatsapp, WeChat, LINE, Kakao Talk & Viber

AirAisa Big Duty Free

Tambahan pula, membeli-belah dalam talian juga kini menjadi lebih mudah dengan perkhidmatan Pre-book + Collect by Big Duty Free. Para tetamu boleh menikmati penjimatan dan lebih kemudahan apabila mereka membeli-belah di bigdutyfree.com sehingga 48 jam untuk penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan 72 jam untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7), dan pesanan tersebut akan terus dihantar ke tempat duduk anda, sama ada dalam penerbangan yang akan berlepas atau yang akan tiba. Baca pengalaman ruby di sini https://ruby.my/2017/12/diskaun-20-di-airasia-big-duty-free

Mudahnya bila kita dah plan segalanya kan? Setidak-tidaknya bahagian kita dah selesai dan tiada apa-apa masalah. Diharap Nasihat Perjalanan AirAsia ini banyak membantu anda semua!

www.airasia.com
www.twitter.com/AirAsia
www.facebook.com/AirAsia

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !