10 Sebab Kenapa Anda Perlu Pra-Tempahan AirAsia Santan Combo Meal

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Pra-Tempahan AirAsia Santan Combo Meal

Ruby
0

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Pra-Tempahan AirAsia Santan Combo Meal. Assalammualaikum semua! Ya hari ini hari ruby ada mood nak bercerita tentang pengalaman menaiki penerbangan AirAsia bersama suami dan anak-anak. Hehehe. Memang seronok bawa suami dan anak-anak bercuti. Kebiasaannya ruby join FAM trip dan melihat keindahan alam bersendirian. Bila pulang ke rumah, bercerita dengan suami dan anak-anak. Sayangnya mereka tidak faham. Krik krik krik. Jadi, inilah masanya untuk beri mereka pengalaman. Alhamdulillah penerbangan bersama AirAsia ke Kota Kinabalu, Sabah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Ini semua dibantu dengan Nasihat Perjalanan AirAsia yang ruby baca dan hadam. Hehe.

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Pra-Tempahan AirAsia Santan Combo Meal

Pra-Tempahan AirAsia Santan Combo Meal

1. Pra-tempah memudahkan

Anda hanya daftar masuk dalam website, mobile phone dan terus pra-tempahan makanan anda. Makanan pra-tempahan tidak tersedia dalam tempoh 24 jam sebelum waktu berlepas. Perlu diingatkan lagi sekali 24 jam SEBELUM BERLEPAS anda perlu buat pra-tampahan. Sebab apa? pada pendapat ruby, 3 hari sebelum ni kita tidak kelam kabut lagi. Jadi, boleh fikir dengan rasional untuk beli makanan apa. Baca isi kandungan makanan. Mana la tau kot ada salah seorang ahli kerluaga alergik ke kan. Nak senang pra-tempahan ni? Masa daftar masuk di laman web tu terus buat semua. Daftar masuk, pilih hot seats dan pilih Santan Combo Meal atau Santan Complete My Meal pilihan anda. Voila siap!

2. Pilihan makanan kegemaran ketika bersama AirAsia AK

Bila naik kapal terbang, kita pasti ada kelemahan. Tidak boleh minum air sekian-sekian untuk elak dari kerap ke toilet. Tidak boleh makan makanan selain nasi. Dikhuatiri kan lapar lagi. Hehehe. Boleh order dua makanan tau. Serius! Okay tapi ruby cukup dengan satu makanan untuk penerbangan 2 jam 30 minit. Makanan kegemaran ruby dengan Santan Combo Meal adalah Chicken Lasagna, Pak Nasser’s Nasi Lemak, Thai Green Curry with Rice, Kung Pao Chicken with Rice dan Vietnamese Iced Coffee

Anak ruby pun suka Thai Green Curry with Rice, comot dia makan. Nasib baik ruby bawa tisu basah. Wajib!

3. Pilihan makanan mengikut kesesuaian anda dan keluarga

Makanan untuk seisi keluarga amat penting, mereka alergik apa-apa ke. Suka makan apa ke? Ruby tidak boleh buat keputusan macam kat kantin sekolah. Semua murid makan nasi ayam no matter what happen. Sebab ini penerbangan pertama suami dan anak-anak. Pasti mereka teringin makan makanan yang mereka ada baca dimana-mana tentang kelazatan Pak Nasser’s Nasi Lemak, Uncle’s Chin Chicken Rice atau Bukhara Chicken Biryani. 

Adam lagi la dah awal-awal nak Ejen Ali. Apa tu Ejen Ali? Ada ke makanan Ejen Ali? Kartun Ejen Ali pun tidak selalu tengok. Tapi sejak Adam cakap Ejen Ali, ruby google la. Rancangan tu ada di TV3 dan TONTON. Kemudian AirAsia ada #MisiAspirasiAirAsia Ejen Ali. Jadi adam nak Ejen Ali tanpa tahu isi kandungan makanan di dalamnya? Hahaha.

Ruby google again, yelah mak mak kan. Kena tahu apa anak nak makan. Nanti lapar dalam kapal terbang. Meragam pula. Set Ejen Ali ni nama dia Lil’ Star Combo. Ada pizza! Okay ibu teruja nak tau pizza dia rasa macam mana. Hehe.

Bila ruby tengok Adam dapat Lil’ Star Combo hari tu, ruby pun rasa nak juga. Hahaha. Pizza tu sedap. Saiz makanan di dalam combo ni pun sesuai untuk Adam. Dia picky eaters. Nak makanan western je. Huhu. Dalam Lil’ Star Combo ada Chicken Pizza, minuman Ribena, kismis dan biskut. Just nice! Anda boleh semak menu makanan Santan Combo Meal di sini https://www.airasia.com/my/en/inflight-comforts/hot-meals.page#inflightmeal

4. Harga lebih murah

Untuk penerbangan AK, RM 10 sahaja. Harga di atas awan RM 18 tau. Haaaaa banyak beza RM 8 tu.

5. Tidak perlu berlapar

Tipulah kalau naik kapal terbang tidak lapar dan dahaga. Tambahan apabila jiran sebelah makan makanan panas dan bau semerbak. Fuhhhhh. Jangan kedekut k. Sila pra-tempahan 3 hari sebelum ya. Perut kenyang, kita gembira! Barulah boleh tonton drama dan filem dengan ROKKI Wifi pula.

6. Masa di dalam penerbangan dimanfaatkan dengan makan

Tahu tak? Cara nak mengelakkan anda bosan adalah dengan makan? Kalau dulu travel seorang diri, makan atau tidak. Kita tidak kisah, kita nak manfaatkan dengan tidur aje. Tapi bila bersama anak. Ruby tidak boleh tidur pun. Mereka curious. Mereka nak tahu apa yang ruby rasa sebelum ini. Mereka terlalu gembira. Selain dari tekanan udara mengakibatkan Alif menangis. Hahaha. Itu satu lagi hal, dah cuba bagi lolipop, minum air, susu dan permainan. Tetap menangis ketika kapal terbang mendarat.

Jadi, ruby bersyukur bila ruby pra-tempahan awal-awal makanan. Sekurang-kurangnya perut mereka kenyang.

7. Makan kenyang-kenyang ketika penerbangan

Ruby suka amalkan cara macam ni. Makan kenyang di dalam penerbangan AirAsia, agar apabila mendarat nanti tidak perlu makan di lapangan terbang. Anda sedia maklum harga makanan di cafe dan restoran yang super mahal. Hahaha. Jadi, seluruh ahli keluarga ruby harus kenyang!

8. Tidak menyusahkan AirAsia Cabin Crew

Kebaikan Pra-Tempahan adalah kita tidak menyusahkan Cabin Crew yang bertugas. Tanggungjawab mereka sudah terlalu banyak dan apabila ada gangguan tekanan udara atau bergolak. Mereka sudah berhadapan dengan situasi cemas. Jadi, jangan ganggu kerja mereka. Lagi pula kesempitan masa apabila penerbangan sekejap dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Kalau ke Langkawi? Nak bg makan, nak sediakan minuman dan anda nak itu ini lagi. Ditambah dengan laluan troli diganggu dengan penumpang nak ke tandas. Fuhh mencabar.

9. Elak dari makanan habis

Ruby perhatikan, setiap kali troli makanan lalu. Ramai yang bertanya apa yang ada? Ya dalam penerbangan memang ada makanan, malah sangat terhad. Adalah lebih baik anda pre-tempahan. Sebab sudah tentu makanan itu tersedia untuk anda.

Daripada anda bertanya apa yang ada dan apabila cabin crew cakap menu sekian-sekian, anda diam dan fikir, kemudian cabin crew sudah jalan ke depan. Lama betul nak buat keputusan bila bab makan kan? Jadi, permudahkan ia untuk diri anda dan orang lain juga. Hehehe. Sekarang, info tentang 10 sebab kenapa anda perlu Pra-Tempahan AirAsia Santan Combo Meal sangat relevan kan?

10. Penerbangan yang aman

Dulu, masa bujang. Corak penerbangan ruby mudah je. Semasa di ruang menunggu di Gate yang telah ditetapkan, ruby akan ke toilet untuk persiapkan diri. Kemudian naik kapal terbang, simpan bag laptop, duduk dan pakai tali pinggang keledar. Kemudian tidur. Sampai la cabin crew sediakan makanan, baru muka mata dan makan. Kemudian tidur balik sambil dengar lagu di Ipod. Aman kan?

Tapi! Bila ada anak-anak dan suami. Fuhhh mencabar! Sangat mencabar. Mereka tidak tidur! Mereka tonton Ejen Ali, makan, tengok movie. Fuhhh tak mengantuk langsung. Jadi, secara automatik ruby tukar corak penerbangan ruby. Ruby segarkan mata untuk pantau mereka. Mereka makan pun ambil masa lama! Tapi ruby rasa aman, sebab semuanya dipermudahkan. 100% apa yang ruby plan berjaya! Semua happy.

Jadi, silalah pra-tempahan makanan anda! Santan Combo Meal memang sedap dan berbaloi-baloi. Semoga perkongsian 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Pra-Tempahan AirAsia Santan Combo Meal membantu anda untuk rancang percutian!

www.airasia.com
www.twitter.com/AirAsia
www.facebook.com/AirAsia

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !