Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll

Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll

Ruby
0

Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll! Assalammualaikum semua! Sedar tidak sedar dah lebih sebulan selesai program ni. Hahaha. Program ITTP berlangsung pada 17 September 2017, sama hari ruby pergi larian Allied Against Dengue Run 2017 di Rimbayu. Memang masam lah bila sampai di program Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll. Hahaha.

Kebiasaannya program macam ni ruby selalu elak sebab sering sibuk uruskan rumahtangga dan anak-anak. Tapi, bila curi sedikit masa untuk hadir program begini. Ruby rasa masa itu sangat bermanfaat. Pada awalnya terfikir juga, program ni macam kelas antenatal ke. Hahahaha. Teknik pernafasan dan postur? Mesti boring. Huhuhu

Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll

Bila dah join, gelak mengekek tak ingat dunia. Enjoy dan happy sangat. Belajar asas Yoga dari sifu memang mudah. Beliau ajar perkara yang wajib kita lakukan. Untuk jaga pernafasan, postur, emosi, stress dan kesihatan. Perasaan bila melaksanakan pergerakan Yoga ni, ruby rasa regangan benar-benar melegakan.

Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll

Intensif Teknik Pernafasan dan Postur adalah Program Intensif 8 jam yang mengandungi teori dan interaktif . Merupakan satu-satunya Program Intensif yang sebegini di Malaysia dan diinspirasikan melalui pengalaman beliau menganalisa dan mengajar individu dan aktiviti berkumpulan dalam bidang Yoga dan Wellness selama 17 tahun .

Kebanyakan individu bernafas sebagaimana adanya dan tidak pernah bernafas dengan pola yang dilatih kerana bernafas dengan cara yang sepatutnya banyak manfaat bagi kesihatan tubuh dan minda.

Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll

Ini adalah sebahagian daripada modul ‘teknik penyembuhan ‘ semulajadi yang telah diketahui kemujarabannya supaya anda tahu cara yang terbaik untuk hidup sihat dengan memastikan keseimbangan minda, tubuh badan dan spiritual selari antara satu dengan lain.

Program ini diadaptasikan khas untuk mereka yang mahukan sesuatu yang senang diikuti dan boleh dipraktikkan sendiri di rumah dan di mana mana sahaja.Malah anda juga boleh mengajarkan teknik-teknik ini kepada anak -anak anda juga.Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll

Teknik-teknik ini sangat berkesan kerana rata-rata pelajar yang telah mengikuti
cara ini dapat mengawal emosi dengan belajar teknik-teknik pernafasan dan postur dengan cara yang betul.

Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa NicollIntensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll

Banyak manfaat yang menguntungkan boleh didapati seperti :

  • Mencegah terjadinya infeksi pada paru paru
  • Melancarkan sistem peredaran darah dan menjaga keseimbangan sistem biologis tubuh secara keseluruhan.
  • Meningkatkan daya ketahananan tubuh (sistem imunisasi)
  • Menstimulasi hormon endorin yang menenangkan tubuh, meredakan stress, panik atau gugup.

Untuk mencapai keadaan harmoni latihan dan teknik pernafasan dan postur harus dipraktikkan secara rutin untuk menyeimbangkan energi dan melakukan penyembuhan diri secara alami dan tidak hanya bergantung kepada ubat-ubatan berbentuk dadah dan sebagainya.

Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll

Tentatif Program Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll

  • 0830AM – Registration & Breakfast
  • 0900AM – Musical Warm Up
  • 0915AM – Feexa Nicoll Session Part 1
    – ICE BREAKING GAME
    – The essense of Breathing and Laughter Yoga
    – Interactive session
  • 1230PM – Lunch & Solat
  • 0200PM – Musical Warm Up
  • 0215PM – Feexa Nicoll Session Part 2
    – Healing Movement In Solat
    – Stress Management
    – Emotion & Posture
  • 0400PM – Tea Time
  • 0500PM – Feexa Nicoll Session Part 3
    – Overthinking & Energy Healing
    – How To Cultivate Positive Energy
    – Meditation
  • 0600PM – End

Persediaan Anda ke Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll

  1. Berpakaian selesa (berseluar)
  2. Stokin
  3. Yoga Matt
  4. Pen
  5. Buku
  6. Air Minuman Sendiri
  7. Telekung & Sejadah
  8. Tiada kanak-kanak dibenarkan
  9. Tepati masa
  10. Beri perhatian, lakukan semua aktiviti dan fokus

Kenali Sifu Feexa Nicoll

Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa NicollTelah muncul di TV9, TV3 (Nona), NTV7, TV Alhijrah, Bernama dan juga majalah suratkhabar tempatan seperti Berita Harian Star, Kosmo
*Her World, Hijabista, Majalah Wanita, MIDI, Humairah dan sebagainya *

Feexa Nicoll memiliki Diploma Pengurusan Pentadbiran dari Stamford Kolej (Pitman UK) dan juga Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Siswazah Pengajian Pengurusan dari Institut Pengajian Komersial UK.

Beliau juga merupakan Associate Imej Konsultan bertauliah yang disahkan oleh Emage Style Consultancy dan juga ahli gabungan di AICI ( Persatuan Perunding Imej Antarabangsa) .

Beliau juga mempunyai certificate dari IITTI (Institut Latihan Imej dan Ujian Antarabangsa Kanada)

Bayaran Program Intensif Teknik Pernafasan dan Postur Bersama Feexa Nicoll

Harga Asal : RM899
Harga Promosi : RM386 – akan tamat pada bila-bila masa!
Setiap peserta akan meneriam goodie bag bernilai RM350 setiap seorang!
Hubungi : +60196586883 / +60103623269

“ALWAYS KEEP YOUR EYES OPEN, WHATEVER YOU SEE, CAN INSPIRE YOU” – Feexa Nicoll

www.feexatraining.com

www.instagram.com/feexanicoll_official

www.facebook.com/Hijalysta.by.FeexaN

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !