Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur

Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur

Ruby
0

Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur. Assalammualaikum semua! Alhamdulillah ruby berpeluang menikmati satu lagi rezeki dari Allah s.w.t iaitu memenangi peraduan dari POND’S Malaysia dari peraduan POND’S Age Miracle. Hadiah berupa penginapan di Hilton Kuala Lumpur untuk 2 orang beserta pakej urutan. Wow! Masa ni ruby join sebab dah pasang niat nak bawa suami berehat. Me time gitu. Tapi masa plan nak berehat ni, kami runsing fikirkan siapa nak jaga anak. Bila dah ada orang boleh jagakan anak, rasa macam tak bestnya kalau tidak bawa anak sekali. Hahahaha. Ruby tak jadi bagi Adam dan Alif di jaga oleh Atok. Bawa mereka sekali selepas habis sekolah.

Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur

Terima kasih POND’S kerana memilih ruby. Kemudian terima kasih kerana beri bilik yang ruby pun tidak akan mampu menginap iaitu Grand Executive Suite. Tapi selepas ruby lakukan rawatan urutan super sedap giler dari Kak Siti dan Mimi di The Spa & Gym. Pihak hotel telah menaik taraf (upgrade) bilik ruby ke Presidential Suite! Allahuakbar!!!! Ia adalah bilik kedua terbesar di hotel in selepas Penthouse. Rasa nak nangis. Wuwuwuwu.

Layanan di Hotel Hilton Kuala Lumpur mestilah tip top kan. Ruby je yang teruja sangat. Baru lah mereka nampak customer satisfaction. Harap CCTV tu tak nampak la ruby melompat suka gila! Hahaha. Oh ya, ruby nak bg tau pengalaman ruby. Pertama kali menghadapai situasi perlu bayar Incidental Charges. Nampak tak ruby dah lama tak daftar masuk hotel? Biasa pergi FAM trip je kan. Hahaha. Bila pengurusan hotel minta Incidental Charges sebanyak RM 300, ruby kalut dan panik. Kenapa saya tidak tahu? Sejak bila? Saya pemenang aje? Bayar dengan cara apa ya? Hahaha.

Apa itu Incidental Charges?

Bayaran Incidental Charges telah dilaksanakan oleh semua hotel. Ia adalah untuk deposit jika kita makan snek, ambil minuman dari peti sejuk, guna telefon hotel atau terpecah apa-apa barang ke. Jadi dengan deposit RM 300 tadi akan ditolak.

Pihak hotel akan meminta bayaran ini pada hari kita daftar masuk. Jika menggunakan wang tunai, pihak hotel akan pulangkan wang tu balik pada hari anda daftar keluar. Jika menggunakan debit/kredit kad, sepanjang beberapa malam anda di hotel tersebut. Anda akan nampak RM 300 dalam keadaan HOLD. Sebab pihak hotel tidak akan sedut duit tersebut jika tiada sebarang transaksi diperlukan. Mereka hold nombor kad kredit / debit anda aje.

Fusion Massage dari The Spa & Gym

Diantara hadiah peraduan adalah dapat urutan. Tapi urutan yang bagaimana pun ruby tak tahu. Bila dah datang ke The Spa & Gym baru lah tahu pihak POND’S sediakan Fusion Massage.  Fusion Massage adalah ‘Traditional Malay Urut’ yang juga bermaksud Urutan Tradisional adalah gabungan teknik mengurut dan Shiatsu yang membantu menghilangkan tekanan dan menghilangkan keletihan dari badan. Tekanan Minimal bersesuaian dengan kehendak ruby dan suami.

Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur

Selama satu jam berurut, ruby boleh tertidur. Hahaha. Bukan tidur lena, macam ‘power nap‘ tu. Setiap inci urutan ruby dapat rasa, ada kala terasa sakit di bahagian yang ruby stress. Seperti di bahu dan leher. Keseluruhan urutan memang asyik! Sebab kak Siti dan Mimi memang gunakan sepenuh tenaga mengurut ruby dan suami.

Harga Fusion Massage 60 minutes RM 360 I 90 minutes RM 432

Jika dulu, nak hadiah mesti kebendaan. Telefon pintar, kamera, set mekap, hard disk dan tudung Ariani. Sekarang dapat urutan satu badan pun dah happy. Penat betul badan ni. Hahaha. Terima kasih POND’S dan Hilton Kuala Lumpur.

Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur

Okay pasti ramai nak baca tentang pengalaman ruby di bilik mewah Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur. Sebagai penulis blog dan aktivis social media. Tidak pernah ruby berpeluang untuk tinggal di bilik sebegini indah. Kebiasaannya media ditempatkan dalam bilik Standard atau Deluxe di mana-mana hotel kan. Tapi, dengan join peraduan POND’S ruby dapat Grand Executive Suite. Nak dijadikan cerita selepas rawatan berurut di The Gym & Spa, ruby pergi ambil kad akses. Pengurus hotel terangkan apa kemudahan yang disediakan dan maklumkan bilik ruby jenis Presidential Suite. Ya Allah! Bilik apa ni? Apa nak buat? Omaigod! Nak vlog? Nak photoshoot? Gembira teramat sangat. Tapi tak plan apa-apa. Jadi ruby buat sebaiknya dengan manfaatkan masa ini bersama keluarga. Sebab ini ulangtahun perkahwinan kan. Kesian pula anak-anak dan suami terabai. Hahahaha! Jadi, kami buat vlog!

Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala LumpurFusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala LumpurFusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala LumpurFusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur

Keluasan Presidential Suite adalah 175 meter persegi / 1884 kaki persegi, dupleks iaitu dua tingkat, ruang tamu & ruang makan. Pancuran hujan mewah di bilik mandi terbuka yang luas yang menampilkan marmar premium. Katil Hilton Serenity yang empuk dilengkapi dengan bantal dan linen hotel mewah untuk malam yang selesa dan tenang. Suite ini dilengkapi dengan kemudahan kediaman termasuk dua TV LED besar dengan saluran HD, jam penggera, stesen pengecasan peranti, wireless all-in-one speaker dan mesin kopi Nespresso.

Di setiap ruang bilik ini membuatkan ruby terus berazam untuk memiliki rumah sebegini. Minimalis dan kemas. Perabot yang selesa, lampu cantik, hiasan dinding yang indah, wardrobe jimatkan ruang, ruang mandi dan mekap yang luas. Nampak sikit je barang, tetapi lengkap. Oh ya lagi satu ruang kerja khas untuk ruby bekerja. Banyak plug itu penting! Kahkahkah.

Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur

Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur

Grand Executive Suite berkeluasan 89 meter persegi / 958 kaki persegi hadiah dari POND’S sudah cukup luas untuk ruby sekeluarga. Malah ia bernilai RM 1138 satu malam untuk 2 orang dewasa. Bayangkan bila Hilton Kuala Lumpur upgrade ke Presidential Suite pula. Berapa la tu harga satu malam. Hahaha.

Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur

Tengok senarai harga tu, memang gigit kuku.

Executive Lounge

Manfaat menginap di Presidential Suite atau mana-mana Suite di Hilton Kuala Lumpur adalah akses ke  Executive Lounge dari jam 6AM – 11PM yang sentiasa menyediakan minuman tidak beralkohol, teh atau kopi dan snek!!! Disini wifi percuma, jika di bilik perlu bayar. Hehe. Manakala makanan disediakan untuk sarapan pagi 6AM – 10.30AM, minum petang 2.30PM – 4.30PM, Evening Aperitifs 6.00PM – 8.00PM.

Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur

Sarapan Pagi di Vasco’s

Perkara wajib apabila anda menginap di Hilton Kuala Lumpur adalah menempah siap-siap sekali sarapan pagi. Sebab sarapan pagi dia meriah! Meriah dan sedap sangat. Ada LIVE chef dan semua makanan Asian ada. Ruby dah cuba nasi lemak dengan rendang ayam, roti canai dan kuah dal, masala tosai beserta kuah chutney, mee kari, western breakfast dan teh tarik. Hahaha. Fuhh RM 89 sarapan pagi macam ni. Dari 6AM – 10.30AM pun ruby sanggup bangun awal.

Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala Lumpur

VLOG Ulang Tahun ke-5 Perkahwinan

 

Oleh kerana icloud ruby penuh, video vlog ruby upload selepas semua fail video boleh di muat naik ke dalam laptop k. Hahaha. Adui kena tambah ucloud lagi nampaknya.

Fusion Massage & Presidential Suite Hiton Kuala LumpurTerima kasih untuk rezeki ini Ya Allah. Terima kasih POND’S. Terima kasih Hilton Kuala Lumpur. Doakan perkahwinan kami di berkati dunia & akhirat serta bersama sehingga ke syurga. Amin. oh ya jangan lupa apatkan produk POND’S Age Miracle esklusif hanya di Watsons.

www.facebook.com/pondsmalaysia
www.ponds.com

www3.hilton.com
www.facebook.com/hiltonkl
www.instagram.com/hiltonkualalumpur

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !