DASHING Anytime EDT Untuk Suami

DASHING Anytime EDT Untuk Suami

Ruby
0

Assalammualaikum semua! Tajuk macam menggeletis kan? Hahaha. Saje je bubuh tajuk macam ni. Tapi memang ruby bagi dekat suami ruby pun. Hehehe. Waktu pertama kali nampak produk ni di Guardian Pharmacy dan Watsons dah suka! Sebab nak juga wangian wanita bersaiz kecil macam ni! Huwaaa! Bila lah nak ada saiz macam tu, asyik bawa sample botol kecil tu je. Hahaha.

Kebiasaannya, ruby perhatikan suami ruby akan pakai perfume ketika di awal pagi dan sekali itu sahaja la dia pakai. Sebab botol perfume besar. Lelaki mana nak bawa perfume botol besar tu. Ruby? Ruby pun taknak bawakan walaupun handbag ruby bersaiz besar! Hahaha. Botol besar dan kuantiti banyak lagi, buat berat bag je. Pakai beberapa kali je kan. Nak masuk pampers anak, susu anak, toys anak, makanan anak dan mekap ruby. Perfume 200ml big NO! Hahaha.

DASHING Anytime EDT Untuk Suami


DASHING Anytime EDT Untuk Suami

Terdapat 4 wangian dari rangkaian DASHING Anytime EDT. Paling ruby suka adalah wangian warna hitam iaitu Ultimate Kick. Teserlah bau kejantanan suami. Hahaha. Dia pun suka bau yang itu. Kalau kemana-mana acara yang dia perlu menemani ruby. Perfume itu ruby akan masukkan dalam poket handbag atau bag laptop ruby. Tidak mengganggu ruang dalam bag ruby pun. Hehehe.

Paling suami suka adalah konsep kali ini dia boleh bawa 4 wangian Dashing Anytime EDT sentiasa. Spray ikut perasaan dan keadaan. Kalau perlu ke tapak pembinaan, bau Active dia akan spray. Kalau hanya duduk di pejabat, dia akan spray Hattrick. Jika selepas menunggang motosikal, dia akan spray wangian Cool. Keluar dengan ruby je dia pakai Ultimate Kick. Aww so sweet. Hahaha.

Rangkaian Wangian DASHING Anytime EDT

Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir
dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.

1. Cool

Haruman maskulin ini merupakan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.

2. Active

Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.

3. Ultimate Kick

Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

4. Hattrick

Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

DASHING Anytime EDT

Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personality serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari.

“Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik,” kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. “Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “factor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.”

Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direkakhas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja.

“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki- iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah didekati.”tambah Mr. Venkat. “Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa di dalam poket anda”

 

Harga DASHING Anytime EDT

DASHING Anytime EDT 18ML dijual pada harga RM7.00. Boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.

www.dashing.com.my

www.facebook.com/Dashing.MY

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !