MAO BAO Washing Machine Cleaner By Schelly

MAO BAO Washing Machine Cleaner By Schelly

Ruby
0

MAO BAO Washing Machine Cleaner By Schelly. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby nak kongsikan artikel berkenaan perkakasan rumah yang setiap hari kita guna iaitu mesin basuh (kalau dah berkeluarga memang hari-hari membasuh baju guna mesin basuh kan? hahaha!! ). Jadi, ruby nak bagi tahu yang hari ini pertama kali ruby basuh mesin basuh tu. Ya! Mesin basuh pun perlu detox. Hehehe. Kalau anda hebat, cuba kira berapa kali anda cuci sisa di tepi mesin basuh tu? Buka tak bahagian tepi tu? Mesti lama tidak buka kan? Ruby sering lupa bahagian tepi tu. Sampai la hari ni nak mencuci mesin basuh, ruby masih tidak buka. Hahaha! Ingat bersih macam mesin basuh baru!? Wait! Ruby nak buka sehingga selesai proses pencucian. Jeng jeng jeng.

MAO BAO Washing Machine Cleaner By Schelly

Mesin basuh ruby baru berusia 5 tahun. Sama usia dengan perkahwinan ruby. Sebab kami beli masa lepas ruby disahkan hamil dan dah tidak larat basuh baju guna berus. Yes! Tahun 2012  – 2013 masih guna berus sabut basuh baju suami tau. Hahaha. Masa ni tiada dobi self service. Jadi, nak keringkan baju pun ambil masa dua hari bergantung kepada matahari sepenuhnya. Kenangan masa dulu, fuhhh.

MAO BAO Washing Machine Cleaner By Schelly

Pembersih Mesin Basuh MAO BAO adalah jenama utama di Taiwan dalam pembersihan mesin basuh! Ini kerana setiap paket dilengkapi dengan detergen 300g, dan juga sepaket AG+ anti-bakteria yang tidak disediakan oleh syarikat lain!

Adakah mesin basuh anda sudah lama? Adakah anda sudah berasa seperti pakaian anda tidak begitu bersih walaupun selepas mencuci? Ini bermakna ada serpihan sisa dari mencuci pakaian anda sepanjang tahun! Semua kotoran yang tidak diingini ini tersembunyi di belakang dram mesin basuh dan amat sukar untuk dibersihkan. Itulah sebabnya MAO BAO sedia membantu anda, ia adalah salah satu deterjen mesin basuh terbaik di pasaran. Dijamin bersih selepas 1 kali mencuci, dengan 99.9% penyelesaian anti-bakteria (AG +). Ia mendapat kelulusan makmal dan berfungsi hebat untuk semua jenis mesin basuh!

MAO BAO Washing Machine Cleaner By Schelly

Cara Menggunakan MAO BAO Washing Machine Cleaner By Schelly di mesin basuh Toshiba.

  1. Gunting siap-siap 1 paket Detergent Wash Tank Cleaner. Letak Tepi.
  2. Gunting 1 paket AG+ Anti Bacteria. Letak Tepi.
  3. Tekan ON mesin basuh
  4. Pilih fungsi TUB CLEANING. Proses ini 30 minit sahaja.
  5. Sambil air mula memenuhi mesin basuh, masukkan 1 paket Detergent Wash Tank Cleaner dan 1 paket AG+ Anti Bacteria yang telah digunting siap-siap tadi.
  6. Tutup mesin basuh dan anda boleh lihat hasilnya selepas 30 minit.

AG+ adalah elemen yang sangat penting yang diperlukan untuk memastikan mesin basuh anda bersih. Ia melindungi mesin basuh anda daripada bakteria yang tidak diingini, memastikan penggunaan yang lebih bersih dan lebih selesa.

MAO BAO Washing Machine Cleaner By Schelly MAO BAO Washing Machine Cleaner By Schelly

MAO BAO Washing Machine Cleaner By Schelly

Lihatlah hasilnya. MasyaAllah!! Nampak macam hitam melekat tepi-tepi aje. Bila buka, hah terkejut. Nak pegang pun geli, dia bukan macam fabrik keseluruhan. Ada jeli-jeli lagi. Ewwwww. 5 tahun punya hasil. Loya tekak. Hahaha.

Manfaat MAO BAO Washing Machine Cleaner By Schelly :

  1. Harga Mampu Milik
  2. Cepat & mudah
  3. Tidak perlu memanggil kontraktor luar
  4. Satu-satunya jenama dengan mencuci anti-bakteria
  5. Jenama pencuci mesin basuh No.1 Taiwan
  6. Mengeluarkan kotoran
  7. Disahkan melalui Ujian Makmal SGS (Lab)
  8. Teknologi Silver Ion (POWER CLEANING EXTRA!)
  9. Menghilangkan bau
  10. Mencegah kulat

Sebab-sebab anda  memerlukan MAO BAO Washing Machine Cleaner By Schelly

  1. Penggunaan pelembut kain yang kerap
  2. Sambungan paip mesin basuh dari tangki air luar
  3. Penggunaan mesin basuh lebih tinggi daripada purata contohnya keluarga besar
  4. Mesin basuh anda berusia 3 tahun ke atas dan tidak pernah dibersihkan sebelum ini

Harga 1 kotak MAO BAO Washing Machine Cleaner By Schelly

MAO BAO Washing Machine Cleaner By Schelly

1 kotak mengandungi :

3x Detergent (300g setiap satu paket)
3x AG+ Anti Bacteria

Harga promosi : RM25.00 (Harga Asal : 33.90) + Poslaju RM9

Dapatkan pencuci mesin basuh anda sekarang! Agar dapat menjaga dan memanjangkan hayat mesin basuh kita sehingga lebih 15 tahun. InsyaAllah!

www.facebook.com/happyshoppermy

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !