Canon PhotoMarathon Malaysia 2017 Berjaya Times Square

Canon PhotoMarathon Malaysia 2017 Berjaya Times Square. Assalammualaikum semua, pada hari Sabtu 9 September 2017 ruby telah menyertai Canon PhotoMarathon 2017 di Berjaya Times Square. Ini adalah pertama kali ruby join Canon PhotoMarathon 2017 dan tunggu sehingga habis acara iaitu jam 8.30 malam. Hahaha. Sebelum ini, ruby selesai je 3 tema. Terus balik rumah. Mesti tak menang dan nanti hampa pula kan. Ruby tahu ketika itu hadir Canon PhotoMarathon untuk menimba ilmu, belajar skill dan lihat hasil gambar fotografi dari jurugambar lain. Tema tu kita rasa mudah, tapi bila tengok hasil artistik fotografi. Ruby rasa hampa. Wuwuwuwu. Walaupun hampa, ruby tetap kembali hadir Canon PhotoMarathon seterusnya. Ini tahun ke 6 ruby. Ruby tidak pernah blog berkenaan pengalaman ruby. Tapi kali ini, ruby akan kongsikan di blog ruby. Hehehe.

Canon PhotoMarathon Malaysia 2017 Berjaya Times Square

Ruby bangun tidur dan bersiap. Suami ruby hantar ke Berjaya Times Square jam 7.30 am. Ruby daftar dan ambil goodie bag. Oh ya ruby dah daftar secara dalam talian sebulan yang lalu. RM 30 sahaja. Jika anda pelajar, yuran hanya RM 20. Murah sangat kan? Bagus lah, semua mampu join dan tidak kira jenama kamera anda. Hehehe. Di dalam goodie bag ada tshirt Canon PhotoMarathon Malaysia 2017 yang ruby VOTE secara online. Kemudian dapat majalah camera , baucar photobook, energy bar, air mineral dan tshirt. Tshirt ruby pilih di dalam talian adalah saiz XXL. Ingatkan tshirt ULTRON. Hahahaha. Sekali tshirt yang kualiti polo tu. Terus tukar saiz L di information counter. Pada mulanya pihak Canon tidak bagi tukar sebab baju yang banyak-banyak tersedia adalah untuk peserta walk-in registration. Ruby cakap lah, walk-in nanti bagi la baju XXL saya ni. Belum pakai lagi. Kemudian En Jeffrey Kung datang, terus dia cakap “ok tukar-tukar. Its obviously big size” Akhirnya kami ketawa. Terus ruby tukar pakaian di toilet Berjaya Times Square. Kemudian ruby jumpa Mahadi iaitu blogger dari www.mahamahu.com kemudian kami pergi sarapan pagi di Rasa Utara. Ruby makan set Roti Tampal dan Teh O Panas.

Acara ini sangat best, ruby suka cara emcee menceriakan suasana. Giveaway macam-macam ada, menari lah, jadi ahli muzik la, teka lagu filem lah. Memang padat aktiviti pada hari tersebut. Selain itu lori abang MILO sampai!!! Yahooo. Seronok betul bila nampak lori MILO. Kemudian dah selesai semua tugasan, ada makcik urut leher dan bahu. Ya Allah ruby bawa laptop dalam bag tu. Pikul la dari 7am sampai 10malam. Wuwuwuwu.

Tema 1 : Sengih / Grin

Kami berjalan ke pentas utama dan mendengar taklimat dan tema pertama. Ia berkenaan Sengih. Sengih ni pula kita semua sering confius dengan ketawa dan senyum. Betul tak?

While a smirk is only a facial expression, a giggle is also vocal. A smirk is quasi half a smile, while a giggle is a partial laugh. … The first obvious difference between a grin and a chuckle is the voice. The grin shows teeth, while the chuckle is usually expressed with closed mouth and a shaking body.- www.milleluce.com

Definisi : menyengih membuka mulut sedikit sehingga menampakkan gigi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) – http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sengih

Nampak tak maksud Sengih / Grin ni? Tapi nak ambil gambar seseorang sedang sengih memang susah, sebab perlu cari seseorang yang ada aura sengih yang menawan. cewahhhh. hahahaha. Selain itu, kita kena ringan mulut untuk bertanya dan minta izin. Perkenalkan diri dan senyum. Beranikan diri. Hehehe.

Canon PhotoMarathon Malaysia 2017 Berjaya Times Square

Tema 2 : Hujan / Rain

Untuk tema hujan ni, Ruby paling bengang. Hari panas terik nak cari sesuatu tentang hujan. Payung takda, baju hujan takda, pegang katak takut, air pancut atau air terjun tak menampakkan hujan. Lopak air tak banyak. Lopak air besar takda prop hujan pula. Makanya kami buat la air hujan tersendiri. Hehehe.

Canon PhotoMarathon Malaysia 2017 Berjaya Times Square

Tema 3 : Silhouette

Silahut. Hehehe. Tema ni ruby tak pernah dengar. Tapi pernah buat semasa berada di tepi pantai. Ketika sunset dan sunrise. Tapi di tengah bandar Kuala Lumpur ni macam mana nak buat? Skill itu ruby tiada. Kamera pun biasa-biasa aje. Ada yg pandai ubah setting kamera tu memang hebat sampai jadi gambar Silhouette dia. Kagum ruby tengok. Banyak perkara ruby belajar di CPMKL2017. Nanti nak belajar dengan sifu pula.

Canon PhotoMarathon Malaysia 2017 Berjaya Times Square

Tema Bonus : Moment That Matter / Detik-detik yang bermakna

Ruby fikir, at least kalau tak menang apa-apa untuk CPMKL2017. Ruby dapat la hadiah untuk tema bonus bersempena 30 tahun Canon. Malangnya ruby tidak menang. Huwaaaa. Sedih betul. Tapi takpelah. Next time kena study tentang tema, tentang latar belakang juri, kaji gambar pemenang yang lepas dan menggali tips pemenang / sifu fotografi yang menang sebelum ini.

Canon PhotoMarathon Malaysia 2017 Berjaya Times Square

Tips Canon PhotoMarathon

  1. Jaga adab dan budi bahasa. Minta izin untuk ambil gambar. Perkenalkan diri anda dan tujuan ambil gambar mereka. Jika mereka menolak untuk di ambil gambar, redha dan teruskan berjalan. Jangan menggomel atau mulut celupar tau.
  2. Cari kawan baru atau kawan sedia ada untuk jadikan satu kumpulan. Selama ruby  join PhotoMarathon, solo atau berkumpulan ada keunikannya. Tapi ruby suka berkumpulan. Rasa lebih selamat apabila ingin buat tugasan bersama. Sebab kita pakai baju tshirt dan tag leher sama. Kemudian bantuan tangan untuk siram air lagi. Hehehe.
  3. Faham latar belakang juri. Sebab juri kali ini dari karakter fotografi usahawan, fotografi sukan dan fotografi perkahwinan. Setiap tahun juri berbeza, jadi ruby rasa seeloknya lihat cara juri tersebut.
  4. Gunakan pengangkutan awam. Bawa TouchNGo dan anda boleh pergi kemana sahaja untuk ambil gambar menarik.
  5. Kasut sukan jangan lupa! Sakit kaki wooo.
  6. Tugasan dimaklumkan jam 9 pagi. waktu tamat muat naik gambar adalah dalam masa 3 jam juga. Kalau dapat snap cepat. Submit cepat. Kalau keluar ambil gambar jauh, pastikan dan on the way pulang ke tempat berkumpul awal 1 jam 30 minit. Contohnya, tugasan pertama ruby adalah Sengih dan ruby pergi ke Chow Kit. Berjaya Times Square, monorail IMBI – CHOW KIT. Jalan kaki ke pasar dan ambil gambar. Sekitar jam 10.30AM kami dah ada di stesen Monorail CHOW KIT untuk pulang ke IMBI dan submit gambar. Cara begitu juga ruby amalkan untuk tugasan kedua dan ketiga. Tugasan ke dua 12PM – 3PM. 1.30PM kami dah berada di stesen monorail. Tugasan kedua kami dari Monorail IMBI ke BUKIT NANAS. Pulang pula dari stesen SULTAN ISMAIL ke IMBI. Tugasan ketiga 3PM-6PM, IMBI – BUKIT BINTANG dan kami pulang jam 4.30PM BUKIT BINTANG – IMBI. Jadi ada masa lebih untuk solat, makan dan toilet. Hehehe

VLOG – Canon PhotoMarathon Malaysia 2017

 

Ruby bersyukur dipertemukan dengan Mahadi dan Zarin. Secara tidak langsung kerjasama itu lagi seronok. Pengalaman kali ini memang membuatkan ruby rasa nak join pada tahun hadapan. Jumpa di Canon PhotoMarathon Malaysia 2018!

Apa yang membuatkan ruby stay sampai pengumuman pemenang adalah sebab medal dan hasil gambar ruby. Kalau tiada medal, Ruby balik selepas submit gambar tema ketiga. Ruby lihat banyak peningkatan dalam hasil gambar ruby. So, ada sedikit confident untuk menang la. Hahaha. Tapi mungkin ruby gunakan lens 50mm dan tak nampak hasil sepenuhnya. Kebanyakan gambar pemenang tiada efek blur blur boleh tu. Hahaha.

Canon PhotoMarathon Malaysia 2017 Berjaya Times Square

WINNERS OF OPEN CATEGORY
CANON PHOTOMARATHON MALAYSIA 2017

Grand Prize Winner: Mohammad Norfarhan Bahron

1st Prize Winner: Mohd Safuan Salahudin

2nd Prize Winner (1st Runner-up): Lim Ziar Sheng

3rd Prize Winner (2nd Runner-up): Mohd Nazri bin Sulaman

Consolation Prize Winners (in no particular order)
Sharizul Ahmad Shukri
Arshayd Aziz
Chan Khen Loke
Mohd Zainie Khalili
Abd Wahab Mohd Helmi

Canon PhotoMarathon Malaysia 2017 Berjaya Times Square

WINNERS OF STUDENT CATEGORY
CANON PHOTOMARATHON MALAYSIA 2017

1st Prize: Andy Tan Liang Sam

2nd Prize (1st Runner-up): Muhammad Nazreen Amani bin Mohd. Nazri

3rd Prize (2nd Runner-up): Khairul Syahmi

Canon PhotoMarathon Malaysia 2017 Berjaya Times Square

30 winners of 30th Anniversary Bonus Theme
Canon PhotoMarathon Malaysia 2017

Jadi, jom start study tentang fotografi lagi. Jumpa tahun depan! Harap-harap di lokasi yang ada pengangkutan awam macam ni lagi. Hehehe.

www.photomarathon.canon-asia.com

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال