Pengalaman Scaling & Whitening Di Klinik Pergigian Izra

Pengalaman Scaling & Whitening Di Klinik Pergigian Izra. Assalammualaikum semua, hehehe. Tak pernah nak blog berkenaan gigi. Mesti pembaca ruby takut nanti. Sama macam ruby, asal nak jumpa dentist je takut. Sebab pengalaman klinik kerajaan masa kecil memang buat kita semua trauma. Bila dah besar, baru nampak keadaan sebenar klinik kerajaan kan. Orang ramai, doktor dan nurse kena buat rawatan cepat dan tangkas.
Tapi masa kecil dulu kalau pergi klinik kerajaan rasa macam cepat je rawatan yang kita terima. Mungkin sebab masa tu kita masih kanak-kanak. Aktif melakukan aktiviti di klinik. Lari sana sini. Hahaha. Cuba lihat muka ibu bapa kita? Mereka letih menunggu kan? Jadi, sekarang ruby dah faham. Sebab masa hamil dulu, ruby dapat rawatan KKIA bersebelahan klinik pergigian kerajaan. Kematu duduk gitu aje. Kalau masa tiada anak, pergi KKIA boleh la baca buku. Bila dah ada Adam, sibuk kejar dia aje. Masa hamilkan Alif memang banyak cabaran. Hahaha.

Pengalaman Scaling & Whitening Di Klinik Pergigian Izra

Dek kerana trauma masa kecil, ruby memang jarang pergi klinik pergigian. Kalau masuk klinik pergigian mesti tengok suasana dan ambil bau. Kalau bau macam hospital tu, errrrmmmm memang takmo. Seriau. Hahaha. Tapi alhamdulillah Klinik Pergigian Izra ni suasana dia tenang dan selesa. Tema warna ungu dan ruang menunggu juga santai.
Dulu mana la ruby tahu nama Scaling ni, ruby tahu “cuci gigi” je. Hahaha. Bila dah tahu scaling tu apa, baru lah yakin nak berkomunikasi “ruby dah scaling gigi” “scaling gigi agar gigi bersih” “jom scaling gigi”.

Scaling Gigi
Perkembangan skala dan akar, atau dikenali sebagai terapi periodontal konvensional, terapi periodontal bukan pembedahan atau pembersihan yang mendalam, ia adalah proses mengeluarkan atau menghapuskan agen etiologi – plak gigi, produknya, dan kalkulus – yang menyebabkan keradangan. Membantu periodontium mengurangkan penyakit periodontal. Pengimbas Periodontal dan kuret periodontal adalah beberapa alatan yang terlibat.

Whitening Gigi
Pemutihan gigi menggunakan laser / sinaran biru. 4 kali proses pemutihan akan dilakukan dan dalam 1 kali proses mengambil masa 15 minit. Bibir anda akan disapu dengan petroleum jelly, supaya tidak kering. Setelah memakai “Retractors Lips Mouth Opener”, ubat akan disapu di gigi sahaja. Doktor akan menjaga gusi agar tidak terkena gel, ini kerana jika terkena gusi, anda akan berasa sangat pedih. Selepas tamat 15 minit, doktor akan mengulangi proses yang sama. Semasa proses pemutihan gigi, gigi anda akan berasa ngilu dan cubalah bertahan. Ini kerana “beauty is pain”. Hehe.



Dr. Musturawani Mohamed D.D.S U.K.M

Dr Musturawani, atau lebih mesra dipanggil sebagai Dr Tura. Beliau telah menceburi bidang pergigian hampir 12 tahun. Dr Tura adalah Graduan Ijazah Doktor Pergigian tahun 2004 dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Melalui pengalaman ruby mendapatkan rawatan pergigian bersama Dr Tura, Dr Tura seorang yang mesra, penuh dengan informasi dan pastinya kita sebagai pesakit akan berasa selesa. Banyak maklum balas ruby baca di internet bahawa Dr Tura sangat bagus melayan pesakit. Tidak kira kanak-kanak atau dewasa. Jadi, kita tidak akan berasa Trauma ke Klinik Pergigian kan? Rawatan gigi sangat penting, jangan diabaikan. Jangan tunggu sakit baru nak ke klinik.

Klinik Pergigian Izra

Klinik Pergigian Izra terletak di Putrajaya iaitu di Precint 8. Lokasi ini berdekatan Pusat Komuniti. Parking sangat mudah untuk dicari dan percuma! Hehehe.
Pusat Komuniti Presint 8, Blok A-T.01-U.07, Jalan P8C/2, Presint 8, 62250, Putrajaya, WP Putrajaya, Malaysia
Waktu Operasi
Monday – Friday : 9:00am – 6:00 pm
Sabtu : 9:00am – 3:00 pm
Sunday & Public Holiday : 
CLOSE
+60 3-8889 3221

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال