10 Manfaat Sarapan Pagi Bersama Dutch Lady

10 Manfaat Sarapan Pagi Bersama Dutch Lady

Ruby
0

10 Manfaat Sarapan Pagi Bersama Dutch Lady | Ruby akui, bila sudah semakin dewasa dan bila ada anak. Barulah ruby tahu betapa pentingnya sarapan pagi! Sebab manfaat sarapan pagi terlalu banyak sehinggakan ruby rasa meneyesal tidak amalkan seawal usia dulu. Sarapan pagi ruby selalu skip. Ada kalanya tidak sarapan sebab dah bangun tidur waktu makan tengahari. Jadi, terus start engine kereta dan ke restoran mamak. Terus makan nasi kandar dan ayam rose. Hahahaha. Nampak tak betapa unhealthy kehidupan ruby suatu ketika dulu.

10 Manfaat Sarapan Pagi Bersama Dutch Lady

10 Manfaat Sarapan Pagi Bersama Dutch Lady


Tapi itu dulu lah, sekarang tidak lagi. Bila dah nampak hasilnya, gembira tak terkata. Kawan-kawan asyik bertanya macam mana boleh turun berat badan? Ruby cuma amalkan pemakanan seimbang dan disiplin mengikut waktu makan. Sarapan, Brunch, Lunch, Afternoon tea, Dinner dan Supper. Cukup lah 6 kali makan dalam sehari ni. Sebab kebanyakan masa ruby amat sibuk dengan anak, event, meeting dan kerja. Jadi, kalau nak “Breakfast, Second Breakfast, Brunch, Elevenses, Lunch, Luncheon, Afternoon tea, Dinner, Supper, Midnight Snack” jenuh la kan. Hahaha. Kena ikut juga masa yang kita ada. Walau apa pun, yang paling penting adalah sarapan pagi! Serious! Ya Allah, kalau tidak makan sarapan pagi. Confirm ruby emo sepanjang hari! Nak tunggu sampai waktu lunch pun tak sempat nak ubah emosi di pagi hari. Sejak amalkan sarapan pagi, dah tiada monday, tuesday, wednesday, thursday dan friday blues bagai. Setiap hari ruby akan happy je. Senyum tidak lekang dari wajah. Cewaaahhh.

Ruby kongsikan 10 Manfaat Sarapan Pagi

  1. Ruby akan fokus apabila memulakan aktiviti harian. Dulu semasa bujang, kita plan aktiviti kita je. Bila dah jadi ibu bapa, jadual ruby campur jadual suami dan campur jadual anak-anak. Kalau tidak fokus, mulalah kelam kabut. Contohnya kemas rumah 3 jam (sapu, mop, lap habuk, basuh pinggan, basuh baju, sidai baju, susun atur), kemudian ke pejabat pos, pergi meeting, buat kerja, beli groceries di pasar raya limit selama 2 jam, kemudian ke sekolah untuk ambil anak dan pulang ke rumah. Andai kata ruby leka semasa kemas rumah, buat kerja mengemas lembab-lembab sebab tidak sarapan. Jadi jadual satu hari tu ruby kena reschedule tau. Huhu.
  2. Mengaktifkan diri anda dari waktu tidur malam tadi. Wake up!!!!!
  3. Menggalakkan proses metabolisma. Metabolisma kita ni sentiasa bersambung, jadi bila kita skip sarapan dan tiba-tiba kita lunch. Ia akan bercelaru. Maka proses metabolisma akan delay. Makanan yang anda ambil tidak dapat diproses sebaiknya walau sebanyak mana anda makan untuk ganti sarapan pagi tu. Dah terlambat!
  4. Mengurangkan risiko sakit jantung dan kolestrol. Betul! Sebab jika tidak sarapan, anda akan mula makan banyak pada waktu makan tengahari. Terkejut la encik jantung dan salurannya!
  5. Mengurangkan risiko diabetes. Ruby masa hamil Adam dan Alif mesti ada GDM. Dari situ ruby belajar tanda-tanda diabetes. Untuk orang normal yang tidak hamil, gula dalam darah akan meningkat jika tidak ambil sarapan. Sebab badan memaksa gula yang ada di dalam darah untuk bekerja. Kesian badan kita!
  6. Memulihkan daya ingatan. Jika anda ada penyakit lupa nak mulakan kerja di awal pagi. Sila minum sekotak susu Dutch Lady PureFarm. Confirm otak anda akan berfungsi. Sebabnya? Sebab anda perlukan sarapan pagi!
  7. Berat badan seimbang bila kita sarapan pagi. Ya betul! Tidak dinafikan!
  8. Anda tidak akan berlapar ketika jam 10am dan pada waktu makanan tengahari anda tidak akan makan banyak!
  9. Sarapan pagi membantu anda plan aktiviti harian dengan lebih efektif. Jadi anda akan lebih relax melalui hari yang sibuk.
  10. Kitaran Haid Teratur. Ya betul!! Jika anda semua rasa waktu haid anda kerap makan. Sebenarnya masa haid tulah apa keperluan diri anda inginkan. Makanan seimbang dan ikut masa. Jika anda ikut jadual makan sebaik mungkin, haid anda lebih teratur. Sebab darah kotor yang keluar tu kuantitinya banyak! Bukannya sedikit! Sayangilah diri anda!

Okaylah dah cukup membebel, sekarang nak kongsikan sarapan pagi ruby yang sering ruby amalkan. Hehehe.    

Sangat mudah untuk dapatkan sarapan pagi berkhasiat kan? Minum sekotak susu Dutch Lady PureFarm pun dah cukup. Tolonglah jangan skip sarapan pagi. Ia amat penting!

www.dutchlady.com.my

www.instagram.com/dutchladymy

www.facebook.com/dutchladymalaysia

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !