Sheraton Bandung Hotel & Towers

Sepanjang Ruby menyertai Trip Of Wonders anjuran Ministry of Tourism of The Republic of Indonesia. Ruby teruja ingin kongsikan pengalaman Ruby menginap di Sheraton Bandung Hotel & Towers. 3 hari 2 malam di sini membuatkan Ruby selesa. Bila dah tahu betapa best dan selesa Sheraton Bandung Hotel & Towers barulah ruby boleh berkongsi dengan anda semua. Hotel ini menyediakan fasiliti lengkap untuk anda menginap. Sesuai untuk pasangan bekeluarga, pasangan yang ingin berbulan madu, trip bisnes di Kota Bandung atau anda yang ingin staycation. Staycation relax kan minda di dalam kawasan Sheraton Bandung Hotel & Towers. Why not kan?

Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers

Ruby menginap di bilik jenis Deluxe Room. Keluasan sekitar 32 meter persegi dan mempunyai keperluan lengkap seperti :

  • Air Conditioning
  • Flat Screen LCD Television
  • In-room safe
  • Phone
  • In-Room Coffee and Tea Maker
  • Shine for Sheraton™ Bath Amenities
  • Bathrobes
  • Complimentary Bottles of water
  • Complimentary Wi-Fi
  • Iron and Ironing board
  • Complimentary access to the fitness center
  • Balcony
  • Sheraton Signature Bed
  • Hairdryer
  • A laptop-sized safe deposit box
  • Walk-in rain shower
  • Smart desk and a comfortable sofa

Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers

Sheraton Signature Bed bersaiz KING adalah kata kunci untuk keselesaan sepanjang anda berada di sini. Ia sangat empuk dan lembut. Hehehe. Ingin ruby kongsikan pengalaman ruby ketika memasuki bilik. Ruby mencuba katil ini. Duduk, kemudian baring. Tiba-tiba tertidur terus. Hahaha. Sedangkan ruby plan ingin menulis blog dan transfer gambar semasa jalan-jalan di Kota Bandung di dalam laptop. Nasib baik dah mandi dan solat. Yang bagusnya Sheraton Signature Bed adalah, ruby bangun dengan keadaan badan yang segar. Kesakitan aktiviti semalam terus hilang. Ruby bangun awal dan boleh terus solat Subuh. Sekarang baru ruby tahu, tilam yang bagus akan memberikan kita hari yang produktif pada hari esok.

Selain keadaan yang amat selesa di dalam bilik, fasiliti di kawasan Sheraton Bandung Hotel & Towers juga tidak menghampakan. Swimming pool untuk dewasa dan kanak-kanak, taman permainan, ruang lobi yang selesa, ruang makan yang luas dan pelbagai makanan disediakan!

Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers Sheraton Bandung Hotel & Towers

Anda boleh menempah bilik seperti ruby dengan hanya IDR 1,000,000 sahaja! Lebih awal anda tempah, lebih murah dan ada diskaun. Ruby suka plan trip awal-awal bila ada tiket penerbangan sedang buat jualan murah. Kemudian terus cari hotel. Perkara lain, kita boleh fikir last minute. Hehehe.

Jika anda inginkan penginapan selesa dan tidak kelam kabut memikirkan lokasi untuk makan dan pengangkutan di sekitar Kota Bandung. Sila menginap di Sheraton Bandung Hotel & Towers. Anda boleh menempah UBER jika ingin ke shopping mall! Murah jer!

Alamat : Jl. Ir. H.Djuanda No.390, Dago, Coblong, Kota Bandung, Jawa Barat 40135, Indonesia

www.facebook.com/SheratonBandungHotelTowers

www.instagram.com/sheratonbandung/

www.sheratonbandung.com

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال