Imaginasi Kreatif Bersama CARRIE JUNIOR

Imaginasi Kreatif Bersama CARRIE JUNIOR

Ruby
0

Ruby masih ingat lagi mandian pertama Adam setelah dia berusia 1 tahun. Masa tu ruby sibuk membelek-belek mandian kanak-kanak dan bayi. Ruby cari yang tidak pedih mata, wangi, kuantiti banyak, botol jenis pam dan harga berbaloi-baloi. Sedang belek-belek dan baca manfaat dan isi kandungan, datang seorang promoter dekat ruby untuk promosi CARRIE JUNIOR. Bila ada promoter, baru ruby tahu ada permainan disertakan! Hahaha. Masa baca label di hadapan botol, ruby fikir mungkin kena tebus permainan selepas bayaran dan di kaunter khidmat pelanggan. Alahai lecehnya kan. Malas sebenarnya nak tebus permainan ni, sebab pernah terkena yang permainan dah habis stok. Menyampah tau. Dah le ruby ibu muda ketika itu. Memang tak reti nak tebus-tebus voucer ke, hadiah ke. hahaha. Nasib baik ada promoter bagi tahu dekat mana lokasi mainan ‘Pirates of Carrieland’. Comel je bila Adam pandai cipta imaginasi kreatif bersama CARRIE JUNIOR. Macam-macam bunyi dengar bila dia mandi. “Elephant chooo choooo chooooo”, bird “churp churp churpppp”, hehehehe.

Masa ruby beli dulu, ruby suka beli warna ungu sebab ia boleh digunakan untuk mandi dan shampoo. Jadi mudah la kan. Wangi pula tu. Hehehehe. Sekarang Adam dah besar, dia pula pandai pilih bila ke pasaraya. Nak blueeeee, nak pinkkk, nak purpleee. Last sekali beli semua warna. Hahahaha.

Imaginasi-Kreatif-Bersama-CARRIE-JUNIOR-1 Imaginasi-Kreatif-Bersama-CARRIE-JUNIOR-2

Imaginasi Kreatif Bersama CARRIE JUNIOR

Koleksi CARRIE JUNIOR menampilkan 7 mainan yang bertemakan “Pirates of Carrieland” CARRIE JUNIOR mendefinisikan keseronokan waktu mandi untuk setiap kanak-kanak Malaysia! Bersama CARRIE JUNIOR, waktu mandi menjadi satu momen kegembiraan dan kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anaknya. Nilai-nilai ini kini diperkuat lagi dengan lebih keterujaan menerusi Koleksi Pelaut CARRIE JUNIOR yang terdiri daripada karakter-karakter haiwan comel. Menerusi Koleksi Pelaut CARRIE JUNIOR, kanak-kanak akan belajar mempraktikkan nilai-nilai positif seperti kasih sayang, kesabaran dan interaksi sosial serta dalam masa yang sama berseronok dan kekal bersih! Dengan permainan Koleksi Pelaut CARRIE JUNIOR, setiap sesi mandian kini akan membawa kepada pengembaraan baharu setiap kali imaginasi kanak-kanak ini diterokai sepenuhnya!

Bertepatan dengan slogan CARRIE JUNIOR, ‘Bathtime is Funtime’, kanak-kanak kini akan lebih seronok bersama Koleksi Pelaut CARRIE JUNIOR ‘Pirates of Carrieland’. Kesemua 7 permainan itu terdiri daripada gajah CARRIE JUNIOR yang disayangi ramai, mengandungi CAPTAIN CARRIE si gajah, RIGGER TOMMY si kura kura, FIRST MATE TEDDY si beruang, BOATSWAIN CHARLIE si nuri, SCOUT SALLY si jerung, meriam, dan kapal layar dengan setiap satu daripadanya dipek secara rawak dalam setiap produk 700ml CARRIE JUNIOR.

Imaginasi Kreatif Bersama CARRIE JUNIOR

CARRIE JUNIOR mempunyai rangkaian produk mandian, losyen, minyak bayi dan bedak. Semuanya mempunyai haruman unik yang pasti membuat mood anda dan anak lebih ceria. Warna botol yang ceria dan pelbagai campuran dari cheecky cherry, susu, grape strawberry, goovy grapeberry dan joyful raspeberry.

Koleksi Pelaut CARRIE JUNIOR ‘Pirates of Carrieland’ boleh didapati bersama pek 700ml bagi setiap varian CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo serta CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash yang dijual pada harga RM19.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM20.90 (Sabah & Sarawak). Ia juga boleh didapati bersama pek 700ml CARRIE JUNIOR Kids Shampoo yang dijual pada harga RM21.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM23.00 (Sabah & Sarawak).

Imaginasi Kreatif Bersama CARRIE JUNIOR

Oleh kerana ramai ibu bapa menyukai produk mandian CARRIE JUNIOR, ruby nak berikan set hamper bernilai RM 100 kepada 10 orang pemenang bertuah. Cara-caranya adalah seperti berikut :

  1. Wajib KOMEN di blog ini dengan berkongsi pengalaman anak anda menggunakan produk CARRIE JUNIOR atau kongsikan dengan ruby kenapa anda inginkan produk CARRIE JUNIOR. (Tiada had bilangan patah perkataan, real story tau).
  2. Wajib REPOST gambar CARRIE dari instagram ruby dan tag @rubydotmy beserta #carriejunior #rubydotmy (URL : https://www.instagram.com/p/BGpOFxSNWhN/?taken-by=rubydotmy)
  3. Wajib SHARE blog post ini di facebook (caranya dengan klik button facebook di bahagian kongsi artikel di hujung artikel ini)
  4. Wajib LIKE Facebook Ruby.MY & CARRIE
  5. Wajib FOLLOW Instagram @rubydotmy
  6. Peraduan bermula dari 15 Jun 2016 – 25 Jun 2016
  7. Pemenang akan dimaklumkan pada 30 Jun 2016
  8. Hadiah akan diberikan kepada pemenang pada awal bulan Ogos 2016
  9. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Good Luck!

www.facebook.com/CarrieMY

www.carriemalaysia.com

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !