OtterBox Defender Galaxy S4 RM 189 | Anda sedia maklum bahawa Samsung Galaxy S4 saiznya nipis dan kalau terrrr jatuh lepas tu bersepai sampai terkeluar bateri. Sebelum semua perkara yang tidak diinginkan berlaku, anda perlu cari Samsung Galaxy S4 casing no matter what happen. Hehehe.
OtterBox Defender Galaxy S4 RM 189
Sebelum ini saya tercari-cari sarung telefon pintar yang tahan lasak. Kalau setakat flip kiri kanan tu saya dah banyak kali cuba. Tidak tebal dan sangat mudah bertukar warna dan tak selesa bila nak menjawab panggilan bila kena lipat-lipat bagai.
Dikenali sebagai inovator penyelesaian perlindungan untuk pengeluar utama global barangan aksesori telefon, pembawa wayarles dan pengedar , kami melindungi teknologi! Bermula dengan sesuatu yang mudah seperti kotak, OtterBox telah diwujudkan pada tahun 1998 dan dibina di atas asas-asas kerja keras , kreativiti dan ketekunan. Produk kami didedikasikan untuk semua individu cuai, spontan, huru-hara, individu yg tak ambil peduli tentang gadget berharga mereka malah mudah rosak disebabkan oleh gaya hidup aktif mereka dan kami juga seperti pelanggan kami! “Semangat inovatif” pengasas dan pengerusi Curt Richardson telah meningkatkan pembangunan produk kami dari sarung kalis air ke dalam empat sarung peranti khusus untuk teknologi paling hangat hari ini. OtterBox terletak di salah satu daripada bandar-bandar yang paling besar di Amerika – Fort Collins , Colo Ranked #1 pada tahun 2006 dan #2 pada tahun 2008 pada Money Magazine’s “Best Places to Live”, Fort Collins mempunyai akses mudah ke Pergunungan Rocky untuk berbasikal, mendaki , berlari, perkhemahan, kayak , menaiki bot , ski, snowboarding dan aktiviti-aktiviti lain . Ramai di antara kita menggunakan Otterbox setiap hari , di pejabat , di luar dan di sekitar bandar dan OtterBox berkhidmat dengan sangat baik. Sepanjang tahun, kita telah mendengar maklum balas pelanggan dan menyifatkan evolusi produk kami kepada anda sangat bagus dan kami juga dicabar untuk menambah lagi idea bekas pelindung OtterBox ke peringkat seterusnya .Pada OtterBox , bukan satu orang boleh mengubah dunia dengan sarung yang bagus, tetapi ia perlu satu pasukan!
OtterBox sememangnya sangat popular di seluruh dunia. Di Malaysia, pengedar OtterBox yang sah adalah dari KWS Distribution. Jom kita cuba OtterBox Defender. Khas untuk penjagaan khusus bagi mereka yang sering melakukan aktiviti lasak, menggunakan telefon pintar untuk social media dan paling penting untuk mereka yang mempunyai anak yang suka sangat main-main telefon pintar tu. hehehe.
Saya memilih warna kelabu putih. Warna yang tidak terlalu terang dan jika kerap di pegang tidak berubah warna sangat.



OtterBox Defender untuk Samsung Galaxy S4 bernilai RM 189.00
Dapatkan di Lazada jika anda ingin membeli secara online.
Catat Ulasan
PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.