Bayi 32 Minggu Pramatang

Bayi 32 Minggu Pramatang

Ruby
0

Bayi 32 Minggu Pramatang. Assalammualaikum semua! Inilah pengalaman Ruby yang tidak akan dilupakan. Coretan ini akan menjadi diari simpanan Ruby buat selamanya. Mungkin apabila marah kepada anak, boleh baca balik bagaimana sukarnya nak mendapat rezeki anak. Mungkin juga, apabila Adam Solihin sudah besar dan pandai membaca, boleh baca pengalaman ibu. Ibu minta maaf awal-awal jika bahasa ibu tulis ni buat Adam pening atau tidak faham. Hehehehe.

Bayi 32 Minggu Pramatang

10 Januari 2014, Ruby bergegas ke hospital selepas air ketuban pecah semasa sedang sedap menikmati nasi putih bersama daging goreng masak kunyit. Sedapnya sebab ada daging lembut, kucai, halia dan bawang. Telefon suami, dan dia terus bergegas ambil Ruby dirumah. Kami ke Hospital Selayang. Berdebar-debat menunggu giliran untuk cek. Bag bayi sudah tersedia dan Ruby perlu memakai kain untuk memudahkan doktor cek jika ada bukaan. Air ketuban masih penuh membasahi tuala wanita. Tiada tompok darah atau warna lain. Hurrrmmm berisiko bayi lemas. Ruby sudah mula rasa contractions sikit-sikit dan dimasukkan ke wad. 
Melihat kipas berputar-putar, melihat ibu-ibu yang sudah bersalin dan sedang menyusukan bayi. Comelnya. Ada yang bersalin secara Caesarean. Ada yang bersalin secara Normal. Hmmm. Macam mana aku bersalin nanti? Dalam minda ruby dah set kepala yang ruby mesti kena bedah. Huhu. Sebab hari ini baru 31 minggu 5 hari. Berdebarnya. Tidur untuk menghilangkan keresahan.

11 Januari 2014 Mula Contractions

Rutin hari ini, bangun tidur, mandi, makan, makan ubat, tidur, makan, toilet, tidur dan seterusnya. Kena suntikan antibiotik dan Dexamethasone. Suntikan Dexamethasone ni kena 3 kali tau. Tiap selepas 12 jam. Hukhukhuk. Team doktor ala-ala Dr House buat lawatan sehari 3 kali. Pagi, petang dan malam. Tanya air masih keluar? Ya masih keluar doktor. 🙁
11hb Januari 2014 hari sabtu. hmmm.. InsyaAllah tak bersalin la ni kan. Boleh balik! Yay! Jangan seronok sangat ye. Hahahaha. Jam 10 pagi, contraction bermula. 1 jam sekali. Baring je la nampaknya. Kemudian jam 4 petang contraction makin kerap. Hukhukhuk. Sakitnya. Sepanjang mengandung ni memang kerap bersembang dengan baby. Berharap sangat baby bantu ibu memudahkan proses bersalin. Walau terlalu cepat hadir ke dunia. 🙁
Hari Sabtu waktu lawatan tidak lama, kesian suami kena tunggu di luar. Sepanjang Ruby berada di hospital. Suami turut ada, tidur dan makannya tidak terjaga kerana risaukan Ruby. Kesian dia. Hmm..
Jam 9 malam contractions makin kerap. Ruby bangun dari katil tanggalkan seluar dalam dan berjalan-jalan paut meja semua. Bila nampak ada titisan darah, baru ruby panggil Nurse. Cleaner hospital pun ada. Makcik tu siap cakap jalan-jalan dik mudah bersalin InsyaAllah. Lepas tu berjalan ke kaunter untuk panggil nurse, nurse datang bersama Doktor untuk cek bukaan. Dah 4 cm. Nurse tolak Ruby menggunakan kerusi roda ke dewan bersalin. Masa ni memang dah tak fikir apa dah. Nak takut ke nak apa ke. Semuanya hilang. Yang tahu nak keluarkan Adam je.
Suami Ruby yang baru pulang, terus dihubungi. Terus dia patah balik ke Hospital. Nasib baik tidak jauh perjalanan. Kami sama-sama mengerang kesakitan bersama suami dan mempraktiskan teknik pernafasan di dalam dewan bersalin. Teknik pernafasan ini langsung Ruby tidak ingat dan hanya suami yang ingat. Sebelum ini kami ke kelas Antenatal anjuran Al-Islam Specialist Hospital. Sedikit sebanyak Ruby dapat menahan sakit contractions. Bila contraction datang balik, tangan suami digenggam kuat sampai boleh patah le gamaknya. Naib baik baik tangan lelaki ni kuat kan. Hmmm. Teknik pernafasan semua kami praktiskan. Hahahah. Hihuhihuuuuu. Hihihihihuhuhuhuuuu.

12 Januari 2014 Lahirnya Adam Solihin

12 Januari 2014 dah hari ahad. Antara sedar dan tidak sedar. Nak tengok jam kat dinding pun tidak larat. Bilik yang tadinya sejuk gila, kini dah tiada rasa apa-apa. Badan berpeluh-peluh dan sakit makin bertambah. Jam 12.20 tengah malam doktor melihat ruby yang mengerang sakit tak habis-habis. Mulut mula merepek nak operate. Hahaha. Mamai ke apa tah kan. Mereka scan baby 1.7kg sebelum ni, probably kecil dan mudah bersalin normal. Berdoa berzikir agar dipermudahkan sahaja. Doktor mula cek bukaan, dah 7cm! Patut lah sakit sangat-sangat. Lepas tu seperti biasa doktor dan nurse tinggalkan Ruby dengan husband. Masa ni husband ingatkan balik teknik pernafasan masa belajar di kelas antenatal. Kalau tiada suami, sure jerit terpekik telolong sakit sakit, Allahhuakbar. Sakitnya ya Allah. Terasa ada sesuatu nak keluar, nak teran sangat. Ruby nak teran!! Tiba-tiba nurse datang, eh jangan angkat kaki lagi. Belum lagi ni, nanti awak punya laluan bawah koyak teruk nanti. Hukhukhuk. Saya dah tak tahan ni. Rasa nak teran sangat ni.
Nurse pun panggil Doktor, Doktor cek bukaan pada jam 1 pagi dah full buka. Dah 10 cm. Doktor tanya puan nak teran atau nak kami forceps? Sebab ibu nampak keletihan. Hah selama ruby mengandung tak pernah dengar apa tu forceps, so ruby cakap saya nak teran. Masa ni pula dah cara lain pula pernafasannya. Ya Allah permudahkanlah. Ruby mula disuruh tarik kaki dan pegang buku lali. Kemudian tarik nafas dan tahan nafas, dagu di dada sambil tu teran. Teran yang katup gigi tu. Yang paling penting teran jangan nak bising-bising.
Teranan yang pertama, nampak rambut je. Teran yang kedua, keluar kepala baby dan doktor support dengan twist sikit. Teran yang kali ketiga dan terakhir paling lama ruby curi nafas dan teran sehabis mungkin. Sekali ada benda panas suam-suam lalu iaitu uri. Masa tu baru ruby buka mata dan lihat baby. Ah leganya dan terus hilang sakit-sakit semua. Doktor usik punggung baby dan bermulalah tangisan baby uwek uwekkkk.. Ohh syahdu sangat hati.
Oleh kerana bayi 32 minggu pramatang, doktor cepat-cepat bawa baby ke NICU. Ruby tak sempat pun nak pegang baby atau nak lihat wajah baby. Cuma doktor bagi ruby tengok kemaluan baby sahaja untuk mengesahkan jantina dan tag nama penuh ruby untuk baby pakai di kaki. Suami ruby lepas tu terus pergi kejar doktor untuk azankan baby. Azankan baby di NICU kerana doktor risau komplikasi berlaku kepada baby jika tidak diberi bantuan oxygen secepat mungkin.

Pengalaman Bersalin Normal Yang Tidak Dapat Dilupakan

Sementara suami di NICU mengazankan baby, ruby masih di dewan bersalin. Apa lagi, doktor sedang jahit bahagian yang terkoyak tu la. Koyak secara spontan sebab anggaran berat baby semasa scan 1.7kg. Bila ruby teran keluar baby seberat 2.03kg. Ada la koyak skit. Huhu. Bius sikit-sikit dan jahit, tetapi paling terasa jahit bila bahagian isi. Adoi.. Ngilu gila pun ada. Terasa benang tu melalui lapisan kulit. Sepanjang waktu bersalin ruby menerima rawatan dari Doktor Syafikah. Doktor yang sangat lemah lembut, walau pun pesakit pertama kali nak bersalin ni mengerang kesakitan agak kuat. Doktor tu siap pujuk ruby puan jangan mengerang kesakitan macam ni, nak tengok baby lahir tak? sabar puan.. jangan serik nak mengandung lagi ya puan.. saya kena jahit ni cantik-cantik agar jahitan kemas dan banyak lagi kata-kata semangat dari Doktor Syafikah. Alhamdulillah semuanya permudahkan. Bermulalah hari untuk ruby berpantang.
Satu pengalaman bersalin yang tragis bagi ruby. Walaupun kelahiran pramatang, sakit bersalin tetap sama. Walaupun bayi kecil, sakit terima jahitan tetap ada. Nasib baik ruby aktif masa hamil dulu. Contractions dan penolakan kepala baby nak keluar cepat je. Jika kita lambat teran baby akan letih dan masa tu mula la pelbagai komplikasi mungkin berlaku.
Ruby dapat rasakan ruby bersalin pada malam jumaat. Tetapi dengan kondisi bayi pramatang, doktor berjaya melambatkan proses bersalin selama 3 hari. Bayi lahir sihat alhamdulillah. Nanti ruby share berkenaan perkembangan baby ya. xoxo!
P/S : Niat ruby ingin berkongsi pengalaman kelahiran pramatang, tidak bermaksud untuk menakutkan mana-mana pihak.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !