Samsung GALAXY Note perkenalkan Premium Suite serta Android 4.0 Ice Cream Sandwic

Samsung GALAXY Note perkenalkan Premium Suite serta Android 4.0 Ice Cream Sandwic

Ruby
0
Samsung GALAXY Note perkenalkan Premium Suite serta Android 4.0 Ice Cream Sandwic

Samsung GALAXY Note perkenalkan Premium Suite serta Android 4.0 Ice Cream Sandwic | Assalammualaikum, selamat sejahtera dan apa khabar semua? Kali ini saya ingin share tentang teknologi inovasi terkini yang bakal menggegarkan Samsung Galaxy Note oleh Samsung. Hehe. Bicara teknologi kali ini. Bagi pemilik Samsung Galaxy Note dengan sistem pengendalian Android™ 2.3 (Gingerbread) janganlah berasa gusar, kerana “phablet” Samsung Galaxy Note anda akan di kemaskini tidak lama lagi. Bersabar dan terus bersabar. Sebelum anda memiliki Android 4.0 Ice Cream Sandwic secara realiti, jom kita terokai kelebihan Premium Suite dan Android 4.0 Ice Cream Sandwic. Ada beberapa laman sesawang memanggil Ice Cream Sandwic sebagai ICS sahaja. Jangan pula anda tersilap pula dengan Internet Connection Sharing pula ya. Hehehe. :p

Samsung GALAXY Note perkenalkan Premium Suite serta Android 4.0 Ice Cream Sandwic

Apa itu Ice Cream Sandwic?
Penerangan yang lebih mudah adalah Sistem Pengendalian terkini dari Android untuk telefon, tab dan gadget Samsung yang lain. Ia direka melalui permintaan pengguna Android yang menginginkan kemudahan untuk melakukan pelbagai tugasan, notifikasi, paparan skrin utama yang mudah, pengubahsuaian widget, ditambah dengan cara perkongsian serta komunikasi yang lebih interaktif dan cepat.

Apa itu Premium Suite?
Satu Perisian yang terdapat di dalam Samsung Galaxy Note yang dikuasakan oleh Android 4.0 Ice Cream Sandwic. Perisian di dalam Premium Suite ini di naik tarafkan dari segi kelajuan, peningkatan ciri-ciri multimedia, dan didatangkan khas dengan S Pen yang akan membuatkan Samsung Galaxy Note lebih hebat dari sebelumnya. :)

Samsung GALAXY Note perkenalkan Premium Suite serta Android 4.0 Ice Cream Sandwic

Samsung Galaxy Note bakal dikemaskini dengan sistem pengendalian Ice Cream Sandwich (Android 4.0) pada akhir musim bunga 2012 iaitu diantara April 2012 hingga 19 June 2012 dan dalam masa yang sama para pengguna akan menerima perisian Premium Suite. Dengan menaik taraf perisian ini, pengguna Galaxy dapat mengoptimumkan penggunaan S Pen secara eksklusif bagi aplikasi di dalam Premium Suite itu sendiri. Peningkatan ciri-ciri multimedia serta satu set lengkap aplikasi terkini dapat menarik minat pengguna sedia ada mahupun pengguna baru. Ini membuatkan Samsung Galaxy Note anda adalah satu alat untuk pelbagai kegunaan dan peristiwa!

S Note adalah satu perkakas unik yang menggabungkan nota-nota dan lakaran-lakaran anda dengan cara digital yang memberi anda dengan satu cara baru bagi mencipta cerita-cerita anda dengan kreativiti anda sendiri. Juga termasuk inovasi lakaran bentuk, huruf formula seperti pai j kuasa dua, jadual-jadual digit dan grid , dan enjin carian pintar.

Seiring dengan penampilan dan keunikan baru, Ice Cream Sandwich menyediakan lebih banyak paparan untuk memenuhi permintaan pengguna seperti prestasi lebih cepat, Face Unlock, Snapshot, Photo Editor dan ciri-ciri lain.

Selain itu, pengguna-pengguna GALAXY Note mendapat hak eksklusif untuk mengakses permainan Angry Birds Space (http://samsung.angrybirds.com/galaxynote). Salah satunya adalah kehadiran “Lazer Bird” yang juga diperkenalkan oleh Samsung dan Rovio Entertainment, ia mencerminkan personaliti GALAXY Note Samsung. Selain itu terdapat pakej khas “Danger Zone” yang mempunyai 30 peringkat yang mencabar. Untuk lebih panjang maklumat tentang Angry Bird Space anda boleh klik Sponsored Video : Aplikasi Angry Birds Space di Samsung Galaxy Note

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih maklumat berkenaan Samsung Galaxy Note anda boleh lihat paparan dibawah. :)

Samsung GALAXY Note perkenalkan Premium Suite serta Android 4.0 Ice Cream SandwicSamsung GALAXY Note perkenalkan Premium Suite serta Android 4.0 Ice Cream SandwicSamsung GALAXY Note perkenalkan Premium Suite serta Android 4.0 Ice Cream SandwicSamsung GALAXY Note perkenalkan Premium Suite serta Android 4.0 Ice Cream SandwicSamsung GALAXY Note perkenalkan Premium Suite serta Android 4.0 Ice Cream SandwicSamsung GALAXY Note perkenalkan Premium Suite serta Android 4.0 Ice Cream Sandwic

Samsung sememangnya mencipta dan melahirkan teknologi-teknologi yang diidamkan oleh ramai pengguna. Diharap para pembaca blog ini berpuas hati dengan kupasan berkenaan Saumsung Galaxy Note yang memiliki Premium Suite serta perisian Android 4.0 ICS. Terima kasih kerana sudi membaca. :)

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !