Kebangkitan Samsung oleh Lee Kun-hee

Kebangkitan Samsung oleh Lee Kun-hee

Ruby
0
Lee Kun HeeKebangkitan Samsung oleh Lee Kun-hee | Assalammualaikum semua! hari ini saya nak berkongsi dengan anda berkenaan perubahan yang berlaku di sekitar kita. Mungkin kita semua tidak perasan perubahan-perubahan kehidupan dan inisiatif yang diambil oleh rakan sekeliling mahupun ahli keluarga. Dari nakal ke baik, dari yang tidak solat kepada rajin solat, dari muflis kepada kaya kembali.

Kebangkitan Samsung oleh Lee Kun-hee


Didalam kehidupan kita, kita diberi pilihan untuk berubah atau kekal dengan keadaan sekarang dan hanya selesa di garisan kehidupan. Walaupun anda tahu perbelanjaan makin tinggi, anak makin ramai, makanan makin mahal, permintaan isteri dan suami makin meningkat. Ada rakan saya yang bercerita, bahawa suami beliau minta PSP! beliau membelikan PSP untuk suami beliau. Jika dibandingkan dengan mak ayah kita, mereka tidak minta apa-apa dari pasangan tetapi bersama-sama menjadikan satu hobi diminati antara satu sama lain dan ia menjadikan kerjasama. Diantaranya berkebun lah kan.

Okay saya nak kongsikan berkenaan kebangkitan Samsung. Informasi ini dipetik dari sejarah Samsung yang saya google. Macam mana Samsung boleh kembali meningkat? Apa yang dilakukan oleh “Chariman” untuk mengangkat balik Samsung! Saya bukan duta Samsung yang ingin mengipas-ngipas Samsung, tetapi dengan kenaikan mendadak teknologi dari Samsung yang dulunya hanya terkenal dengan telefon lipat. Kini Samsung mengeluarkan gadget yang sangat interaktif! Diminati setiap lapisan masyarakat!

Lee Kun Hee, Chairman Samsung Electronics

Samsung adalah jenama dari Korea dan oleh rakyat Korea iaitu Lee Kun Hee. Jika anda perasan dengan prestasi mendadak Samsung telah menjadi virus sejak tahun 2010 dan tahun 2011/2012 mencatatkan Samsung melintasi Apple, Sony, Panasonic dan jenama teknologi yang lain. Samsung sudah 30 tahun terkenal di pasaran dengan hanya nama sahaja. Tetapi tiada siapa memiliki produk Samsung sebelum tahun 2010.

Tahukah anda apa yang dilakukan oleh Chairman Samsung Electronics itu? Beliau telah mambawa 6 orang Vice President syarikat beliau ke USA. Rangka lawatan beliau adalah untuk membuat survey penggunaan produk samsung! Tetapi hampa dengan statistik yang diperolehi oleh keenam-enam Vice President kerana tiada siapa yang menggunakan produk Samsung. Beliau sangat sedih dan memanggil keenam-enam Vice President ke hotel beliau menginap. Setibanya mereka di hadapan bilik hotel, Chairman Lee Kun-hee tidak membuka pintu malah senyap di dalam. Keenam-enam Vice President risau dan menharapkan tiada perkara yang bakal berlaku kepada Chairman Lee Kun-hee.

Pada jam 6pm waktu USA, Chairman Lee Kun-hee membuka pintu dan menyuruh keenam-enam Vice President masuk. Beliau memberi ang pau kepada mereka. Kesemua Vice President pelik dan sudah berfikir mereka akan dipecat dan Samsung bakal ditutup. Mereka merayu-rayu supaya tidak diberhentikan dan tidak menutup samsung. Hakikatnya Chairman Lee Kun-hee memberi wang kepada mereka untuk menyuruh mereka membeli kesemua produk elektronik dan gadget jenama lain di pasaran sekarang. Kenapa masyarakat suka dan apa kelainan produk-produk tersebut dibandingkan dengan Samsung.

Selepas membeli kesemua produk jenama lain, mereka pulang ke Korea untuk membuat perubahan. Chairman Lee Kun-hee menginginkan perubahan cara syarikat Samsung beroperasi tetapi sukar dilakukan jika pekerja tidak menepati masa dan sambil lewa. Beliau mengambil inisiatif dengan menukar waktu masuk kerja 7 pagi waktu Korea. Bayangkan 7 pagi di Korea anda buat apa? Pekerja-pekerja semua tidak mengikut arahan, dan akhirnya Chairman Lee Kun-hee bangun awal pagi untuk menyambut pekerja yang datang awal dengan tanda hormat beliau menunduk 30 darjah! Hari pertama tiada seorang pekerja datang awal. Keesokan harinya beliau buat lagi perkara yang sama dengan menunduk 30 darjah dan pekerja yang paling awal datang pun jam 8.30 pagi! beliau dikejarkan hospital kerana beliau sudah tua dan menunduk 30 darjah terlalu lama. Beliau sudah cukup gembira dapat melihat pekerja datang awal, dan dapat melihat eksperesi muka pekerja-pekerja beliau. Dari hari ke hari beliau meneruskan perkara yang sama sehingga pekerja-pekerja datang kerja seawal jam 7 pagi. Chairman Lee Kun-hee sangat berpuas hati kerana mengenali pekerja-pekerja beliau dan kerana keeratan itu beliau dan Samsung berada lebih bagus sekarang!

Kini Samsung berada di tangga no 17 dan memiliki pendapatan 3 kali ganda dari Petronas.

Tidak salah jika kita merendahkan air muka untuk merayu pekerja datang awal bagi mengeluarkan produktiviti yang bagus. Jika kita ingin perubahan, kita kena berubah! Itulah yang dilakukan oleh Chairman Samsung Electronics iaitu Lee Kun-hee.

Bacalah majalah Forbes untuk lebih info. Bukan lihat kekayaan tetapi bagaimana mereka mencapai kejayaan.

Jika Chairman Lee Kun-hee datang ke Malaysia, saya ingin bergambar dengan beliau. Kini beliau sudah berumur 70 tahun dan masih sihat. :)

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !