Satay Nur Di Ampang Ternyata Sedap. Assalammualaikum semua, aku nak perkenalkan kat korang satay yang paling best di rantau ini ..Aku memang suka sangat ngan satay daging dan satay ayam.. Tapi, susah nak dapat satay daging yang lembut dan sedap.. Satay Haji Sahmuri or Satay Kajang pun tak sesedap macam ni.. Aku berani suggest kat korang.. Sebab aku dah makan bercucuk-cucuk.. Aku bertanya kepada tokey satay nih kenapa satay daging sentiasa lembut?? Rupa-rupanya beliau menggunakan daging jenis "batang pinang".. Fuh.. best banget.. Walaupun mahal skit satay daging tu, but aku tak menyesal.. Jom pekena Nur Satay!
Lokasi : Studio 5, Ampang.. Berdekatan International School.. Depan 7-Eleven® jer..
Waktu Berniaga : Dari petang sampai malam... Sampai habis satay.. Hehe.. Buat pengetahuan korang, tokey ni jarang cuti.. Setiap sabtu dan ahad memang ada.. Confirmed! Tapi, antara isnin sehingga jumaat, mungkin dia ada cuti sehari.. Tapi selalunya masa aku pergi, memang dia ada.. Hehe. Hari ni hari rabu ada jer.. hehe.. InsyaAllah ada Nur Satay tuh..
Harga :
Satay Daging - RM 0.70 (sekarang RM 1.20)
Satay Ayam - RM 0.60 (sekarang RM 0.90)
Satay lain ada, tapi aku tak sempat nak take note.. Hehehe..
Kalau korang nak buat tempahan pon boleh.. Takde masalah.. Best punyer..
إرسال تعليق
PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.