guardian Malaysia Lancar Kempen Raya “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”

KUALA LUMPUR, 3 Mac 2026 – Menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri, guardian Malaysia mengajak rakyat Malaysia melangkaui tradisi pemberian biasa dengan menghayati makna kasih sayang yang lebih mendalam melalui pemberian hadiah kesejahteraan kepada insan tersayang.

Walaupun tradisi duit Raya dan juadah perayaan kekal menjadi amalan utama setiap kali Aidilfitri, guardian menyeru keluarga di Malaysia untuk mempertimbangkan hadiah yang mampu melindungi, memelihara dan memperkasakan kesejahteraan orang tersayang sebagai lambang keprihatinan yang berkekalan walaupun selepas berakhirnya kemeriahan lebaran. 

guardian Malaysia Lancar Kempen Raya “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”


Evolusi Baharu Dalam Tradisi Pemberian Raya


Menurut Pengarah Urusan Malaysia & Brunei guardian Health and Beauty, Priscilla Wu, Hari Raya sebenarnya adalah tentang keikhlasan, kesyukuran dan kasih sayang yang tulus. 

guardian Malaysia Lancar Kempen Raya “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”


“Musim perayaan ini, kami ingin menyuntik makna baharu ke dalam tradisi memberi. Selain daripada duit Raya dan juadah tradisi, kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghadiahkan sesuatu yang menyokong kesejahteraan diri kerana manifestasi kasih sayang sebenar adalah memastikan keluarga sentiasa dilindungi dan dijaga dengan rapi,” jelas beliau. 

Tambahnya lagi, selama lebih 58 tahun guardian kekal sebagai penasihat kesejahteraan yang dipercayai rakyat Malaysia, dan setiap hadiah kesihatan serta kecantikan yang dipilih bukan sekadar produk, tetapi lambang keprihatinan yang berpanjangan. 

Filem Raya Yang Menyentuh Hati


Mesej kempen ini turut diterjemahkan melalui filem Raya terbaharu guardian bertajuk “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran.” 


Filem tersebut memaparkan kisah hubungan antara seorang cucu, Rina, dan neneknya. Kisah ini menggambarkan bagaimana pemberian sederhana yang menitikberatkan kesejahteraan sepanjang tahun mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menjaga kesihatan insan tersayang.

Filem Raya ini turut membawa mesej menyentuh hati bahawa hadiah paling bernilai ketika Aidilfitri sebenarnya adalah kesihatan yang baik, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi serta doa yang tulus daripada keluarga.

Filem tersebut kini boleh ditonton di YouTube serta semua platform media sosial guardian. 

Menghulur Kasih Kepada Komuniti


Sebagai sebahagian daripada semangat Ramadan yang penuh keberkatan, guardian turut meraikan 80 kanak-kanak perempuan daripada pelbagai rumah kebajikan sempena majlis pelancaran kempen yang berlangsung di Sunway Pyramid.

Acara Raya guardian yang berlangsung dari 2 hingga 8 Mac 2026 di Orange Atrium pusat membeli-belah tersebut menampilkan pelbagai tawaran menarik serta zon pengalaman daripada jenama-jenama terkenal. 

guardian Malaysia Lancar Kempen Raya “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”

guardian Malaysia Lancar Kempen Raya “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”

guardian Malaysia Lancar Kempen Raya “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”



Kanak-kanak yang hadir juga berpeluang menyertai sesi pendidikan kesejahteraan yang dikendalikan oleh ahli farmasi guardian bersama rakan jenama terpilih. Mereka kemudiannya dibawa membeli-belah produk kesihatan dan kecantikan pilihan sendiri sebelum diraikan dalam majlis berbuka puasa istimewa.

Sepanjang bulan Ramadan ini juga, guardian akan meneruskan program sumbangan kesejahteraan kepada komuniti melalui pelbagai inisiatif kebajikan. Dengan peruntukan melebihi RM55,000, program ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 2,000 penerima daripada pelbagai rumah kebajikan di seluruh negara.

Ganjaran Raya Untuk Ahli MYguardian Rewards


Bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri, ahli MYguardian Rewards berpeluang menyertai Peraduan Ganjaran Emas yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM80,000.

Peraduan yang berlangsung dari 25 Februari hingga 31 Mac 2026 ini memberi peluang kepada ahli yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit untuk memenangi hadiah seperti:

  • Hadiah Utama: Set rantai dan loket rama-rama emas 999 daripada Habib Jewels 
  • Empat Hadiah Kedua: Rantai tangan emas 999 daripada Habib Jewels 
  • Ganjaran Mingguan: 200 pemenang setiap minggu menerima baucar Habib Jewels bernilai RM50 

Menariknya, tahun ini guardian sekali lagi bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan Fiziwoo untuk menghasilkan sampul Raya eksklusif. Rekaan sampul tersebut menampilkan motif batik kontemporari sebagai penghargaan terhadap warisan seni Malaysia.

Ahli guardian yang berbelanja RM68 ke atas akan menerima satu pek sampul Raya eksklusif Fiziwoo yang turut mengandungi baucar guardian bernilai RM5. 

guardian Malaysia Lancar Kempen Raya “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”

guardian Malaysia Lancar Kempen Raya “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”

guardian Malaysia Lancar Kempen Raya “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”

guardian Malaysia Lancar Kempen Raya “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”

guardian Malaysia Lancar Kempen Raya “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”

Diskaun Raya Sehingga 50%


Bagi membantu rakyat Malaysia membuat persiapan Aidilfitri, guardian turut menawarkan diskaun sehingga 50% untuk lebih 7,500 produk di semua stor guardian di seluruh negara serta platform dalam talian mereka.

Promosi ini memberi peluang kepada keluarga untuk memilih hadiah kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan harian buat insan tersayang dengan lebih mudah.

“Tiada hadiah yang lebih bermakna selain mengetahui insan yang kita sayangi sentiasa terjaga dan dilindungi,” tambah Priscilla. 

“Lebaran ini, marilah kita menghadiahkan sesuatu yang memperkasakan mereka untuk menempuh hari-hari mendatang sebuah pemberian kesejahteraan yang mencerminkan kasih sayang, keikhlasan dan doa yang tulus.” 


Terbaru Lebih lama