Nasi Dagang Atas Tol Dibawa Ke Kuala Lumpur Sempena Terengganu Showcase 2026 Di AEON AU2 Setiawangsa

Kadang-kadang, rasa rindu pada Pantai Timur boleh terubat hanya dengan sepinggan Nasi Dagang. Itulah yang Ruby rasakan bila pertama kali mencuba Nasi Dagang Atas Tol (NDAT) yang direkemen oleh adik Ruby dan adik ipar Ruby. Selalunya mereka beli NDAT di Medan MARA. 

Kali ini mereka beli di Terengganu Showcase 2026 yang berlangsung di AEON Mall AU2 Setiawangsa dari 29 Januari hingga 2 Februari 2026, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, serentak dengan waktu operasi AEON. Acara ini dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, menghimpunkan 25 usahawan tempatan yang membawa pelbagai produk asli negeri Terengganu terus ke ibu kota. 


Nasi Dagang Atas Tol Dibawa Ke Kuala Lumpur Sempena Terengganu Showcase 2026 Di AEON AU2 Setiawangsa


Nasi Dagang Atas Tol – Rasa Asli Terengganu Yang Dibawa Merantau


Bagi yang biasa ke Kuala Terengganu, nama Nasi Dagang Atas Tol bukan asing lagi. Jenama ini berasal dari kawasan Kampung Atas Tol dan kini mempunyai beberapa cawangan sekitar Kuala Terengganu termasuk Padang Negara, Bandar dan Hiliran. Mereka terkenal dengan Nasi Dagang Terengganu. Nasi santan yang lembut dan beraroma, digandingkan bersama gulai ikan tongkol yang pekat berempah. 

Menariknya, sempena Terengganu Showcase ini, NDAT membawa menu signature mereka khas untuk pengunjung Kuala Lumpur. 

Antara menu yang Ruby cuba: 
🍛 Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol – RM11 
🍗 Nasi Dagang Ayam Goreng Berempah – RM14 
🫖 Teh Peng Ombak Rindu – RM6 
🍵 Teh Hijau Ais – RM6 
☕ Kopi Ais – RM6 

Secara peribadi, Ruby rasa gulai ikan tongkol mereka memang “kena” dengan Nasi Dagang. Lemak kaya santan seimbang, tidak terlalu pedas, dan sesuai untuk semua peringkat umur. Teh Peng Ombak Rindu pula jadi pelengkap yang menyegarkan, terutama bila dinikmati bersama Nasi Dagang. 

Nasi Dagang Atas Tol Dibawa Ke Kuala Lumpur Sempena Terengganu Showcase 2026 Di AEON AU2 Setiawangsa

Nasi Dagang Atas Tol Dibawa Ke Kuala Lumpur Sempena Terengganu Showcase 2026 Di AEON AU2 Setiawangsa

Nasi Dagang Atas Tol Dibawa Ke Kuala Lumpur Sempena Terengganu Showcase 2026 Di AEON AU2 Setiawangsa

Nasi Dagang Atas Tol Dibawa Ke Kuala Lumpur Sempena Terengganu Showcase 2026 Di AEON AU2 Setiawangsa

Nasi Dagang Atas Tol Dibawa Ke Kuala Lumpur Sempena Terengganu Showcase 2026 Di AEON AU2 Setiawangsa

Nasi Dagang Atas Tol Dibawa Ke Kuala Lumpur Sempena Terengganu Showcase 2026 Di AEON AU2 Setiawangsa

Terengganu Showcase 2026: Platform Usahawan Pantai Timur


Selain Nasi Dagang Atas Tol, pelbagai produk lain turut dibawa khas oleh usahawan Terengganu termasuk keropok lekor, keropok keping, batik, songket dan makanan tradisional.

Antara usahawan yang terlibat ialah:

  1. Nasi Dagang Atas Tol (NDAT) 
  2. Azri 83 Solution 
  3. MRLM Legacy 
  4. Kambing Perap Muzdalifah 
  5. Kak Mah Shop 
  6. Keropok Gemok Pasar Payang 
  7. Keropok Lekor Ayesya Sukaramai 
  8. Mahawie Satar 
  9. SYR Enterprise 
  10. Kamis Batik 
  11. Dah Harun Songket 
  12. Perniagaan Citrawarna 
  13. Manis Warisan Pantai Timur 
  14. Armada Sufi Resources 
  15. Semarak Energy Resources 

Turut diadakan aktiviti sampingan seperti aktiviti mewarna untuk kanak-kanak serta demonstrasi pembuatan songket, menjadikan acara ini bukan sekadar jualan, tetapi pengalaman budaya untuk seisi keluarga.

Lebih Dari Sekadar Makanan


Bagi Ruby, Terengganu Showcase ini bukan hanya tentang membeli makanan. Ia tentang memberi ruang kepada usahawan kecil untuk berkembang, memperkenalkan warisan Pantai Timur kepada masyarakat bandar, dan membuka peluang kepada keluarga untuk menikmati rasa negeri orang tanpa perlu bermusafir jauh.

Nasi Dagang Atas Tol menjadi salah satu contoh bagaimana makanan tradisi mampu kekal relevan, bila dibawa dengan penuh rasa tanggungjawab dan identiti. Kalau Ruby diberi peluang lagi, memang ingin ulang pengalaman begini. Berjalan santai di mall sambil menikmati nasi dagang Terengganu yang autentik.

Nasi Dagang Atas Tol Dibawa Ke Kuala Lumpur Sempena Terengganu Showcase 2026 Di AEON AU2 Setiawangsa

Semoga lebih banyak program seperti ini dianjurkan pada masa akan datang, agar lebih ramai usahawan tempatan dapat diketengahkan, dan lebih banyak cerita baik dapat dikongsi bersama. 
Terbaru Lebih lama