Dato’ Rosyam Nor & Erra Fazira Dilantik Duta Baharu ACGAS 2026, Perkukuh Keselamatan Penggunaan Gas Domestik

KUALA LUMPUR, 5 Februari 2026 – ACGAS melangkah ke fasa baharu apabila melantik dua ikon industri hiburan tanah air, Dato’ Rosyam Nor dan Erra Fazira sebagai Duta Jenama ACGAS 2026, sekali gus memperkukuh usaha syarikat dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan penggunaan gas domestik. 

Dato’ Rosyam Nor & Erra Fazira Dilantik Duta Baharu ACGAS 2026, Perkukuh Keselamatan Penggunaan Gas Domestik

Dato’ Rosyam Nor & Erra Fazira Dilantik Duta Baharu ACGAS 2026, Perkukuh Keselamatan Penggunaan Gas Domestik

Ketua Pegawai Eksekutif ACGAS, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman berkata, pelantikan kedua-dua selebriti ini selari dengan aspirasi syarikat untuk membina kepercayaan pengguna terhadap penggunaan silinder LPG komposit yang lebih moden dan selamat.

Menurut beliau, “Produk gas bukan sekadar keperluan harian, malah berkait rapat dengan keselamatan keluarga. Sehubungan itu, ACGAS memperkenalkan silinder komposit yang lebih ringan sehingga 60 peratus berbanding tong gas besi tradisional, sekali gus memudahkan pengendalian di dapur, khususnya buat wanita dan isi rumah.

Silinder komposit ACGAS dihasilkan menggunakan teknologi khas oleh P.C Advanced Composite (M) Sdn Bhd, dengan struktur dalaman “liner” daripada HDPE kitar semula yang bertindak sebagai penghalang gas. Liner ini dibangunkan melalui penyelidikan tersendiri bagi memastikan kebocoran gas berada pada tahap minimum, selain mampu menahan suhu ekstrem antara -40°C hingga +70°C


Dato’ Rosyam Nor & Erra Fazira Dilantik Duta Baharu ACGAS 2026, Perkukuh Keselamatan Penggunaan Gas Domestik

Dato’ Rosyam Nor & Erra Fazira Dilantik Duta Baharu ACGAS 2026, Perkukuh Keselamatan Penggunaan Gas Domestik

Dato’ Rosyam Nor berkata, “Aspek keselamatan adalah perkara utama yang saya lihat, khususnya dari segi bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan silinder komposit ACGAS. Penggunaan teknologi gentian berprestasi tinggi serta struktur dalaman yang kukuh menjadikan silinder ini lebih tahan lasak, sekali gus memberi ketenangan kepada pengguna dalam rutin harian di dapur.” 

Dato’ Rosyam Nor & Erra Fazira Dilantik Duta Baharu ACGAS 2026, Perkukuh Keselamatan Penggunaan Gas Domestik

Sementara itu, Erra Fazira berkata, “Saya berharap dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat, terutamanya golongan ibu dan wanita, untuk memilih silinder ACGAS yang lebih ringan, mudah dikendalikan dan diselenggara, selain menawarkan tahap keselamatan yang lebih baik untuk kegunaan seisi keluarga.” 

Bagi memastikan kekuatan maksimum, silinder ini menggunakan gentian Aramide ultra kuat (dikenali sebagai Kevlar atau Twaron), yang mempunyai ketahanan lebih tinggi berbanding gentian kaca dan hampir menyamai gentian karbon. Teknologi lilitan gentian secara geodetik membolehkan silinder menahan hentakan kuat, termasuk ujian jatuhan melebihi tiga meter tanpa kerosakan struktur.

Bahagian luar silinder pula dilindungi lapisan elastomer khas bagi menahan sinaran UV, bahan kimia serta haus penggunaan harian, sekali gus menjadikan silinder ini tidak memerlukan penyelenggaraan sepanjang hayat penggunaannya. Pemegang dan tapak silinder direka boleh diganti sekiranya rosak, selain memastikan susunan silinder lebih stabil.

Sejak diperkenalkan, ACGAS mencatat pelbagai pencapaian termasuk menjadi perintis pengedaran silinder LPG komposit bersubsidi serta memperluaskan rangkaian pengedaran ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Melangkah ke hadapan, syarikat ini mengumumkan kerjasama pelaburan hampir RM100 juta bagi membangunkan fasiliti pembuatan silinder komposit tempatan, yang bakal meletakkan Malaysia sebagai hab eksport bagi pasaran Asia. Dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang, ACGAS menyasarkan untuk menguasai sekurang-kurangnya 10 peratus pasaran LPG Malaysia melalui peralihan berperingkat daripada silinder besi tradisional kepada silinder komposit. 

Dato’ Rosyam Nor & Erra Fazira Dilantik Duta Baharu ACGAS 2026, Perkukuh Keselamatan Penggunaan Gas Domestik
Dari Kiri, Erra Fazira, Duta ACGas; Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman, CEO Astana City Group Sdn Bhd; Che Mohd Faizul Che Abdullah, CMO Astana City Group Sdn Bhd; Dato’ Rosyam Nor, Duta ACGas semasa di Majlis Penjenamaan ACGas 2026. 

Dengan visi jangka panjang untuk menjadikan silinder komposit sebagai standard keselamatan baharu di Malaysia, ACGAS dilihat berpotensi membawa perubahan positif dalam rutin harian keluarga, khususnya dari sudut keselamatan dapur dan kemudahan penggunaan. 

Dalam masa yang sama, ACGAS turut memperkukuh ekosistem digitalnya menerusi pembangunan aplikasi mudah alih yang kini berada dalam fasa penambahbaikan berperingkat. Inisiatif ini bertujuan memudahkan pengguna membuat pesanan gas serta mengurus bekalan dengan lebih sistematik, selari dengan keperluan gaya hidup moden.

Setiap silinder ACGAS turut dilengkapi cip RFID yang membolehkan maklumat seperti tarikh pembuatan, pengisian dan penghantaran direkod serta dijejaki sehingga tempoh penggunaan selama 10 tahun. Integrasi teknologi Internet of Things (IoT) ini membolehkan pemantauan dilakukan secara masa nyata, sekali gus meningkatkan ketelusan rantaian bekalan serta memberi keyakinan kepada pengguna terhadap keselamatan dan kualiti produk.

Menurut pihak ACGAS, penggunaan IoT ini diperkenalkan seiring dengan permintaan pengguna yang semakin menitikberatkan aspek keselamatan, kebolehkesanan produk dan kemudahan digital dalam pengurusan keperluan harian.

ACGAS amat menggalakkan pengguna mendaftar awal aplikasi mudah alih mereka bagi mendapatkan kemas kini terkini serta akses kepada ciri-ciri baharu yang akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. Muat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Terbaru Lebih lama