Astro Angkat Tema “Bersama Lagi Jadi”, Hidangkan Lebih 60 Kandungan Ramadan 2026 Untuk Seisi Keluarga

KUALA LUMPUR, 3 Februari 2026 – Astro kembali menyemarakkan Ramadan 1447H dengan memperkenalkan kempen bertema “Bersama Lagi Jadi”, menampilkan lebih 60 kandungan baharu merangkumi program kerohanian, drama, hiburan keluarga, realiti serta aktiviti komuniti di platform televisyen, digital dan radio.

Sebagai peneraju industri hiburan Malaysia, Astro menzahirkan komitmen berterusan dalam menyediakan kandungan yang bukan sahaja menghiburkan, malah menyentuh aspek rohani dan kebersamaan keluarga sepanjang bulan mulia ini. Kempen Ramadan dan Raya Astro 2026 turut diserikan dengan barisan duta selebriti termasuk Zizan Razak, ALPHA, Sharifah Shahira dan Auddra, yang bersama-sama menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.

Astro Angkat Tema “Bersama Lagi Jadi”, Hidangkan Lebih 60 Kandungan Ramadan 2026 Untuk Seisi Keluarga

Jelajah ‘Assalamualaikum’ Buka Tirai Ramadan Astro


Seperti tahun-tahun sebelumnya, Astro meneruskan program jelajah komuniti ‘Assalamualaikum’ sebagai pembuka tirai kempen Ramadan. Tahun ini, program tersebut akan berlangsung di Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 7 Februari 2026, dengan pelbagai aktiviti interaktif bersama masyarakat setempat.

Naib Presiden Melayu, Antarabangsa, Kanak-kanak & On Demand Astro, Azlin Reza Azmi berkata tema “Bersama Lagi Jadi” melambangkan keindahan Ramadan dan Syawal yang lebih bermakna apabila diraikan bersama insan tersayang.

“Astro menyediakan pengalaman tontonan untuk semua peringkat usia — daripada kandungan kerohanian, drama, hinggalah variasi keluarga. Semoga Ramadan ini membawa keberkatan dan mempereratkan hubungan sesama kita,” katanya.

Sorotan Kandungan Ramadan 2026

Pengisian Kerohanian Astro Oasis

Antara program utama di Astro Oasis (Saluran 106) termasuk:

  • ‘Home Of Ramadan’: Hidupkan Bulan Ramadan anda dengan Astro Oasis. Program secara langsung menemani penonton selama 3 jam setiap Isnin hingga ke Jumaat, sarat dengan segmen interaktif, santai, dari mengaji & pembetulan tajwid, bertadabbur Al Quran, masak-masak, soal jawab interaktif dan banyak lagi.
  • ‘Halaqah Nunha’: Nantikan satu perjalanan yang menginspirasikan Ramadan ini bersama pasangan duo dinamik, Ustaz Haris Ismail dan Neelofa, dalam membawakan perbincangan bermakna dan meningkatkan iman dan rohani penonton.
  • ‘MeleTOP Moreh x Tazkirah Malam Jumaat’: Buat kali pertama, MeleTOP berganding bersama Tazkirah Malam Jumaat untuk mendekati penonton dan masyarakat di lokasi Assalamualaikum Astro tahun ini, iaitu Kuala Terengganu! MeleTOP x Tazkirah Malam Jumaat akan menampilkan barisan penceramah popular, selebriti jemputan dan persembahan nasyid oleh Kumpulan nasyid terkenal.
  • ‘Surau Hunting’: Surau Hunting membawa penonton melihat surau-surau yang unik, tersembunyi di pinggiran kota hingga ke tengah bandar bandar moden yang ‘Instagrammable’. Setiap hentian bukan sekadar solat, tersembunyi kisah-kisah komuniti, momen refleksi dan IFTAR!
  • ‘Mualim Muda: Ke Mekah, Kita!’: Sebuah program travelogue realiti bersama Juara, Naib Juara, tempat ke-3 & 4, musim pertama Mualim Muda menjalani ibadah umrah di bulan Ramadan Al Mubarak!

Drama Pilihan Ramadan

Astro turut mempertaruhkan barisan drama baharu termasuk:
  • ‘Andai Itu Takdirnya 2’: 10PM Isnin – Khamis, Slot Megadrama, Astro Ria (Saluran 104), Kembali untuk musim ke 2, Ini merupakan bab baharu daripada karya Siti Rosmizah yang menampilkan jalan cerita original dan belum pernah dipaparkan sebelum ini. Andai Itu Takdirnya musim kedua mengisahkan seorang suami yang terperangkap antara kesetiaan terhadap keluarganya dan cinta kepada isterinya.
  • ‘Sujud Terakhir Encik Norman’: 9PM Rabu – Khamis, Slot Dramavanganza, Asto Ria (Saluran 104), Karya hebat Sharulezad kembali ramadan ini. Setelah menjadi fenomena bersama drama Khunsa & Seribu Tahun, kini Drama Sujud Terakhir Encik Norman bakal memberikan gejolak rasa pertembungan antara akidah , pengkhianatan dah keruntuhan Iman. Lakonan hebat Sharifah Sakinah, Aidil Aziz dan Trisha Ooi.
  • ‘Keluarga Iskandar 3’: 9PM - Jumaat, Sabtu & Ahad, Astro Ria (Saluran 104), Selepas 11 tahun, Keluarga Iskandar kembali dengan gabungan pelakon asal dan baharu, mencetuskan keterujaan serta nostalgia penonton. Lakonan Kismah Johar, Azhar Sulaiman, Susan Lancaster, Zain Ruffedge, Nabil Aqil dan Anita Baharom.
  • ‘Mencari Isteri Sempurna’: 6PM, Setiap Isnin - Jumaat, Astro Prima (Saluran 105), Apabila kesempurnaan menjadi obsesi, realiti yang pahit menanti. Sebuah drama penuh konflik dan emosi daripada penulis hebat iFAME dan Oka Aurora. Lakonan Redza Rosli, Zara Zya, Sherry Ibrahim, Yusof Ibrahim dan Cahaya Nilam.
  • ‘Misi Solat 5 Waktu’: 2PM, Jumaat, Astro Ceria (Saluran 611), Sebuah drama komedi seisi keluarga adaptasi daripada komik Islamik terlaris, Misi Solat 5 Waktu. Kisah Imran, seorang budak yang sepanjang hidupnya hanya pernah menunaikan solat sebanyak tiga kali.

Program Hiburan & Realiti

Ramadan 2026 dimeriahkan dengan:
  • ‘MeleTOP Moreh’, (Saluran 104), Ramadan Istimewa bersama Nabil Ahmad, Hawa Rizwana & Namie memeriahkan malam Selasa anda bersama selebriti tanah air dalam suasana santai dan penuh kebersamaan menerusi MeleTOP Moreh.
  • ‘Dapur Bapak Bapak’, (Saluran 105), 3 figura hebat. Satu dapur. Satu misi. Ikon kulinari Chef Wan, maestro muzik Tok Ram, dan pelakon lagenda Tok Jalal kini turun gelanggang — bukan di pentas, tapi di dapur!
  • ‘Misi Lawak Superstar’, (Saluran 105), Misi Lawak Superstar ialah rancangan realiti komedi yang menampilkan juara Muzikal Lawak Superstar 5, Nanas, bergandingan dengan barisan pelawak dan selebriti, keluar dari zon selesa pentas dan mencabar mereka di dunia nyata.
  • ‘Kisah Hidupku’, (Saluran 105), Sebuah siri realiti yang menyelami kehidupan seharian wira-wira yang tak didendang di Malaysia, dari penjaga rumah warga emas ke pembuat kraftangan tradisional dan pemuzik, sambil menyingkap cabaran, ketabahan, dan sumbangan besar mereka yang sering tidak disedari.
Manakala penonton cilik boleh menikmati Upin & Ipin Musim 19 setiap hari di Astro Prima.


Kandungan Digital, Radio & Astro First


Platform Astro Gempak menampilkan rancangan unik seperti Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani dan Sayang Ajar Masak Musim 3.

Di radio pula, pelbagai inisiatif komuniti diperkenalkan termasuk Rasa Kasih Zayan, Projek Balang Air Gegar dan aktiviti edaran juadah berbuka di seluruh negara.

Astro First membawa pengalaman “pawagam di rumah” menerusi tiga filem baharu:
  • ‘Akad Yang Hilang’: Filem lakonan Mira Filzah, Syarul Ezani, Idan Aedan ini menyentuh persoalan status anak tidak sah hasil perkahwinan fasid dan implikasi emosi daripada tekanan dari media sosial.
  • ‘Abah Saya, Uncle Mike’: Diinspirasikan daripada kisah benar penerima Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 2024, filem ini mengisahkan Uncle Mike, seorang lelaki Cina yang memainkan peranan penting dalam membesarkan dan menyayangi tiga anak angkat berbangsa Melayu dan menghormati kepercayaan dan amalan mereka.
  • ‘Amira Amir’: Filem gandingan pertama kali Zahiril Adzim dan Sophia Albarakbah menyaksikan tentang Ziyad yang berkahwin atas dasar cinta pandang pertama tanpa menyelidik latar belakang pasangannya, Amira. 

Inisiatif Kebajikan Astro Kasih

Sempena Ramadan, Astro Kasih menyalurkan sumbangan kepada pelajar Kem Solat dan komuniti asnaf melalui program Grobok Rezeki di Masjid Seberang Takir. Astro turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang menerusi Program Kasih Ramadan.
Terbaru Lebih lama