Ahmad’s Lancar Golden Chicken & Kempen “Ramadan At Ahmad’s” Bertemakan “Untuk Dikongsi Bersama”

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2026 – Ahmad’s Fried Chicken secara rasmi melancarkan menu terbaharu mereka, Golden Chicken, bersempena sambutan Ramadan menerusi kempen khas “Ramadan at Ahmad’s” yang membawa tema “Untuk Dikongsi Bersama.”

Pelancaran ini mencerminkan komitmen jenama makanan segera tempatan itu dalam menawarkan pengalaman makan yang lebih bermakna sepanjang Ramadan, selari dengan nilai kebersamaan dan semangat berkongsi yang sinonim dengan bulan mulia ini.

Ahmad’s Lancar Golden Chicken & Kempen “Ramadan At Ahmad’s” Bertemakan “Untuk Dikongsi Bersama”

Golden Chicken: Direka Untuk Dinikmati Bersama

Golden Chicken diperkenalkan sebagai hidangan ayam seekor istimewa yang direka khusus untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan ketika berbuka puasa.

Menurut Pengasas Ahmad’s, Puan Lailatul Sarahjanna, pelancaran menu ini bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi membawa mesej yang lebih besar.

“Ramadan adalah waktu untuk kita memperlahankan langkah dan kembali kepada nilai kebersamaan. Golden Chicken dihasilkan sebagai simbol hidangan yang boleh dikongsi – bukan sahaja dari segi saiz, tetapi dari segi makna. Kami mahu pelanggan datang bukan sekadar untuk makan, tetapi untuk mencipta momen bersama insan tersayang,” katanya ketika majlis pelancaran. 

Golden Chicken hadir dalam dua pilihan perisa Spicy dan Ori dengan tekstur rangup keemasan serta isi yang lembut dan berjus. 

Ahmad’s Lancar Golden Chicken & Kempen “Ramadan At Ahmad’s” Bertemakan “Untuk Dikongsi Bersama”

Harga yang ditawarkan: 
  • Ayam Seekor – RM29.90 
  • Combo Ayam Seekor – RM49.90 (1 x Ayam, 4 x Nasi Butter, 4 x Ice Lemon Cola) 


Pengalaman Lengkap Sepanjang Ramadan

Kempen Ramadan at Ahmad’s menawarkan pengalaman makan yang merangkumi waktu iftar, moreh dan sahur di outlet terpilih seluruh negara.

Iftar at Ahmad’s (7.30 malam – 9.00 malam)

Golden Chicken menjadi hidangan utama yang sesuai untuk berbuka puasa secara berkumpulan. 

Ahmad’s Lancar Golden Chicken & Kempen “Ramadan At Ahmad’s” Bertemakan “Untuk Dikongsi Bersama”
Ahmad’s Lancar Golden Chicken & Kempen “Ramadan At Ahmad’s” Bertemakan “Untuk Dikongsi Bersama”


Moreh at Ahmad’s (9.00 malam – 12.00 tengah malam)

Bagi pelanggan yang ingin menikmati snek selepas solat tarawih, Ahmad’s menampilkan Mad Sausage sebagai pilihan ringkas dan mengenyangkan.

Ahmad’s Lancar Golden Chicken & Kempen “Ramadan At Ahmad’s” Bertemakan “Untuk Dikongsi Bersama”


Sahur at Ahmad’s (12.00 tengah malam – 5.00 pagi)

Empat menu utama khas disediakan bagi memberi tenaga dan kemudahan kepada pelanggan yang bersahur, bergantung kepada lokasi outlet.

Ahmad’s Lancar Golden Chicken & Kempen “Ramadan At Ahmad’s” Bertemakan “Untuk Dikongsi Bersama”

Kempen bermula pada 1 Ramadan 2026.

Waktu Operasi Disesuaikan Sepanjang Ramadan

Sepanjang bulan Ramadan, waktu operasi Ahmad’s disesuaikan bagi memenuhi keperluan pelanggan:

  • Dibuka bermula jam 3.00 petang 
  • Ditutup antara jam 3.00 pagi hingga 5.00 pagi (bergantung kepada lokasi outlet)

Ahmad’s Lancar Golden Chicken & Kempen “Ramadan At Ahmad’s” Bertemakan “Untuk Dikongsi Bersama”


Mengenai Ahmad’s Fried Chicken


Sebagai jenama makanan segera tempatan, Ahmad’s Fried Chicken menampilkan pendekatan yang menekankan kualiti, inovasi serta nilai kebersamaan dalam setiap hidangan. Untuk maklumat lanjut mengenai Golden Chicken dan kempen Ramadan at Ahmad’s, orang ramai boleh mengunjungi outlet Ahmad’s terdekat atau mengikuti saluran rasmi mereka di media sosial. 

Terbaru Lebih lama