WarnaRAYA x KLCC Bawa Pengalaman Runway Raya & Bazaar Meriah Di Tengah Kota, 14–15 Februari 2026

Kuala Lumpur, 29 Januari 2026 – Countdown menuju Syawal bermula penuh warna apabila WarnaRAYA x KLCC – Runway & Bazaar 2026 diperkenalkan secara rasmi menerusi sidang media baru-baru ini. Acara fesyen dan gaya hidup ini bakal berlangsung pada 14 dan 15 Februari 2026, menghimpunkan pereka tempatan, jenama gaya hidup serta komuniti kreatif dalam satu pengalaman Raya yang segar dan inklusif.

WarnaRAYA x KLCC Bawa Pengalaman Runway Raya & Bazaar Meriah Di Tengah Kota, 14–15 Februari 2026


Direka sebagai ruang pertemuan ceria untuk fesyen, kecantikan, kreativiti dan komuniti, WarnaRAYA x KLCC menampilkan gabungan pertunjukan fesyen Raya serta bazaar meriah, mengajak pengunjung membeli-belah sambil meraikan musim perayaan di tengah-tengah bandar.

Pengasas Warnabilla merangkap pencetus WarnaRAYA, Ms. Nabilah Nordin, berkongsi bahawa platform ini diwujudkan bagi meraikan bakat tempatan, keterangkuman serta ekspresi perayaan.

“WarnaRAYA diwujudkan sebagai platform yang ceria dan inklusif untuk orang ramai meneroka fesyen Raya, menyokong jenama tempatan dan meraikan kreativiti. Kami menjemput semua untuk hadir pada 14 dan 15 Februari, dan kepada jenama atau pereka yang ingin menyertai runway atau ruang jualan, kami amat mengalu-alukan kolaborasi baharu untuk membesarkan platform ini bersama.”

Sementara itu, Mr. John Burke, General Manager Kuala Lumpur Convention Centre, menyatakan kerjasama ini mencerminkan semangat Raya serta komitmen venue tersebut dalam menganjurkan acara berorientasikan komuniti.

“Pusat Konvensyen Kuala Lumpur berbangga menyokong lebih banyak acara gaya hidup dan komuniti pada tahun 2026, di samping persidangan antarabangsa dan acara korporat yang menjadi kekuatan kami. WarnaRAYA x KLCC membawa elemen budaya, kreativiti dan penglibatan awam ke ruang kami sambil meraikan bakat tempatan secara bermakna.”

Segmen runway bakal menampilkan sehingga 10 pereka yang mempersembahkan interpretasi Raya masing-masing, daripada busana modest kontemporari hinggalah gaya perayaan penuh statement. Acara ini turut menampilkan bazaar dengan sehingga 60 booth, merangkumi jenama fesyen, kecantikan dan gaya hidup.

WarnaRAYA x KLCC Bawa Pengalaman Runway Raya & Bazaar Meriah Di Tengah Kota, 14–15 Februari 2026


Pereka yang turut serta, Fiziwoo, menekankan kepentingan platform yang membolehkan pereka berhubung terus dengan audiens.

“Fesyen Raya adalah tentang ekspresi, perayaan dan penceritaan. WarnaRAYA x KLCC menawarkan platform yang segar untuk pereka berinteraksi terus dengan pengunjung dalam suasana yang bertenaga. Ia peluang baik untuk jenama dilihat, berhubung dan menjadi sebahagian daripada showcase Raya yang bermakna.”

Bagi memastikan pengalaman runway yang profesional dan lancar, SCOUT KL dilantik sebagai penyedia model rasmi serta rakan pengurusan acara runway. Kepakaran mereka dalam produksi pertunjukan fesyen dan koordinasi acara dijangka membawa persembahan yang dinamik sepanjang program berlangsung.

WarnaRAYA x KLCC turut disokong oleh rakan strategik termasuk Sound Innovation, Usahajana dan G&H PR, yang bersama-sama menjayakan pengalaman perayaan ini.

Pendaftaran booth bazaar kini dibuka kepada jenama fesyen, kecantikan dan gaya hidup yang berminat menyertai showcase Raya ini. Orang ramai pula dijemput hadir pada 14 dan 15 Februari 2026, sementara pereka serta pemilik jenama boleh menghubungi penganjur untuk tempahan ruang jualan atau slot runway.
Terbaru Lebih lama