Kuala Lumpur Tower Media Night 2026 Dan Hala Tuju Ikonik Menjelang Ulang Tahun Ke-30

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2026 - Kuala Lumpur Tower menganjurkan Kuala Lumpur Tower Media Night 2026 yang merupakan sebuah malam apresiasi khas buat rakan media selepas sekian lama tidak menganjurkan acara seumpama ini. Penganjuran kali ini terasa cukup bermakna dengan pengurusan baharu Lim Seong Hai Capital Berhad (LSH Capital). Ia bukan sekadar sesi jaringan profesional, tetapi simbol keterbukaan baharu Kuala Lumpur Tower dalam meraikan peranan media sebagai rakan strategik penyampaian maklumat kepada masyarakat.

Sebagai pengamal media gaya hidup, Ruby.my turut berbesar hati menerima jemputan ke acara ini. Satu pengalaman yang amat bermakna. Lebih manis, Ruby turut terpilih sebagai pemenang lucky draw keempat daripada lima belas hadiah pada malam tersebut. Membawa pulang hadiah berupa tajaan penginapan selama 3 Hari 2 Malam Executive Room untuk dua orang lengkap dengan sarapan pagi di hotel bertaraf lima bintang Shangri-La Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur Tower Media Night 2026 Dan Hala Tuju Ikonik Menjelang Ulang Tahun Ke-30
Ruby.my menerima hadiah cabutan bertuah dari Tan Sri Lim Keng Cheng, Non-Executive Chairman, Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital).


Rezeki yang hadir tanpa disangka. Kecil pada pandangan orang lain, tetapi besar maknanya kepada Ruby.my. Ia sebagai tanda penghargaan kepada perjalanan konsisten dalam dunia media dan kandungan digital sehingga hari ini. Terima kasih Kuala Lumpur Tower. 

Kuala Lumpur Tower Menyusun Hala Tuju Strategik 2026

Berlangsung seiring dengan sambutan ulang tahun ke-30 Kuala Lumpur Tower serta Visit Malaysia 2026, pihak pengurusan turut berkongsi pelan strategik bagi memperkukuh kedudukan menara ikonik ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Dengan ketinggian 421 meter, Kuala Lumpur Tower kekal sebagai menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ketujuh tertinggi di dunia, menerima hampir satu juta pengunjung setiap tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd., Encik Khairil Faizal bin Hj. Othman, fokus utama kini adalah memastikan Kuala Lumpur Tower terus relevan melalui pengalaman terkurasi, kerjasama strategik serta program bermakna yang menyokong Visit Malaysia 2026 dan seterusnya.

Di bawah pengurusan baharu, Kuala Lumpur Tower kini dipacu melalui tiga teras utama:

• Pengalaman pelawat yang imersif
• Hospitaliti dan sajian premium
• Pengurusan acara dan venue bertaraf antarabangsa


Antara tarikan utama termasuk Sky Terrace, Glass Box, Observation Deck, ORBIT Revolving Dining serta ruang acara eksklusif seperti HEMISFERA Luxury Sky Hall, Sky Mega Hall dan Tower Terrace.

Pendekatan ini bukan sekadar menambah jumlah pengunjung, tetapi membentuk Kuala Lumpur Tower sebagai destinasi gaya hidup dan budaya di mana inovasi, pengalaman dan identiti Malaysia bertemu.

Kalendar Acara & Program Sepanjang 2026


Selari dengan ulang tahun ke-30, Kuala Lumpur Tower memperkenalkan kalendar acara sepanjang tahun bagi menggalakkan lawatan berulang dan tempoh kunjungan yang lebih panjang.

Antara sorotan utama termasuk:

• Sambutan ulang tahun Kuala Lumpur Tower pada Oktober 2026
• Kuala Lumpur Tower Run International Challenge
• International Base Jump
• Program kebudayaan dan perayaan nasional
• Aktiviti komuniti dan gaya hidup
• Festival muzik, kulinari serta acara bermusim


Selain itu, pelbagai pakej istimewa ulang tahun turut dirancang termasuk promosi kemasukan, pakej sajian, pengalaman berbundel dan tawaran eksklusif sempena musim perayaan dan cuti sekolah.

Januari
(3-11 Jan) : School Holiday Activities
(16-18 Jan) : Explore Malaysia with Wira & Manja
(24 Jan) : Cakenic a Garden Picnic @ Kuala Lumpur Tower

Februari
(7 Feb) : Pertandingan Memasak Bubur Lambuk
(17 Feb) : Festive Season – Chinese New Year Celebration
(21 Feb-16 Mar) : Citarasa Santapan Desa

Mac
(21 Feb-16 Mar) : Citarasa Santapan Desa
(28 Mar) : Festive Season – Hari Raya Aidilfitri Celebration

April
(25-26 Apr) : Kuala Lumpur Tower E-Sport Tournament

Mei
(25 May) : LSH Capital 60th Anniversary
(30 May) : Festive Season – Harvest Festival

Jun
(7 June) : School Holiday Activities (Mid-Year)
(14 June) : Kuala Lumpur Tower Run International Challenge

Julai
(10-11 July) : Penalty Shootout Sport Event

Ogos
(1 Aug) : Merdeka Celebration
(29 Aug) : School Holiday Activities (Term 2)

September
(16 Sept) : Hari Malaysia Celebration
(26 Sept) : Mid-Autumn Festival 2026

Oktober
(1-4 Oct) : Kuala Lumpur Tower 30th Anniversary
(23-25 Oct) : Kuala Lumpur Tower International Base Jump

November
(8 Nov) : Festive Season – Colours of Diwali
(21 Nov) : Music and Culinary Mini Festival

Disember
(5-31 Dec) : School Holiday Activities (End Year)
(25 Dec) : Festive Season – Season of Giving
(31 Dec) : New Year’s Eve Celebration

Lebih Daripada Mercu Tanda


Kuala Lumpur Tower turut menerima beberapa pengiktirafan termasuk TRIP.BEST 2025 Global 100 Nightlife Award oleh Trip.com Group, Malaysia Book of Records untuk Highest Altitude Lantern Walkabout serta Anugerah Khas Datuk Bandar Kuala Lumpur 2025 bagi kategori Bangunan Ikonik. Komitmen terhadap keselamatan, kelestarian dan pelancongan inklusif terus menjadi keutamaan, memastikan pembangunan yang bertanggungjawab sambil mencipta nilai jangka panjang kepada komuniti.


Terbaru Lebih lama