Jakel Fenomena Raya 2026 Cipta Sejarah, Fazura Cetus Fenomena Menerusi Kolaborasi Eksklusif

KUALA LUMPUR, 22 Januari 2026 — Jenama tekstil dan fesyen terkemuka negara, Jakel, mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya dalam tempoh lebih 40 tahun penubuhannya, menganjurkan pertunjukan fesyen berskala besar menerusi acara eksklusif Jakel Fenomena Raya 2026.

Jakel Fenomena Raya 2026 Cipta Sejarah, Fazura Cetus Fenomena Menerusi Kolaborasi Eksklusif


Pertunjukan ini menjadi platform utama memperkenalkan Koleksi Raya Jakel 2026, sekali gus menandakan transformasi baharu jenama tersebut dalam meraikan fesyen Aidilfitri dengan pendekatan lebih segar, moden dan berimpak tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Pemasaran & Promosi Jakel Trading Sdn Bhd, Muzaffar Jakel, penganjuran acara ini merupakan detik penting buat syarikat.

“Selepas lebih 40 tahun Jakel berada dalam industri, ini adalah kali pertama kami menganjurkan pertunjukan fesyen berskala besar. Jakel Fenomena Raya 2026 bukan sekadar memperkenalkan koleksi baharu, malah menjadi simbol evolusi dan aspirasi kami untuk mengangkat fesyen Raya ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Jakel Fenomena Raya 2026 Cipta Sejarah, Fazura Cetus Fenomena Menerusi Kolaborasi Eksklusif

Antara sorotan utama acara ialah kolaborasi eksklusif bersama bintang tersohor Fazura. Kerjasama khas ini bukan sekadar pelantikan duta, sebaliknya kolaborasi eksklusif Jakel 2026 yang dijangka mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri fesyen tempatan.

“Kolaborasi ini kami jangka mampu mencipta impak besar serta menarik perhatian meluas, khususnya dalam kalangan media digital dan e-media,” tambah Muzaffar.

Jakel Fenomena Raya 2026 turut diserikan dengan kehadiran barisan duta utama Jakel Raya 2026 terdiri daripada Nabil Ahmad bersama keluarga, Achey bersama keluarga, Senario, Cik Epal & Ammar, Elly Mazlein, Kamal Adli serta Que Haidar.

Dalam usaha mendekati generasi muda, Jakel juga memperkenalkan barisan duta Gen Z Jakel Raya 2026 antaranya Lorenzo Irmann, Ara Bella Ellen, Zarif Ghazi dan Bella Dowanna. Kesemua duta tampil memperagakan koleksi Raya 2026 yang mengetengahkan rekaan elegan, kontemporari dan versatil, sesuai untuk pelbagai peringkat usia dan gaya hidup.

Pada masa sama, Jakel mengumumkan pelancaran Jakel Pra-Ramadan Sale yang akan berlangsung dari 23 Januari hingga 18 Februari 2026, bersempena pengenalan New Collection 2026.

“Jualan Pra-Ramadan ini memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan koleksi Raya lebih awal dengan tawaran istimewa. Ia sebahagian daripada komitmen Jakel untuk memastikan pelanggan menikmati pilihan terbaik menjelang Ramadan dan Aidilfitri,” jelas Muzaffar.

Jakel Fenomena Raya 2026 bukan sekadar pertunjukan fesyen, malah menjadi manifestasi komitmen Jakel dalam memperkukuh kedudukan sebagai peneraju fesyen Raya negara, memperluas kolaborasi strategik serta mencipta fenomena baharu yang relevan dengan kehendak generasi masa kini.
Terbaru Lebih lama