Astro Shaw Cinematic Universe: ‘First Look’ Memulakan Era Baharu Sinema Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Januari 2026 – Astro Shaw hari ini mencipta satu penanda aras baharu dalam industri hiburan Malaysia dengan pelancaran rasmi Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU), sebuah ekosistem sinematik jangka panjang yang saling berhubung dan dirangka untuk mengangkat penceritaan Malaysia ke pentas serantau dan global.

Astro Shaw Cinematic Universe: ‘First Look’ Memulakan Era Baharu Sinema Malaysia

ASCU dibangunkan dengan watak-watak yang membentuk budaya popular Malaysia, menandakan satu fasa baharu penceritaan tempatan. Mengambil inspirasi daripada dunia sinematik global, ASCU membolehkan setiap cerita berdiri sendiri, namun tetap menyumbang kepada sebuah mitologi yang lebih besar.

Lebih daripada sekadar treler konvensional, ‘First Look’ – Astro Shaw Cinematic Universe: The Beginning berdurasi hampir empat minit. Ia menampilkan watak ikonik seperti Inspektor Sani & Khai (Polis Evo), Kahar (High Council) dan bayangan adiwira tempatan Keluang Man, mengesahkan bahawa dunia yang sebelum ini terpisah kini bersatu. Video ini bukan prekuel mana-mana filem atau siri premium, tetapi berfungsi sebagai permulaan dunia ASCU dan gambaran bagaimana setiap cerita akan terus berkembang.

Projek ini diterajui Alfie Palermo, Pengarah Kreatif Astro Shaw, diarahkan oleh Sofyank, bersama Mshaffuan, dan sinematografi oleh Nicholas Chin, pemenang Anugerah Sinematografi Terbaik FFM34. Gabungan kepakaran ini menghasilkan karya bertaraf antarabangsa, mencerminkan ketelitian sinematik dan visual, serta menetapkan penanda aras baharu bagi kualiti kandungan tempatan.

Astro Shaw Cinematic Universe: ‘First Look’ Memulakan Era Baharu Sinema Malaysia
Astro Shaw Cinematic Universe: ‘First Look’ Memulakan Era Baharu Sinema Malaysia

 
Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw:

“Hari ini menandakan permulaan rasmi sebuah dunia ASCU, satu anjakan asas dalam cara kami menyatukan penceritaan dan menghimpunkan watak-watak ikonik dalam dunia yang saling berhubung, sambil memastikan setiap cerita mengekalkan identiti dan kekuatannya sendiri. ASCU direka sebagai platform terbuka untuk menyokong kreator dan idea baharu, memberi peluang kepada pencipta kandungan tempatan membina dunia yang lebih luas dan kisah yang berpanjangan.”

Menerusi ASCU, Astro Shaw meletakkan asas kepada ekosistem kreatif berbilang platform, membolehkan pengarah dan pembikin filem meneroka naratif saling berkait, memperkasakan bakat dan pelakon, serta membuka peluang baharu kepada jenama dan rakan strategik untuk bekerjasama dalam penceritaan berskala besar. Projek ini mendapat sokongan WONDA Kopi sebagai rakan strategik.


Astro Shaw Cinematic Universe: The Beginning kini boleh ditonton di semua platform media sosial Astro Shaw. Peminat boleh mengikuti perkembangan watak-watak dan fasa seterusnya dalam dunia sinematik ini.
Terbaru Lebih lama