Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan di Petaling Jaya — Gagah, Sporty & Kini Di Bawah Pengurusan Kam Lung Motor Group

Petaling Jaya menjadi saksi kepada satu detik penting pada 15 November 2025 apabila Ford Petaling Jaya melancarkan varian baharu Ford Ranger Raptor Sport 3.0L V6 Ecoboost 4WD 10AT kepada media dan pelanggan setia. Acara ini bukan sekadar pelancaran model, ia menandakan bermulanya era baharu di bawah pengurusan Kam Lung Motor Group (KLM), selepas pengambilalihan rasmi dari Sime Darby Auto Connexion pada 1 Oktober 2025.

KLM bukan nama kecil. Dengan lebih 40 tahun pengalaman automatif sejak 1983, 36 fasiliti merentasi Hong Kong, Macau dan Taiwan, serta rangkaian jenama mewah yang kukuh, KLM kini secara rasmi menjejakkan kaki ke Malaysia melalui Ford PJ sebagai pusat pertama mereka.


Pelancaran Ford Ranger Raptor Sport oleh KLM Group.
Mr. Peter Goh, Managing Director Kam Lung Motor Group Sdn. Bhd semasa pelancaran Ford Ranger Raptor Sport.


Ruby sendiri sempat berbual bersama Mr. Peter Goh, Managing Director Kam Lung Motor Group Sdn. Bhd., yang berkongsi visi baharu mereka untuk menjadikan Ford PJ sebagai “destinasi automotif utama di Lembah Klang”, lengkap dengan fasiliti moden, suasana mesra pelanggan, dan standard servis premium.

Ford Ranger Raptor Sport 2 Warna Menarik Iaitu Arctic White & Meteor Grey


Ketika kain penutup ditarik, ramai tetamu bersorak kecil. Bukan sebab drama, tetapi sebab rupa paras Ford Ranger Raptor Sport memang garang, tegap dan gagah. Model ini merupakan varian khas yang menggabungkan DNA Ford Performance, dengan kemasan dan ciri sporty yang membuatkan ia lain dari yang lain. 

Ford Ranger Raptor Sport - Arctic White

Ford Ranger Raptor Sport - Meteor Grey


Antara ciri utama yang disebut dalam pelancaran: 
  • 3.0L V6 Twin-Turbo EcoBoost engine — 292PS & 583Nm 
  • 10AT 4WD dengan 7 mod pemanduan termasuk Baja Mode 
  • 17” Beadlock Style Wheels* 
  • Raptor Sport Decals* 
  • Sport Hoop* 
  • Suspensi FOX 2.5-inch Live Valve Shocks 
  • C-Clamp LED Matrix Headlights 
  • Interior dengan 12.4” Digital Cluster + 12” Touchscreen SYNC®4A
Keseluruhan reka bentuknya memberikan vibe yang sangat maskulin dan menunjukkan bahawa Ford tidak bermain-main apabila mereka kata Raptor ialah “pickup yang tiada tandingannya”.

Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan di Petaling Jaya — Gagah, Sporty & Kini Di Bawah Pengurusan Kam Lung Motor Group
Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan di Petaling Jaya — Gagah, Sporty & Kini Di Bawah Pengurusan Kam Lung Motor Group
Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan di Petaling Jaya — Gagah, Sporty & Kini Di Bawah Pengurusan Kam Lung Motor Group


Ford Petaling Jaya: Lebih Dari Sekadar Showroom


Ramai mungkin ingat Ford PJ cuma showroom biasa. Tapi apabila masuk sendiri, Ruby boleh kata tempat ini sebenarnya adalah:

Pusat 3S (Sales, Service & Parts)

Segalanya di satu tempat. Pelanggan boleh:

  • beli kereta 
  • hantar servis 
  • beli alat ganti original
  • dapatkan khidmat selepas jualan 

Dengan pengambilalihan oleh Kam Lung Motor Group (KLM), ruang servis dan ruang pelanggan akan dinaik taraf untuk suasana yang lebih moden, selesa dan efisien.

Test Drive Centre yang Aktif

Ford PJ bukan showroom yang hanya mempamer kereta. Mereka ada laluan dan staf khusus untuk urusan test drive supaya pelanggan boleh merasai sendiri prestasi Ranger, Everest dan model lain dengan lebih meyakinkan. 


Ford Petaling Jaya Test Drive - Everest
Ford Petaling Jaya Test Drive - Everest
Ford Petaling Jaya Test Deive
Ford Petaling Jaya Test Drive


Kemudahan Mesra Pelanggan

Di pusat servis, tersedia: 
  • Lounge berhawa dingin 
  • Wi-Fi percuma 
  • Minuman ringan (coffee & tea) 
  • Ruang menunggu yang selesa 
  • Ruang solat untuk pelanggan Muslim 

Kemudahan kecil begini memberi keselesaan kepada pelanggan yang perlu menunggu lama.

Pengalaman Komuniti Ford

Soft launch Raptor Sport baru-baru ini siap dengan: 
  • Kids Zone 
  • Aktiviti mewarna 
  • Games & hadiah 
  • Ford merchandise percuma 

Ford Petaling Jaya
Ford Petaling Jaya


Suasana yang mesra keluarga ini memberi petanda bahawa Ford PJ mahu menjadi hub komuniti, bukan sekadar pusat servis. Sambil ibu bapa melihat kereta, anak-anak pun terhibur. Suasana memang hidup, meriah tetapi tetap tertib. Ruang pameran Ford PJ terasa lebih terang, dan staf-stafnya mesra serta sangat membantu.

Saya sempat melihat sendiri semangat Kam Lung Motor Group untuk membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan. Bukan sekadar jual kereta.

Harga Ford Ranger Raptor Sport di Malaysia (2025)


Harga Ford Ranger Raptor Sport 2025

Harga Ford Ranger Raptor Sport 2025

Harga Ford Ranger Raptor Sport 2025

Harga Ford Ranger Raptor Sport 2025

Harga Ford Ranger Raptor Sport 2025


Harga di atas adalah Approved Selling Price. Untuk kos OTR (tanpa insurans), contohnya di Labuan ialah RM257,388.00.

Promosi Pelancaran (15–30 November 2025)


Kam Lung Motor Group menawarkan beberapa kelebihan istimewa: 
  • Rebate sehingga RM3,000 
  • 1 servis percuma 
  • 50% diskaun untuk existing customers (engine oil, oil filter & labour) 
  • Bank on-site untuk kelulusan pinjaman segera 
  • Ford merchandise percuma selagi stok masih ada 

Ford Ranger Raptor Sport Untuk Gaya Hidup Aktif Semua Peringkat Usia


Kerana ia bukan sekadar pickup besar, ia sebuah pengalaman. Raptor Sport memberikan vibe: 

“Saya bekerja keras, saya adventurous, dan saya suka kereta yang ada karakter.” 

Ruby sebagai pemerhati event automotif, boleh dikatakan model ini memang buat saya berhenti seketika untuk pandang kali kedua. Ford Ranger Raptor Sport memang ada aura tersendiri.

Ford Ranger Raptor Sport di Ford Petaling Jaya

Pelancaran Ford Ranger Raptor Sport di Petaling Jaya menandakan permulaan baharu untuk Ford di Malaysia di bawah Kam Lung Motor Group (KLM). Dengan peningkatan fasiliti yang bakal dibuat, layanan pelanggan yang profesional, dan lineup Ford yang semakin kuat, Ruby percaya ramai peminat Ford akan kembali menjenguk showroom Ford PJ ini.

Bukan sahaja servis dan sokongan selepas jualan kekal seperti biasa, malah pusat ini kini bergerak ke arah pengalaman lebih moden, premium dan menyeluruh. Senang cerita, Ford PJ bukan lagi sekadar tempat beli kereta, ia sudah menjadi rumah untuk pemilik Ford di Lembah Klang.

Ford Petaling Jaya Kam Lung Motor Group (KLM)
Ford Petaling Jaya Kam Lung Motor Group (KLM)


Untuk sesiapa yang mencari kenderaan pickup yang serius berkuasa, serius bergaya, dan serius fun. Ford Ranger Raptor Sport adalah pilihan tepat.


Ford Petaling Jaya, 
Kam Lung Motor Group Sdn Bhd 
Sales,Service & Parts.
Lot 3, Jalan 51a/219, 
Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, 
Selangor
+603-7931 4238

Post a Comment

PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.

Terbaru Lebih lama