Bertempat di Hotel Eastin, Phileo Damansara, acara ini berlangsung selama tiga hari dari 10 hingga 12 Oktober 2025, dengan kemasukan percuma untuk semua pengunjung. Tak kira sama ada anda pencinta muzik, penggemar filem atau sekadar sukakan rekaan rumah moden. Pameran ini memang untuk anda.
Pengalaman Bunyi dan Visual yang Luar Biasa
WAVE AV Experience bukan sekadar pameran, tetapi satu perjalanan sensori yang menggabungkan teknologi, reka bentuk dan gaya hidup. Anda boleh mencuba sendiri sistem Hi-Fi berharga jutaan ringgit, menonton demonstrasi home theatre, dan dengar sendiri bagaimana audio premium mampu ubah suasana rumah menjadi lebih hidup.
Antara tarikan utama yang menanti:
🎧 AudioVector R10 Arrete Speakers (pelancaran ASEAN pertama)
🎥 HiSense L9Q Triple Laser Projector
💿 Acoustical A-Stellar Turntable bernilai RM1 juta
🚗 IXOOST Artistic Audio dari Itali – gabungan seni bunyi dan komponen supercar!
Produk Tempatan Pun Hebat
Apa yang lebih membanggakan, usahawan Malaysia turut mempamerkan produk rekaan sendiri seperti pelayan muzik, pembesar suara dan amplifier buatan tempatan. Dari JW Speaker Labs hingga CCY Engineering, semuanya menunjukkan bahawa bakat tempatan juga mampu berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa.Aktiviti Menarik & Tetamu Khas
Selain pameran, pengunjung juga boleh sertai WAVE TALKs bersama pakar audio antarabangsa, dan bertemu wakil jenama terkenal seperti Sonus Faber, Hegel, DALI, dan Vitus Oto.Masuk Percuma, Hadiah Menarik Menanti
Datang bersama keluarga dan alami sendiri dunia bunyi dan visual yang mempesonakan. Paling best, masuk percuma dan anda berpeluang menang pelbagai hadiah eksklusif!📍 Tempat: Hotel Eastin, Phileo Damansara
📅 Tarikh: 10 – 12 Oktober 2025
🕙 Masa: 10 pagi – 6 petang
🔗 Maklumat lanjut: www.wave-avshow.com
Kalau anda teringin nak tahu macam mana teknologi audio visual boleh menjadikan rumah lebih “hidup” dan berkarakter, jangan lepaskan peluang ini. WAVE AV Experience 2025 ialah tempat terbaik untuk melihat, mendengar dan merasai keindahan bunyi serta visual dalam satu ruang yang penuh inspirasi.
0 Ulasan
PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.