KEMASIK, 11 Oktober 2025 – Buat pertama kalinya, Ruby menyertai larian di luar Kuala Lumpur. Selalu tengok Mesra Mall di laman web dan media sosial sahaja, Ruby bayangkan ia seperti Alamanda Putrajaya — cuma satu tingkat dan dikelilingi kawasan industri. Namun, sangkaan Ruby meleset. Lokasi sebenar Mesra Mall terletak di Kemasik, daerah Kemaman, Terengganu Darul Iman. Pusat membeli-belah komuniti dengan suasana yang segar, santai dan mesra keluarga.
Perjalanan dari Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi pada 10 Oktober 2025. Kami berhenti di R&R Temerloh untuk makan tengah hari, sebelum meneruskan perjalanan ke Resorts World Kijal untuk daftar masuk. Selesai solat, Ruby dan rakan media terus ke Mesra Mall sekitar jam 3:45 petang untuk ambil Race Pack bagi Mesra Run 2025. Kaunter pendaftaran dibuka seawal 10 pagi hingga 10 malam memudahkan peserta dari seluruh negeri.
Pertama kali menjejak kaki ke Mesra Mall, Ruby teruja melihat betapa luas dan selesanya kawasan ni! TGV Cinemas, U-Sport, U-Bowl, dan dewan serbaguna antara kemudahan yang tersedia. Malah, ada juga court badminton dan Multipurpose Hall yang sesuai untuk acara besar seperti majlis perkahwinan. Aksesnya mudah, tempat letak kereta banyak, dan mesra untuk warga emas serta OKU.
Pusat beli-belah ini turut menempatkan pelbagai jenama terkenal seperti POPULAR Bookstore, Siti Khadijah, Guardian, Watsons, Tealive, The Body Shop, Seoul Garden dan banyak lagi. Food Court di sini juga menarik perhatian Ruby, pilihan makanan tempatan dengan harga berpatutan, dan paling penting… sedap disyorkan oleh penduduk setempat!
Rupanya kemeriahan Mesra Run adalah sebahagian daripada Kempen Kesedaran Kesihatan Mental 2025 serta Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kemaman. Bermula sejak 8 Oktober, Mesra Mall dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman telah menganjurkan MesraActive, pertandingan antara sekolah bagi sukan futsal, badminton dan boling.
Di luar pusat beli-belah pula, Ruby sempat singgah ke Pasar Suri. Ruang jualan untuk usahawan kecil tempatan yang menjual pelbagai makanan, minuman, pakaian dan aksesori dengan harga berpatutan. Suasana santai, ada tempat duduk dan tikar piknik, membuatkan Pasar Suri terasa seperti pesta kecil keluarga.
Hari acara, Ruby bersiap seawal 5 pagi. Usai solat Subuh dan sarapan, kami bertolak ke Mesra Mall pada 6:45 pagi. Cuaca tenang, suasana penuh semangat. Sebelum flag off, peserta melakukan regangan dan mendengar taklimat keselamatan.
Yang menarik, Mesra Run menitikberatkan batasan antara lelaki dan wanita. Pelari lelaki dilepaskan dahulu, diikuti wanita, dan seterusnya kategori keluarga. Ada peserta yang berlari bersama anak kecil dan bayi dalam stroller! Sangat comel dan harmoni!
Sepanjang laluan 5KM, pemandangan sangat indah. Dari kawasan perumahan hingga ke tepi pantai. Ruby sempat menikmati hembusan bayu laut sambil berlari dengan pace sendiri. Polis trafik bertugas mengawal jalan dengan baik. Water station pula lengkap, siap dengan air mineral, roti kacang merah, jeli dan cekodok! Hahaha, memang meriah.
Untuk melengkapkan 5KM, pelari perlu melalui jejantas. Itu merupakan pengalaman pertama Ruby yang sangat mencabar! Goyang lutut tapi menyeronokkan! Ruby menamatkan larian dalam masa satu jam, manakala peserta terpantas hanya 15 minit! Hebat sungguh!
Sepanjang acara, jurugambar rasmi dan bebas sangat mesra. Peserta pula saling menghormati dan beratur untuk bergambar. Suasana sopan dan harmoni yang jarang ditemui di acara besar lain terutama di Kuala Lumpur. Ruby berlari bersama pasukan Suria KLCC, Alamanda Putrajaya, Mesra Mall, rakan media dari Bernama, Sirap Limau dan Runwitme. Kadang di depan, kadang di belakang. Tapi yang penting, semua orang gembira dan menikmati suasana.
Sampai di garisan penamat, kami disambut dengan goodie bag yang berisi pelbagai hadiah termasuk Medal Mesra Run, Aiskrim Malaysia perisa kacang hijau (favourite Ruby 😋), air 100Plus, baucar dan kipas tangan. Walaupun penat, suasana di garisan penamat penuh dengan senyuman, gelak tawa dan rasa puas hati.
Ruby berharap Mesra Run diteruskan setiap tahun. Tahun pertama ini sahaja sudah menerima lebih 1,200 penyertaan. Inilah bukti semangat komuniti Kemaman yang luar biasa. Semoga inisiatif seperti ini kekal menjadi platform untuk masyarakat hidup sihat, aktif dan positif, seiring dengan matlamat Kumpulan Suria KLCC dan KBS dalam membina kesejahteraan mental di Malaysia.
Perjalanan dari Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi pada 10 Oktober 2025. Kami berhenti di R&R Temerloh untuk makan tengah hari, sebelum meneruskan perjalanan ke Resorts World Kijal untuk daftar masuk. Selesai solat, Ruby dan rakan media terus ke Mesra Mall sekitar jam 3:45 petang untuk ambil Race Pack bagi Mesra Run 2025. Kaunter pendaftaran dibuka seawal 10 pagi hingga 10 malam memudahkan peserta dari seluruh negeri.
Suasana Mesra Mall yang Luas dan Selesa
Pertama kali menjejak kaki ke Mesra Mall, Ruby teruja melihat betapa luas dan selesanya kawasan ni! TGV Cinemas, U-Sport, U-Bowl, dan dewan serbaguna antara kemudahan yang tersedia. Malah, ada juga court badminton dan Multipurpose Hall yang sesuai untuk acara besar seperti majlis perkahwinan. Aksesnya mudah, tempat letak kereta banyak, dan mesra untuk warga emas serta OKU.
Pusat beli-belah ini turut menempatkan pelbagai jenama terkenal seperti POPULAR Bookstore, Siti Khadijah, Guardian, Watsons, Tealive, The Body Shop, Seoul Garden dan banyak lagi. Food Court di sini juga menarik perhatian Ruby, pilihan makanan tempatan dengan harga berpatutan, dan paling penting… sedap disyorkan oleh penduduk setempat!
MesraActive & Pasar Suri Meriahkan Komuniti
Rupanya kemeriahan Mesra Run adalah sebahagian daripada Kempen Kesedaran Kesihatan Mental 2025 serta Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kemaman. Bermula sejak 8 Oktober, Mesra Mall dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman telah menganjurkan MesraActive, pertandingan antara sekolah bagi sukan futsal, badminton dan boling.
Di luar pusat beli-belah pula, Ruby sempat singgah ke Pasar Suri. Ruang jualan untuk usahawan kecil tempatan yang menjual pelbagai makanan, minuman, pakaian dan aksesori dengan harga berpatutan. Suasana santai, ada tempat duduk dan tikar piknik, membuatkan Pasar Suri terasa seperti pesta kecil keluarga.
5KM Mesra Run – Santai, Sopan dan Penuh Semangat
Yang menarik, Mesra Run menitikberatkan batasan antara lelaki dan wanita. Pelari lelaki dilepaskan dahulu, diikuti wanita, dan seterusnya kategori keluarga. Ada peserta yang berlari bersama anak kecil dan bayi dalam stroller! Sangat comel dan harmoni!
Sepanjang laluan 5KM, pemandangan sangat indah. Dari kawasan perumahan hingga ke tepi pantai. Ruby sempat menikmati hembusan bayu laut sambil berlari dengan pace sendiri. Polis trafik bertugas mengawal jalan dengan baik. Water station pula lengkap, siap dengan air mineral, roti kacang merah, jeli dan cekodok! Hahaha, memang meriah.
Untuk melengkapkan 5KM, pelari perlu melalui jejantas. Itu merupakan pengalaman pertama Ruby yang sangat mencabar! Goyang lutut tapi menyeronokkan! Ruby menamatkan larian dalam masa satu jam, manakala peserta terpantas hanya 15 minit! Hebat sungguh!
Sepanjang acara, jurugambar rasmi dan bebas sangat mesra. Peserta pula saling menghormati dan beratur untuk bergambar. Suasana sopan dan harmoni yang jarang ditemui di acara besar lain terutama di Kuala Lumpur. Ruby berlari bersama pasukan Suria KLCC, Alamanda Putrajaya, Mesra Mall, rakan media dari Bernama, Sirap Limau dan Runwitme. Kadang di depan, kadang di belakang. Tapi yang penting, semua orang gembira dan menikmati suasana.
Garisan Penamat yang Menggembirakan
Sampai di garisan penamat, kami disambut dengan goodie bag yang berisi pelbagai hadiah termasuk Medal Mesra Run, Aiskrim Malaysia perisa kacang hijau (favourite Ruby 😋), air 100Plus, baucar dan kipas tangan. Walaupun penat, suasana di garisan penamat penuh dengan senyuman, gelak tawa dan rasa puas hati.
Ruby berharap Mesra Run diteruskan setiap tahun. Tahun pertama ini sahaja sudah menerima lebih 1,200 penyertaan. Inilah bukti semangat komuniti Kemaman yang luar biasa. Semoga inisiatif seperti ini kekal menjadi platform untuk masyarakat hidup sihat, aktif dan positif, seiring dengan matlamat Kumpulan Suria KLCC dan KBS dalam membina kesejahteraan mental di Malaysia.
Terima kasih PBSD Kemaman dan Ajeh PhotoCloud untuk gambar yang cantik!