Mesra Mall Jayakan Mesra Run 2025 Dalam Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Bersama Suria KLCC

KEMAMAN, 11 Oktober 2025 — Mesra Mall terus mengukuhkan peranannya sebagai hab komuniti Pantai Timur apabila berjaya menganjurkan Mesra Run 2025 bersempena Kempen Kesedaran Kesihatan Mental 2025, satu inisiatif berimpak tinggi yang dilaksanakan bersama Suria KLCC Sdn. Bhd. dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena Hari Sukan Negara.

Program yang berlangsung selama lima hari, dari 8 hingga 12 Oktober 2025, bukan sekadar acara larian, tetapi menjadi platform menyatukan elemen sukan, kesihatan dan pendidikan dalam satu kempen kesejahteraan komuniti terbesar di Pantai Timur tahun ini. 

Mesra Mall Jayakan Mesra Run 2025 Dalam Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Bersama Suria KLCC

Kempen Lima Hari Pupuk Kesedaran & Komuniti Sihat

Kempen Kesedaran Kesihatan Mental 2025 di Mesra Mall merupakan kesinambungan usaha Kumpulan Suria KLCC dalam memupuk kesedaran kesihatan mental secara terbuka, yang bermula sejak pelancaran kempen “We Are With You” pada tahun 2021. Tahun ini, inisiatif diteruskan dengan tema global “Access to Services: Mental Health in Catastrophes and Emergencies”, yang memberi fokus kepada akses mudah terhadap perkhidmatan kesihatan dan sokongan psikologi kepada masyarakat.

Pelaksanaan kempen di Mesra Mall dijayakan melalui kerjasama erat dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kemaman, Hospital Kemaman, serta sokongan agensi kerajaan dan komuniti setempat. Hasilnya, pusat beli-belah ini berjaya bertukar wajah menjadi hab kesejahteraan komuniti dengan aktiviti yang merangkumi sukan, pemeriksaan kesihatan, pameran interaktif dan bengkel kesedaran minda.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn. Bhd., Francis Tan, berkata kejayaan kempen di Mesra Mall membuktikan komitmen berterusan kumpulan terhadap kesejahteraan mental rakyat Malaysia.

“Perjalanan kami dalam advokasi kesihatan mental bermula pada tahun 2021, lahir dari hasrat untuk menggunakan pusat beli-belah kami sebagai ruang selamat untuk perbualan yang penting. Melihat inisiatif ini berkembang dan membuahkan hasil dari tahun ke tahun, dan kini membawa impak yang ketara di Kemaman, adalah sesuatu yang amat membanggakan,” katanya. 

“Kejayaan kempen di Mesra Mall ini adalah bukti komitmen teguh kami di seluruh Kumpulan dan kuasa kerjasama tempatan dalam membina sebuah komuniti yang berdaya tahan dan saling menyokong.” 

Sementara itu, Pengarah Hospital Kemaman, Dr. Amran Japar, turut menzahirkan penghargaan terhadap sokongan Mesra Mall dalam menjayakan kempen tersebut.

“Kempen ini telah mencapai kejayaan besar dalam merapatkan jurang antara perkhidmatan kesihatan dan orang ramai. Kami dapat menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma dan sesi konsultasi secara terus kepada komuniti, memenuhi tema teras kempen ini. Penyertaan yang amat menggalakkan menunjukkan keinginan yang tulen untuk mendapatkan ilmu dan sokongan,” jelas beliau. 

Sorotan Aktiviti Sepanjang Kempen

Di antara program utama yang menarik perhatian sepanjang lima hari berlangsung termasuk:

  • Mesra Run & Hari Sukan Negara 2025 

Kempen mencapai kemuncaknya pada 11 Oktober 2025 dengan acara Mesra Run, menghimpunkan hampir 1,000 peserta dalam larian sejauh 5KM di sekitar Mesra Mall. Acara ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Nazwawi Bin Harun, Pegawai Daerah Kemaman.

Selain aktiviti larian, peserta turut disajikan dengan cabutan bertuah melibatkan lebih 50 hadiah menarik seperti basikal MTB, TV Pintar, dan mesin basuh, menjadikan suasana penuh meriah dan positif. 

Mesra Mall Jayakan Mesra Run 2025 Dalam Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Bersama Suria KLCC

Mesra Mall Jayakan Mesra Run 2025 Dalam Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Bersama Suria KLCC

Mesra Mall Jayakan Mesra Run 2025 Dalam Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Bersama Suria KLCC

  • Pertandingan MesraActive 

Berlangsung dari 8 hingga 10 Oktober, pertandingan ini melibatkan pelajar sekolah di sekitar Kemasik dan Kerteh, dengan acara sukan seperti futsal, badminton dan boling di U-Sport dan U-Bowl. Program ini dianjurkan dengan kerjasama PPD Kemaman, bertujuan memupuk semangat kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan dalam kalangan generasi muda.

Mesra Mall Jayakan Mesra Run 2025 Dalam Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Bersama Suria KLCC

Mesra Mall Jayakan Mesra Run 2025 Dalam Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Bersama Suria KLCC

Mesra Mall Jayakan Mesra Run 2025 Dalam Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Bersama Suria KLCC

Mesra Mall Jayakan Mesra Run 2025 Dalam Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Bersama Suria KLCC

Mesra Mall Jayakan Mesra Run 2025 Dalam Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Bersama Suria KLCC

  • Pameran Kesihatan Komuniti 

Dari 8 hingga 12 Oktober, Lobi Sukan Mesra Mall menjadi tumpuan pengunjung apabila bertukar menjadi hab kesihatan komuniti. Dengan kerjasama Hospital Kemaman, pameran ini menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma, konsultasi kesihatan mental, serta bengkel pengurusan stres dan kesedaran minda, menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Mesra Mall Jayakan Mesra Run 2025 Dalam Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Bersama Suria KLCC

Mesra Mall Jayakan Mesra Run 2025 Dalam Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Bersama Suria KLCC

  • Sokongan Padu Daripada Komuniti dan Penaja

Kejayaan penganjuran kempen dan Mesra Run 2025 turut mendapat sokongan daripada pelbagai jenama dan rakan strategik. Antara penaja utama termasuk TMC, Pasar Suri, F&N, Farm Fresh, Hush Puppies, Carlo Rino dan banyak lagi, menggambarkan semangat kolaborasi seluruh komuniti terhadap kesejahteraan mental. 

Menyemai Nilai Sihat, Menyatukan Komuniti

Kempen Kesedaran Kesihatan Mental 2025 di Mesra Mall bukan sekadar satu acara tahunan, ia adalah kesinambungan usaha bersepadu untuk menyemai nilai sihat, membina daya tahan emosi dan memperkukuh semangat kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya di Pantai Timur.

Dengan kejayaan program kali ini, Mesra Mall dan Kumpulan Suria KLCC terus mengukuhkan peranan mereka sebagai peneraju dalam mengangkat agenda kesejahteraan mental di Malaysia melalui pendekatan yang dekat di hati masyarakat. 

Ruby

Assalammualaikum and hello! I am Ruby, a full time blog writer, an award winning MSMW Best Lifestyle Blog 2016, work from home and I likes to blog about current issues. facebook twitter youtube instagram external-link

PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال