Ruby masih ingat lagi masa Polis Evo mula-mula keluar pada 2015. Masa tu ramai yang teruja sebab filem aksi tempatan jarang ada kualiti macam ni, storyline mantap, visual power, dan chemistry gandingan Shaheizy Sam dengan Zizan Razak memang menjadi. Lepas tu keluar Polis Evo 2 pada 2018, terus hype makin besar, dan kemuncaknya Polis Evo 3 (2023) pecahkan rekod dengan kutipan RM54 juta! Sampai jadi antara Top 5 filem tempatan kutipan tertinggi sepanjang zaman.
Jadi bila dapat peluang hadir ke acara Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun malam tadi, memang rasa macam throwback. Semua pelakon utama dan side characters dari Polis Evo 1, 2 dan 3 berkumpul – Zizan Razak, Shaheizy Sam, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat, Hushairi Husain, A. Galak, Afdlin Shauki, Fauzi Nawawi, Michael Ang, Zulin Aziz, Iman Corrine dan ramai lagi. Rasa macam tengok reunion keluarga besar.
Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw, berkongsi sesuatu yang buat Ruby terkesan:“10 tahun kukuh relevan sebagai sebuah francais bukanlah sesuatu yang mudah. Polis Evo telah berkembang dan menjadi pencetus perubahan dengan menetapkan penanda aras baharu untuk sinema Malaysia. … Pencapaian ini tidak mungkin diraikan tanpa sokongan peminat.”
Betul sangat. Dari dulu Ruby perasan, Polis Evo bukan sekadar filem pecah panggung, tapi juga platform yang melahirkan bakat baru dalam industri. Ada pelakon yang kariernya melonjak, ada penulis yang kini jadi pengarah besar, semua bermula dengan francais ini.
Dan tahun ini, bukan setakat meraikan memori – Astro Shaw siap umumkan projek baru: premium siri “Evo: Mat Yam” di Astro Originals. Maksudnya, lepas 10 tahun, Polis Evo masih belum habis. Ia terus berkembang.
Oh ya, jangan lupa juga tentang Kopi WONDA yang jadi penaja utama acara. Mereka bukan sekadar bagi vibe kopi, tapi tawarkan peluang eksklusif untuk peminat – daripada muncul dalam filem Polis Evo akan datang, sampai lah ke barangan limited edition macam bomber jacket Polis Evo Wonda-Ful 10 Years.
Bagi Ruby, setiap kali tonton Polis Evo, mesti ada momen tersendiri. Sebab tu bila ke acara ni, rasa macam throwback memori lama – masa review filem pertama dulu, masa teruja tunggu sequel, sampai lah bangga bila Polis Evo 3 pecahkan rekod besar.
0 Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.