Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan! | 20 September 2025 menjadi tarikh penuh warna-warni di tengah kota Kuala Lumpur apabila Malaysia Sarong Music Run (MSMR) kembali dengan edisi ketiga sempena sambutan Hari Malaysia. Bertempat di sekitar KLCC, acara ini menghimpunkan lebih 15,000 peserta yang berlari sambil menyarung kain sarong, meraikan kepelbagaian budaya, muzik dan makanan tradisi Malaysia. 


Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!


Suasana Flag Off


Kategori Malaysia Speed Race 5KM flag off lebih awal pada jam 4 petang oleh Presiden Jetour Malaysia, Ke Chuandeng. Larian ini memang kompetitif — perlu diselesaikan dalam masa 20 minit! Hebat betul apabila Encik Daren James Nair berjaya habiskan dalam masa hanya 15:38 minit. 👏 

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!

Men’s Podium
🥇 1st Place – Daren James Nair – 00:15:38
🥈 2nd Place – Muhamad Asyhraf Mohamad Zaidin – 00:15:56
🥉 3rd Place – Sivaneshwaran A/L Gunasegaran – 00:16:12
Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!

Women’s Podium
🥇 1st Place – Nurul Juliana Shakira Abdul Halim – 00:19:29
🥈 2nd Place – Raisya Adelea Rohazam – 00:19:42
🥉 3rd Place – Rhea Assyifa Rohazam – 00:19:45

Sebelum flag off Fun Run, seluruh peserta dipimpin dalam bacaan Ikrar Negara oleh Bella Astillah. Suasana ketika itu memang penuh semangat patriotik. Menariknya, Bella bersama YB Syed Saddiq turut sama menyertai Fun Run 5KM, tampil bergaya dengan Baju Kurung dan Baju Melayu lengkap dari Primavalet.


Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!


Kami pula menyertai MSMR Fun Run 5KM yang dilepaskan jam 5:30 petang oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing. 


Persembahan Tradisional

Selepas flag off, suasana memang meriah dengan persembahan tradisional yang meraikan para peserta. Tarian Singa, Tarian Naga, persembahan Madurai Meenachi dan Kompang menggamatkan suasana. Memang seronok!

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!

Checkpoint 1: Zon Borneo


1KM pertama rasa sekejap sahaja, kerana kami brisk walk dari Menara Berkembar Petronas melalui Jalan Kia Peng, Jalan Stonor dan Royal Chulan. Sampai di Checkpoint Borneo (Sabah & Sarawak), suasana meriah dengan pakaian tradisional dan persembahan Tarian Ulu & Tarian Daling-Daling. Auntie dari Peranakan Baba & Nyonya berkebaya cantik pun turut hadir.

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!

Kuih-muih Talamaz di sini termasuk Apam Butter, Bingka Jagung, Puding Gula Melaka, Sago Bunga Telang, dan minuman dari Le Minerale. Kami dapat Kuih Puteri Ayu. 

Checkpoint 2: Zon Pantai Timur


2KM seterusnya membawa kami ke Pavilion Kuala Lumpur Zon Pantai Timur (Kelantan, Pahang, Terengganu). Meriah sungguh di sini dengan persembahan Dikir Barat oleh Issey Fazlisham & Leona, serta tarian Ulek Mayang. Nak duduk lama di sini untuk tengok semua persembahan. Tapi risau tak sampai garisan penamat. Hahaha.

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!


Di sini meriah dengan kuih muih Talam Suji, Kole Kacang, serta minuman Teh Pucuk Harum. Ada juga Ais Krim Waffle Pisang, Teh Tarik Hameediyah dan Oatside. Peserta terlalu ramai dan Ruby tak perasan ada Teh Tarik! Tahun lepas roti canai, tahun ni teh tarik. Terbaiklah Hameediyah!

Checkpoint 3 & 4: Zon Utara & Zon Selatan


Sayangnya, bila sampai ke Checkpoint Utara (Perak, Perlis, Penang & Kedah), makanan sudah habis. Berdasarkan posting peserta lain, ada kuih-muih Seri Muka, Talam Keladi, Karipap, Pulut Sambal dan Aiskrim Malaysia. 

Di Checkpoint Selatan pula (Johor, Melaka, Negeri Sembilan), hidangan Talamaz ialah Kuih Puteri dan Kuih Bakar, serta minuman Le Minerale. Tapi kami pun tak sempat merasa kerana sudah habis. 

Tertarik Dengan Semangat Care+ Runners Volunteer


MSMR kali ini, Ruby sekeluarga tertarik dengan pasukan bantuan yang disediakan oleh penganjur. Mereka ni bersedia dari barisan depan, peserta di bahagaian tengah dan paling hujung. Tapi bukan sebagai sweeper. Mereka berlari bersama-sama. 

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!

Terus anak-anak Ruby bersemangat nak berlari selepas nampak pasukan care+ runners ni. Adam dan Alif cakap, kami BSMM kan ibu. Boleh join macam kakak abang ni ke? Ruby terus cakap boleh. Asalkan join larian, jaga kesihatan dan boleh bantu masyarakat. Kalau Adam dan Alif tak berlari, macam mana nak jadi first responder? Lepas tu kena bawa emergency kit. Kalau ada yang kaki cramp, kanak-kanak terjatuh, atau meragam. Kena bawa plaster comel. Bawa gula-gula sekali. Hehehe

Garisan Penamat


Kami teruskan hingga ke garisan penamat dengan suasana masih tetap meriah. Nyanyi beramai-ramai. Ramai peserta berhenti bergambar dengan jurugambar bebas. Cantik-cantik hasilnya, cuma kami agak pemalu, dapat sipi-sipi dalam gambar pun jadilah. Hehe.

Setibanya di garisan penamat, setiap peserta menerima pisang, beg eksklusif MSMR warna neon hijau, dan medal MSMR yang dinantikan. Medalnya berat, rekaan timbul, bertali lebar. Cantik sangat! 

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!


Sebelum balik, kami makan malam di food court Suria KLCC supaya senang balik rumah nanti terus mandi, rehat dan tidur. Terima kasih LOCCO dan MSMR. Pengalamn kali ini sungguh berbeza, penuh budaya, penuh kenangan.

Sebagai peserta, saya akui ada sedikit rasa terkilan bila banyak kuih-muih dan minuman habis lebih awal. Malah Aiskrim Malaysia pun tak sempat merasa. Dengan jumlah 15,000 penyertaan, saya percaya pihak penganjur boleh buat persediaan yang lebih baik pada masa akan datang. Setiap peserta membayar yuran yang sama, jadi wajar semua diberi peluang menikmati pengalaman lengkap. 

Ruby tak halang peserta nak ambil lebih, kita dah siap beg JETOUR untuk simpan makanan yang diberikan. Hehehe. Tapi kuantiti mesti banyak dari jumlah peserta. Jika ada baki, boleh bawa ke garisan penamat. Sure ada yang nak. Tiada pembaziran. Kita semua suka Malaysia Sarong Music Run sejak dari edisi pertama lagi sebab tradisi lariannya begini. Mengutamakan hidangan tradisional dan nostalgia. 

Namun, saya memilih untuk berdiri teguh seperti Menara Berkembar Petronas yang menjadi saksi larian ini terus positif, meraikan momen bersama keluarga, sambil berharap MSMR edisi akan datang lebih tersusun dan inklusif untuk semua.

Mudah-mudahan acara seperti ini terus menjadi platform yang menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, sambil mengangkat budaya kita ke persada dunia. Pendaftaran untuk tahun hadapan sudah pun dibuka. Jom sertai Malaysia Sarong Music Run 2026 melalui pautan dibawah. 

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15,000 Penyertaan!

Jom ramai-ramai doa, semoga race kit kita meriah macam Februari 2025 hari tu. Yayy! Jumpa next year okay?

Catat Ulasan

0 Ulasan