Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Kini Ke Pulau Pinang, Brunei Dan London!

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Kini Ke Pulau Pinang, Brunei Dan London | Assalammualaikum semua! Berita gembira untuk anda pemburu Bazaar Raya! Tahun 2026 bakal menyaksikan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR) di MITEC kembali dengan 66 jam tanpa henti! Masuk dalam jadual siap-siap tarikh 13 - 16 Mac 2026 di dalam kalendar! 

Kali ini, bukan satu acara sahaja! Ada 5 acara bersama Absolut Bazaar juga tau! Bagi Ruby sendiri, berita ini memang mencetuskan rasa bangga kerana festival ikonik ini bakal melangkah ke pentas antarabangsa, membawa nama Malaysia ke mata dunia. 

Raya tahun depan nampaknya bakal jadi lebih meriah dan istimewa. Festival Raya terbesar di Malaysia, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR) bukan saja berlangsung di Kuala Lumpur, malah buat pertama kalinya akan dibawa ke Pulau Pinang, Brunei Darussalam dan juga London! Kejayaan di Kota Singa, Singapura pada 14 - 16 Mac 2025 selama 44 jam bakal menyaksikan tahun ke dua Absolut Bazaar akan mengadakan Absolut Bazaar Singapore 2026!

Dari Kuala Lumpur Ke Persada Antarabangsa, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Lebarkan Sayap Ke Pulau Pinang, Brunei Dan London!

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Kini Ke Pulau Pinang, Brunei Dan London!

Selama empat tahun berturut-turut, ABxFGR telah mencipta rekod dan menjadi antara festival paling ditunggu-tunggu menjelang Ramadan dan Syawal. Tahun 2026, ia akan singgah di tiga lokasi baharu: 

📍 Brunei Darussalam – Bridex International Convention Centre (27 Feb – 1 Mac 2026)
📍 Pulau Pinang – PICCA Convention Centre (6 – 8 Mac 2026)
📍 London - MY EXPO, Exhibition White City, London (2 – 3 Mei 2026)


Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Kini Ke Pulau Pinang, Brunei Dan London!


Ternyata, ABxFGR festival luar biasa sebab ia bukan sekadar festival Raya, tetapi memberi peluang untuk usahawan tempatan mengetengahkan produk halal dan gaya hidup Malaysia kepada pasaran antarabangsa. Ada sesi business-to-business (B2B), peluang bertemu pengedar luar negara, dan ruang untuk menembusi pasaran Eropah. 

Jadual & Fakta Menarik ABxFGR 2026

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Kini Ke Pulau Pinang, Brunei Dan London!


Kalau nak tahu, setiap lokasi ada tarikan dan keunikan tersendiri. Ruby share sikit fun facts yang mungkin buat anda rasa tak sabar nak pergi:

Kuala Lumpur (MITEC, 13 – 16 Mac 2026)

Bayangkan suasana shopping Raya 66 jam tanpa henti – dari tengah hari Jumaat sampai Isnin subuh! Ada lebih 750 booth, Mini Absolut FoodFest dengan 30 gerai makanan dan dijangka lebih 3.2 juta pengunjung. Memang macam pesta Raya gergasi!

Pulau Pinang (PICCA, 6 – 8 Mac 2026)

Kalau orang utara, ini peluang nak rasa vibe ABxFGR lebih dekat. Ada 200 booth, 40 gerai makanan, dan dijangka lebih 250,000 pengunjung. Bayangkan suasana macam festival gergasi tapi penuh dengan fesyen Raya dan makanan best. Orang Perak, Kedah, Perlis dan berdekatan jemput mai sekali!

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Kini Ke Pulau Pinang, Brunei Dan London!


Brunei (Bridex, 27 Feb – 1 Mac 2026)

Untuk edisi Brunei, ada sekitar 60 booth dan 15 gerai makanan dengan anggaran 80,000 pengunjung. Ruby suka bayangkan macam mana budaya Raya kita akan bercampur dengan suasana Brunei – mesti unik dan meriah.

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Kini Ke Pulau Pinang, Brunei Dan London!


London (White City, 2 – 3 Mei 2026)

Yang ini paling wow 🤩. Bayangkan 60 booth, 15 gerai makanan, dengan jangkaan 20,000 pengunjung. Usahawan Malaysia akan bawa produk halal, fesyen Raya dan makanan ke Eropah. Ruby rasa ini macam satu detik bersejarah sebab pertama kali bazaar Raya Malaysia menjejakkan kaki ke London! Semoga Martrade bawa jenama yang mengangkat tradisi negara kita di sini! Raya kannn! 


Kenapa Festival Ini Istimewa?


Kalau kita imbas balik, sejak mula dianjurkan, ABxFGR bukan sahaja tempat membeli-belah Raya, tapi juga platform besar untuk PKS, peniaga dan usahawan tempatan. Antara pencapaiannya:

🌟 RM62.6 juta hasil jualan
🌟 7.95 juta pengunjung
🌟 2,365 tapak reruai
🌟 224 vendor F&B
🌟 Lebih 2,000 usahawan & 400 jenama tempatan

Nampak jelas, festival ini bukan sekadar shopping Raya – ia membantu menjana ekonomi dan membuka peluang besar kepada ramai peniaga kita.

Apa Yang Menarik ABxFGR MITEC Tahun 2026?


Selain booth jualan, setiap kali ABxFGR ada macam-macam aktiviti menyeronokkan. Untuk edisi 2026: 

🍴 Mini Absolut FoodFest khas di dewan 1 yang menghimpunkan lebih 30 vendor makanan untuk iftar & sahur
🎉 Aktiviti wajib seperti Wheel of Fortune, Money Chamber & Happy Hour Sales
🎁 Hadiah wang tunai untuk pengunjung bertuah  

Nak kongsi juga, sambutan untuk ABxFGR 2026 memang luar biasa. Ruang pameran di Kuala Lumpur dah tinggal 5% sahaja, manakala Pulau Pinang pun dah hampir penuh. Kalau ada usahawan yang berminat, cepat-cepat rebut peluang ini.

Bagi Ruby, ABxFGR ni memang salah satu festival wajib singgah bila mencari persiapan Raya. Festival Raya terpaling Vibes penuh dengan pilihan fesyen, makanan dan aktiviti. Dengan berita baru ni, makin teruja nak tengok macam mana festival Raya kita dibawa ke luar negara, terutamanya ke London! Rasa macam satu kebanggaan bila budaya, fesyen dan produk halal Malaysia dapat dipamerkan di peringkat global. 

Jemput Baca:






Catat Ulasan

0 Ulasan