Pos Malaysia Run 2025 Kembali! “Jom Laju For Fun” Di Stadium Merdeka Dengan Hadiah Hampir RM10,000

Assalammualaikum semua! Sebagai penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional serta pemegang mandat tunggal perkhidmatan pos sejagat di Malaysia, Pos Malaysia Berhad terus komited mendekati rakyat melalui inisiatif yang memupuk gaya hidup sihat dan semangat komuniti.

Berbekalkan pengalaman lebih 200 tahun, Pos Malaysia kini bukan sekadar syarikat penghantaran mel, malah telah berkembang menjadi penyedia penyelesaian logistik menyeluruh – merangkumi perkhidmatan udara, peruncitan, digital dan logistik. Dengan lebih 3,500 titik sentuh di seluruh negara, Pos Malaysia memiliki rangkaian capaian yang paling luas, menghantar ke lebih 11 juta alamat di seluruh Malaysia setiap hari. 

Pos Malaysia Run 2025 – Jom Laju For Fun!


Pos Malaysia Run 2025 Kembali! “Jom Laju For Fun” Di Stadium Merdeka Dengan Hadiah Hampir RM10,000

Tahun ini, Pos Malaysia kembali menyatukan rakyat Malaysia menerusi acara “Pos Malaysia Run 2025 – Jom Laju For Fun!”, sebuah larian santai yang berlangsung dalam suasana mesra keluarga sambil memperjuangkan nilai hijau dan kelestarian. Dihoskan di lokasi bersejarah Stadium Merdeka, acara ini bukan sekadar tentang berlari – ia tentang menyemai kesedaran, membina hubungan dan menyokong masa hadapan yang lebih sihat dan lestari untuk semua.

Larian Pos Malaysia kembali lagi tahun ini dengan edisi kedua yang lebih meriah! Selepas kejayaan sulung pada tahun 2024 yang menghimpunkan seramai 3,500 peserta, Pos Malaysia Run 2025 akan berlangsung pada Sabtu, 22 November 2025 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur tapak bersejarah kemerdekaan negara kita.

Dengan slogan ceria “Jom Laju For Fun!”, acara ini bukan sekadar tentang larian, tetapi juga satu usaha membina komuniti dan memupuk gaya hidup sihat melalui pendekatan mesra alam dan inklusif untuk semua peringkat umur.

Tarikan Baharu: Kategori Relay Korporat & Hadiah Wang Tunai


Edisi kali ini memperkenalkan kategori baharu Larian Relay Korporat 10km (5km x 2 orang) — khas untuk penyertaan syarikat yang ingin memupuk semangat berpasukan dan menyokong kesejahteraan pekerja mereka. Menariknya, acara ini juga menawarkan hadiah wang tunai hampir RM10,000 kepada pemenang pelbagai kategori, sambil mengekalkan elemen fun run yang santai dan menyeronokkan.

Butiran Acara:
📍 Lokasi: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
📅 Tarikh: Sabtu, 22 November 2025
⏰ Masa Pelepasan: 6.30 pagi
👨‍👩‍👧‍👦 Terbuka untuk peserta berumur 5 tahun ke atas

Kategori Larian:

🏃‍♂️ 10KM – RM75 (Pra-daftar RM65 sebelum 31 Julai)
Lelaki Terbuka (16–44 tahun)
Wanita Terbuka (16–44 tahun)
Lelaki Veteran (45 tahun ke atas)
Wanita Veteran (35 tahun ke atas)
Relay Korporat (2 orang x 5km) – 16 tahun ke atas 

Pos Malaysia Run 2025 Kembali! “Jom Laju For Fun” Di Stadium Merdeka Dengan Hadiah Hampir RM10,000

Pos Malaysia Run 2025 Kembali! “Jom Laju For Fun” Di Stadium Merdeka Dengan Hadiah Hampir RM10,000



👟 5.8KM Fun Run – RM65 (Pra-daftar RM55 sebelum 31 Julai)
Larian Individu (5 tahun ke atas)
Larian Kumpulan 4 Orang (5 tahun ke atas)

📌 Daftar di sini: RaceXAsia.com – Pos Malaysia Run 2025

Apa Peserta Akan Terima? 

Setiap peserta layak menerima:

🏅 Pingat penamat (diperbuat daripada bahan kitar semula)
📄 E-sijil penyertaan
🎽 Beg bertali, T-shirt larian & barangan penaja
🛡️ Insurans Kemalangan Diri (PA)

Menariknya, pek perlumbaan akan dihantar terus ke rumah peserta menggunakan van dan motosikal elektrik Pos Malaysia satu usaha mesra alam yang menghapuskan keperluan ambil kit secara fizikal. Pada hari acara, motosikal elektrik juga akan digunakan untuk sokongan marshal dan logistik. 

Lokasi Ikonik: Larian Di Tapak Sejarah


Dengan berlatarbelakangkan Stadium Merdeka, tempat bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, acara ini bakal memberi makna tersendiri kepada setiap langkah larian. Ia bukan sekadar satu aktiviti riadah, tetapi juga satu simbolik perpaduan, warisan dan kemajuan negara.

Sertai Sebagai Rakan Kongsi


Pos Malaysia turut mengalu-alukan penyertaan syarikat-syarikat sebagai rakan kongsi atau penaja acara. Pakej penajaan bermula dari RM20,000 hingga RM100,000, atau secara penajaan barangan untuk peserta.

📧 Untuk maklumat lanjut, hubungi:
[email protected]

Lari Untuk Sihat, Lari Untuk Alam


Melalui Pos Malaysia Run 2025, kita bukan sahaja bergerak untuk kesihatan fizikal, tetapi juga menyumbang kepada masa depan yang lestari. Ayuh, “Jom Laju For Fun!” bersama keluarga, rakan dan komuniti korporat di acara yang penuh semangat ini! Ikuti Pos Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok, YouTube, X (Twitter) & LinkedIn. 

Catat Ulasan

0 Ulasan