Pasti Menang! IBC Tours Imbas & Menang RM1 Juta di MATTA Fair 2025

MATTA Fair sentiasa dinanti oleh pencinta travel, dan tahun 2025 ini lebih istimewa kerana IBC Tours & Travel tampil dengan kejutan hebat! Sebagai sebuah agensi pelancongan berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan pengalaman lebih 30 tahun, IBC Tours memperkenalkan buat kali pertama kempen Imbas & Menang dengan tawaran hadiah keseluruhan bernilai RM1 juta. 

Kempen Imbas & Menang dilancarkan bagi menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong IBC Tours & Travel, signifikasi kempen juga bersempena MATTA Fair 2025 yang bakal berlangsung pada 5 hingga 7 September 2025 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur! 

Apa yang lebih menarik, setiap pelanggan yang membeli pakej percutian IBC Tours adalah pemenang. Ya, betul! Tiada istilah “cuba lagi” atau “maaf, anda tidak berjaya”. Semua pelanggan pasti bawa pulang sesuatu! Konsep kempen ini juga sangat telus dengan tiada had atau minimum pembelian pakej antarabangsa. Semua pelanggan yang membeli pakej pelancongan akan layak menyertai kempen Imbas & Menang. Setiap imbasan PASTI MENANG hadiah.

Pasti Menang! IBC Tours Imbas & Menang RM1 Juta di MATTA Fair 2025

Kempen IBC Tours Imbas & Menang bermula pada 25 Ogos sehingga 7 September 2025 yang bermaksud dari 25 Ogos sehingga 4 September 2025 pelanggan boleh mendapatkan pakej pelancongan di laman sesawang rasmi www.ibctours.com. Manakala kemuncak kempen IBC Tours Imbas & Menang berlangsung di MATTA Fair 2025 yang akan berlangsung di MITEC. Jom tempah sekarang! 

IBC Tours sememangnya berbesar hati nak menyantuni semua pelanggannya. Kebajikan dalam berkongsi rezeki. Kalau anda tak sempat hadir ke MITEC, jangan risau. Bermula hari ini 25 Ogos 2025, pelanggan boleh menyertai kempen ini secara online di laman web rasmi www.ibctours.com. Lepas buat tempahan, isi butiran nama & Booking ID, dan anda automatik layak Imbas & Memang segera. Di dalam laman web rasmi juga ada diskaun eksklusif sebanyak RM 2000 untuk semua pakej! Seronok betul!

IBC Tours Imbas & Menang RM1 Juta Bersempena MATTA Fair 2025


Bersempena MATTA Fair 2025 di MITEC Kuala Lumpur pada 5 – 7 September, IBC Tours Imbas & Menang telah bermula 25 Ogos. Jumlah hadiah sehingga RM1 juta! Di antara hadiah-hadiah menarik adalah:

✨ Grand Prize pakej ke Eropah 5 negara (London, Paris, Amsterdam, Brussels & Switzerland) bernilai RM11,499 untuk 10 pemenang. 
✨ Baucar penerbangan domestik & antarabangsa. 
✨ Baucar hotel sehingga RM 1000.
✨ Baucar diskaun RM50 – RM500 untuk pakej antarabangsa. 
✨ Travel insurance percuma. 
✨ Hadiah lain seperti motosikal, televisyen, air fryer, steam iron & macam-macam lagi. 

Pasti Menang! IBC Tours Imbas & Menang RM1 Juta di MATTA Fair 2025
Pasti Menang! IBC Tours Imbas & Menang RM1 Juta di MATTA Fair 2025
Pasti Menang! IBC Tours Imbas & Menang RM1 Juta di MATTA Fair 2025

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pakej percutian impian anda bersama IBC Tours. Ingat, tempah di MATTA Fair 2025 dan anda pasti menang! Rujuk terma dan syarat di www.ibctours.com


Kenapa Pilih IBC Tours di MATTA Fair 2025? 

✔️ Harga pakej eksklusif & promosi khas 
✔️ Destinasi popular seluruh dunia 
✔️ Semua pelanggan pasti menang hadiah 
✔️ Reputasi lebih 15 tahun dalam industri pelancongan 

Pasti Menang! IBC Tours Imbas & Menang RM1 Juta di MATTA Fair 2025
Encik Mohammad Rizal Bin Narusuddin, Pengarah IBC Tours & Travel Sdn Bhd.



Pengarah IBC Tours, Encik Mohammad Rizal Bin Narusuddin berkata, “Kami di IBC Tours sentiasa percaya bahawa pelanggan adalah nadi utama perniagaan kami. Sempena MATTA Fair kali ini, kami bukan sahaja mahu menawarkan pakej percutian terbaik, malah pengalaman menyeronokkan dengan peluang memenangi hadiah serta-merta bernilai keseluruhan RM1 juta.

Kami mahu orang ramai tahu bahawa memilih agensi travel berlesen bukan sekadar selamat, tetapi juga memberi nilai tambah yang tidak ternilai. Dengan adanya kempen Imbas & Menang ini, kami berharap lebih ramai pelanggan akan yakin untuk merancang perjalanan bersama IBC Tours.

MATTA Fair adalah platform terbaik untuk pelanggan merancang percutian. Tahun ini, kami ingin berikan sesuatu yang lebih bermakna bukan sekadar harga menarik, malah ganjaran yang semua orang pasti dapat.,” katanya.

 

Elak Risiko Scam – Pilih Agensi Travel Berlesen


IBC Tours bukan nama baru dalam industri. Sudah lebih 30 tahun beroperasi, dikenali dengan pakej Muslim Friendly lengkap makanan Halal, urusan Solat, dan jadual perjalanan yang selesa. Lagi penting, IBC Tours berlesen penuh di bawah MOTAC, serta ahli MATTA, BUMITRA dan IATA. Jadi, apabila pelanggan menempah pakej dengan mereka, mereka tahu duit di saluran yang betul dan perjalanan lebih terjamin. Tak pening kepala. 

Walaupun semakin ramai yang suka buat DIY travel. Tapi bila melibatkan pakej pelancongan antarabangsa ke Eropah, Korea Selatan atau Turkiye, risiko guna khidmat “freelance travel agent atau DIY trip” memang menakutkan. Banyak kes penipuan pakej pelancongan di mana ramai mangsa diperdaya dengan tawaran pakej yang menarik. Tetapi tidak dapat melancong kerana pengurus dan syarikat ghaib pada saat-saat akhir. 

Oleh kerana sikap tidak jujur agensi ni, maka agensi travel lain juga terpalit dengan situasi ini. Orang awam mula tidak mempercayai perkhidmatan agensi travel yang berpengalaman dan memiliki reputasi baik sepanjang tahun. Sebab itu pentingnya pilih agensi berlesen dan berpengalaman. Salah satu yang Ruby nak highlight kali ni ialah IBC Tours & Travel Sdn Bhd.

Reputasinya selama tiga dekad membuktikan kepercayaan pelanggan yang setia, terutamanya dalam menyediakan pakej Muslim Friendly ke destinasi popular seperti Turkiye, Balkan, Eropah, Dubai, Korea, Jepun dan Umrah.

Jom sama-sama kita support travel agency tempatan & rebut peluang luar biasa ni. Sebagai traveler, saya rasa kempen ni sangat menarik sebab kita bukan sahaja dapat pakej percutian berbaloi, malah berpeluang menang hadiah bernilai besar. Lagi penting, ia mengingatkan kita supaya jangan ambil risiko dengan ejen travel yang tidak berdaftar.

Jadi, untuk anda yang sedang merancang percutian hujung tahun, inilah masanya untuk ke booth IBC Tours & Travel di MATTA Fair 2025!. Bukan sahaja boleh dapat pakej menarik, tapi peluang untuk Imbas & Menang RM1,000,000 pun terbuka luas! Siapa tahu, rezeki anda ada di situ. 🌍✈️


IBC Tours & Travel – Your Journey, Our Passion.

Catat Ulasan

0 Ulasan